
KOTA BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, Khamis.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah  Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah  dilanggar  sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal  keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan  mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu  juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang  berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa,  sebelum lori itu terbalik.
"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan  dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah  tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian  akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di  tempat kejadian.
................................................................................................................................
bersambung di BERNAMA
sedihnyaaa..al-fatihah...
ReplyDeletememang sadis.. alfatihah...
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiun..
ReplyDeleteda ajal nk bwt mcm mane.
kematian kte nt plak mcm mane la.
Ya Allah kau matikanlah kami dalam iman.
Insyallah... memang menyadiskan...
ReplyDelete