Tuesday, July 26

INFO : AMALAN SELEPAS KENCING


sekadar memanjangkan info.. baik untuk anda dan keluarga...

saya pun baru tau hehehe.. jangan gelak atau terpesona plak ye..



Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai
panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah.

Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya,

sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan,

tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam

kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.


Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala

jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri

ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata,

Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk

menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu

semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan

dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.


Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan

berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga

tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.


Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya,

pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari

dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata.

Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam

kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga


13 comments:

  1. baru tau la ape yg sepatutnye wat..thanks for the info =)

    ReplyDelete
  2. tak bersih kang tak sah solat pulak yer dak. hehe

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang sama dengan entri nie..pasal kencing..hihi

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/basuh-la-kemaluan-tu-oi.html

    Jom tukar link...kalau sudi boleh la komen di sini.....

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-ajak-join-bloglist-blogger.html

    ReplyDelete
  4. polo, jom polo kami pulak ;p
    http://mamaaerish.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. hehehe..bgs ni..hehehe..leh lah praktiskan

    ReplyDelete
  6. aaaa... mmg diamalkan sebelum ni... bagi lelaki, bagus semasa kencing dijengketkan kedua2 belah kaki...

    ReplyDelete
  7. Blog ni dah ada dalam bloglist Lulu-Pages ;)

    ReplyDelete
  8. cik lulu pun sy dah letak dah..

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..