Monday, July 9

Tips berpuasa ketika mengandung.

Teringin saya nak kongsikan buat ibu hamil khasnya sempena 
kita nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia tak lama lagi..
Persoalan ini saya sendiri pun fikir cemana nak berpuasa nanti
sedangkan kita ni hamil.. kuatkah? boleh tahan kah?
syukurlah saya sudah masuk bulan ketiga di trimester kedua..

cemana pulak yang sedang hamil dalam trimester pertama..?
masih mabuk dan perlukan penjagaan rapi dalam kesihatan..

Cara Mudah Hamil Ketika Berpuasa

1) Rancang hari anda supaya boleh berehat secukupnya.

2) Elakkan berjalan jauh dan membawa barang yang berat.

3) Elakkan aktiviti yang buat anda jadi panas kerana ini boleh 
menyebabkan anda cepat haus, kering dan membahayakan baby.

4) Minta nasihat dari keluarga yang pernah hamil ketika berpuasa.

5) Amalkan makanan yang bagus ketika berbuka puasa.


Cara Ideal Berbuka Puasa Ketika Hamil

1) Buka dengan 3 biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak diikuti 
dengan sup, sebaiknya sup yang jernih. (Kurma dan jus baik untuk 
menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.)

 2) Satu pinggan salad dan ulam sevagai pemula makan.

3) Protin daripada ayam, ikan, daging, kacang kuda dan kacang buncis.

4) Karbohidrat kompleks dari beras perang dan roti gandum penuh.

5) Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.

6) Elakkan makanan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan
atau mengambil makanan yang tidak bagus atau menggalakkan ketakcernaan.


Berpuasa Secara Sihat

1) Selepas makan malam, rehat seketika kemudian bangun 
dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.

2) Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi 
pastikan anda mesti mengambil sahur.

3) Minum banyak air selepas berbuka puasa dan sebelum
 sahur untuk mengelakkan penyahidratan.


artikel penuh : sumber


12 comments:

  1. wah tips yg bagus ni utk ibu2 mengandung hehe

    ReplyDelete
  2. harap2 larat la kite pi terawih ye Bert, hurm... bab makan rasanye tak masalah.. tapi kene makan makanan yg sihat n berkasiat n makan secara terkawal n teratur, takmo kasi naik sgt la...heheheh...mau menten pas mengandung...heheh...

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi dah nak posa..bany dlaam perut kena posa jgk kan..hehe

    ReplyDelete
  4. takut jugak ni masih mual2 loya...
    harap2 puasa nanti kuat laaa...:)

    ReplyDelete
  5. Bagus info begini dijadikan panduan yg memerlukan...

    ReplyDelete
  6. xlama lagilah kita nak sambut ramadhankan..!

    tentu baby dalam perut tu xsabar2.. :)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah..mudah mudahan Allah permudahkan buat bakal ibu semua..menghadapi dugaan sepanjang ramadhan ni..

    ReplyDelete
  8. yg tak mengadung pon boleh jugak kan ikut cara pemakanan tu. kan ? hehee :D

    ReplyDelete
  9. Elok sebelum dtg bulan ramdhan...memang sesuai sangat
    sebagai permulaan sebelum mengerjakan ibadah puasa yang sebenar

    ReplyDelete
  10. tip yg bagus...
    semoga tahun ni Allah permudahkan Akak untuk berpuasa... :)

    ReplyDelete
  11. semoga pn bert dalam menjalani puasa dengan lancar ketika pregnant...

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..