Bukan Blog Kamu: May 2015

Tuesday, May 19

Macam dah nak bersalin je ni....




Harini selasa 19 May 2015 kan.. *cek kalendar baru taip*
Klu ikutkan due date 12 June nanti.. minggu ni dah cecah
37 minggu.. tapi tanda2 nak bersalin tu macam dah 
nampak je... adakah saya bersalin di ipoh lagi..
cadangan nak balik N9 bersalin di sana..
tapi kalau dah tak sempat balik minggu depan
nampaknya sinila kot bersalinnya...

esok ada checkup biasa... isnin depan ada checkup
dengan pakar lagi.. bape banyak checkup daaaa...
oklah.. mulai hari ini saya nak menghitung hari..
cukup time maka bergegasla ke hospital..
sebelum  beranak nak kene masuk antibiotik dulu
baru boleh  beranak normal atau czer lagi..

dah tak larat la nak buat pape.. orang kata kene
banyak berjalan.. nak jalan pun setapak2 je ni..
pastu mengah duduk.. hihi.. letihla la jalan..

moga saya dipermudahkan bersalin hendaknya..
Sekarang dalam keadaan standby.. so niaga2 ni
kene slow la sikit.. harap sempat cod barang
customer sebelum beranak.. jenuh tunggu kang.. 
harini pun nak pegi cod.. bawak la beg siap2...

k tata..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, May 17

HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU : Berjaya buat jutaan penonton menangis!!




Tunggu sabtu lepas.. aik kenapa takde drama ni?
oh silap.. minggu ni rupanya drama yang saya tunggu2 ni..
dah tengok iklan.. di IG sharnaaz pun dah war2kan drama
hebat ni katanya.. harinya pun tiba.. jam 10 malam
dah start bukak siaran 135 Maya HD semalam...

Mana saya tau drama ni ramai buat penonton menangis?
tengok kat instagram la.. baca je komen2 penonton
setiap gambar yang diupload.. ingatkan saya sorang
je yang touching tengok cerita ni.. ramai rupanya!! Hehe


Tengok sorang2.. cik asben pun takde dia ada game futsal..
Nawfal pun tak tengok.. sebab tak layan., dia layan katun je,,
dengan penuh perasaan tengok drama 15 minit pertama je
hati dah sebak tengok jalan cerita tentang kesusahan
suami isteri dalam mengharungi rumahtangga yang
serba kekurangan di samping membesarkan anak 2 orang..

suaminya ada penyakit kusta.. susah dapat kerja..
usaha tanpa putus asa akhirnya dapat kerja jadi
penjaga parking di sebuah company cina..
kebetulan dapat majikan yang sangat baik hati,
toleransi dan penuh dengan sifat kemanusiaan


Ada jiran yang suka jadi batu api pada isteri nordin...
hari2 datang rumah kutuk laki orang.. siap tayang2
lagi kononnya dia mewah dengan segala harta
dan emas bagai.. sambil mencucuk isteri nordin
supaya bekerja di luar untuk cari pendapatan sendiri..

mulanya nordin tak bagi.. tapi dah dipujuk2 akhirnya
nordin tewas.. diizinkannya isterinya bekerja...
sejak isterinya bekerja, perangai yang dulunya
isteri yang baik tetiba bertukar watak..

Jirannya yang tolong menjaga anak2 mereka tu pun
bukan lah jiran yang baik.. sedih tengok anak2 mereka
dipukul, dimarah dan tidak dilayan sebagai anak2..
Nasib baik, waktu anak2nya di marah, kebetulan
nordin pulang ke rumah.. kagumnya nordin tak
 Marah pun pada jirannya.. dia angkat anak2nya
dan dibawak ke tempat parking tempat dia bekerja...

alahai.. sebaknya hati... tengok nordin bawak
anak2nya berdukung pegi ke tempat kerjanya..
mujurlah majikannya sangat2 baik hati..
ditolongnya nordin.. Sikap nordin yang jujur,
amanah, rajin, rendah diri tu yang buat majikannya
jadi baik pada dia.. penyakit kulit nordin pun
dibelikan ubatnya.. so suwitt.. hihi..

kisah isteri nordin pulak yang berubah hati...
tambahan lagi ada lelaki tunangan orang yang cuba
mengorat isteri nordin.. dilayan pulak tu... dah jatuh curang..
siap lari dari rumah lagi dengan alasan nordin hantar
anak2 mereka ke rumah majikannya yang berbangsa
cina.. kononnya takut anak2 mereka makan makanan
haram.. sedangkan bibik majikan tu orang Islam
tapi isteri nordin tetap taknak percaya...


Perjalanan drama ni memang dramatik.. tak macam drama
pun ada.. macam kisah realiti je.. tu yang buat hati jadi
sebak.. lagi2 ada anak yang kakinya lumpuh akibat
demam panas masa kecik.. Lakonan mantap primadona
si kecil molek puteri balqis tu yang membuatkan hatini
bagai dirobek2 dengan lakonan dia.. syabas dikk!

rasanya tak silap umur dia baru 7,8 tahun..
tapi pandainya kamu berlakon ya puteri balqis..
tabik spring kat adik puteri...!!




Part akhir lah yang paling2 meruntun hati..
rasa jiwa ditoreh2.. mata berkaca-kaca..
dah tak sebak dah.. nanges terosss haha..
dahla tengok sorang2.. takde orang boleh la
nanges uwa uwa.. tak segan la lap air mata...
ok emosi sungguh nengok drama ni yeah..

bila si isteri tersedar dari kesilapannya..
lalu pulang ke pangkuan suami tanpa sempat
meminta ampun.. anaknya yang lumpuh semangat
bangun nak tunjukkan dia boleh berjalan semula
atas usaha nordin yang selalu mengajar anaknya berjalan..
tapi sayang semuanya dah berakhir.. nordin 
meninggal dunia tanpa sempat berjumpa isterinya
yang sangat2 menyesal dan anaknya yang dah boleh 
berjalan tu.. aduhh! Terbaiklah drama ni.. tu pasal
tak heran dpat trending worldwide twitter malam tadi..

first time tengok drama yang sepanjang masa sedih..
syabass sharnaaz ahmad, fasha sandha dan puteri
balqis yang berjaya membawa drama ni dengan baik..
memang versatile la sharnaaz.. jahat boleh.. baik boleh..
drama yang banyak pengajaran dan iktibar..
kalau tak tengok lagi nanti tengokla ulangann..
mesti tangkap leleh.. sediakan tisu ya nanti.. hehe..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 14

Cerahkan Kulit Anda Tak Sampai Seminit!



Salah satu lotion badan yang memutihkan kulit
yang boleh mengeluarkan air!! aik ape ke pelik 
sapu lotion keluar air?? tak caya? tengok video 
review kat bawah nanti ya... bila sapu lotion ni
ada keluar air sikit dan kulit akan jadi lebih lembut
dan mencerahkan dan ia mengandungi SPF yang tinggi..

so sesuai nak keluar bersiar-siar, bersukan, mandi laut,
atau kerja2 di bawah terik mentari sangat sesuai pakai
lotion ni.. kulit anda akan dilindungi dan cerah selalu..


Orang yang biasa buat kerja outdoor 
sesuai sangat dengan lotion ni...

Kelebihan Cool-cool Blink :
~ Krim yang lembut seperti sutera
~ Mencerahkan dan melembutkan kulit
~ Bahan campuran terbaik dari Moon Jelly Fish, 
Wakasa Jepun berfungsi untuk mencerahkan
~ Memberi kesegaran pada kulit dan 
melindungi kulit dari cahaya matahari



Baby Kiss Cool Cool Blink
Whitening lotion in a soft and silky texture like whipped
 cream to brighten your skin with smooth, vibrant look
 once applied. Precious blend of an extremely moisturizing
 extracts from Moon Jelly Fish at the bay of Wakasa Japan 
in the cream and decomposes into watery released form 
when massaging the cream onto the skin to experience new
 whitening lotion. To provide freshness to your body and
 soothe your skin while protect the skin 50 times against
 sun light. With deep sea extracts of the ocean species,
 it eases your our outdoor activities and sun
 exposure with nothing to be worry about. 

What are the different colors of
 Baby Kiss Cool Cool Blink?

1. Baby Blue – Coconut flavour :
A Light Blue whipped cream suits to all red-white, 
and yellow-white women to bring out an aura brightness 
as being in the spotlighting for more attractive looks 
and standingout as the celeb on their own. 

2. Pretty Peach – Peach Flavour
Peach colored whipped cream, suits to very pale to 
yellow-white women to look healthy and pinky skin
 like a kid who likes to eat tomatoes in winter.

3. Pastel Yellow – Pineapple Flavour
Pastel Yellow whipped cream, suits to yellowish and 
brown skin women to promote the skin naturally radiant 
with whitening and lightening, not a dummy, appearance.
 It helps to keep skin harmonized soft and smooth looks.

APA KATA PENGGUNA COOL COOL BLINK??



VIDEO REVIEW
kulit anda dilindungi dari sinaran UV dan
cerah dalam masa tak sampai seminit!!

HARGA : RM76
whatsapp 0168880684 Atiah





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

CARA MUDAH LINDUNGI KULIT DARI SUNBURN




Krim yang sangat lembut dan wangi sangat sesuai
untuk semua jenis kulit tak kira la biasa ataupun sensitif
dan sangat senang menyerap ke dalam kulit..
dengan packagingnya yang comel kiut miut senang nak 
bawa ke mana2.. dan yang penting krim ni tak berminyak..


Setiap kali keluar rumah wajib apply uv protection ni 
untuk melindungi kulit dari sinaran mentari.. sesuai untuk
 semua jenis kulit.. Kulit yang cepat sunburn tu ha 
kene pakai krim ni sebab mengandungi SPF50 PA++ 
nak kesan glowing dan natural mesti aply krim ni..
tahan lama dan gerenti puas hati..! hehe..

VANILLA MOUSSE UV PROTECTION CREAM 

~ Krim yang lembut dan tidak berminyak
~ Sesuai untuk kulit sensitif
~ Mengandungi SPF50 yang dapat 
melindungi wajah dari sinaran UV
~ Mengawal proses pigmentasi, cela 
wajah dan penuaan pra-matang
~ Wajah anda lebih berseri, licin, cerah, 
lembut dan lembap secara semulajadi 

*Cara guna : sapukan pada wajah dan
 leher sebelum aktiviti luar






VANILLA MOUSSE UV PROTECTION SPF50 PA++
A silky, non-oily and soft sun protection cream provides
 high protective of UVA/UVB rays and visible light
 with SPF50 PA++. With Lipo ShieldTM-HEV provides 
protection filters. It ensures skin protection against sunburn
 and skin damage. ODA white controls pigmentation process
 reducing the appearance of blemish, photoaging and 
premature aging. It effectively enhances a natural radiant, 
smooth and youthful complexion. It is recommended for 
white skin and yellowish-brown skin. 

Main ingredients :-
~ LipoShieldTM HEV : Protect your skin from visible light
~ ODA White : Prevent skin pigmentation and dark spots 
~ Titanium Dioxide UVA , UVB
~ Titanium Dioxide : Reflect UVA and UVA rays

 * Easily absorbed to the skin, No cause of acne 
and oily skin, Smooth your skin as makeup base...



TESTIMONI




HARGA : RM85
Pertanyaan / pembelian whatsapp 0168880684 Atiah



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

PREGNANCY : 36 Minggu........ Akhirnya....



akhirnya masuk dah 36 minggu harini... bersamaan 9 bulan..
sekejap betul rasa.. mungkin kebiziyan setiap hari dengan
tugas dan misi penting tak sedar masa tu pergi laju2... hehe..

harini last scan di klinik kesihatan.. petang nanti nak pergi 
checkup lagi.. masuk arini dah 3 hari berderet pergi checkup..
selasa aritu di hospital.. semalam cek dengan nurse..
harini scan doktor pulak.. letih pulak ngulang2 asyik checkup..
apakan daya redah ajela.. dah rasa2 dah perut ni memboyot..
jalan makin slow.. kaki dah makin sakit.. tidur pun kene 
cari keselesaan yang jitu.. kalau tak, sakit2 badan...

cubaan nak normal kali ni.. dah jumpa pakar 2 kali katanya
boleh la cuba normal lepas ni.. ada 2 lagi appointment dengan
pakar di hospital besar ipoh ni... harap semuanya dipermudahkan..
tak sabar nak jumpa baby baru.. tapi keresahan dan kegusaran
nak menghadapi situasi bersalin tu duk teringat2 yang first dulu..
takut ada.. fobia ada.. risau cemas gundah gulana semualah hihi

oklah tu je nak cerita.. menghitung hari waktu nak bersalin..
walaupun due datenya 12 june nanti.. tapi ntah rasa macam
dah dekat je nak bersalin.. perut dah mula sakit2 je ni.. hmm..
rilek2 la dulu baby ye.. duk lam peyut tu puas2.. cukup time
boleh keluar.. awal lagi ni hehe..harap apa yang dirancang
menjadi... aminn... selebihnya serah pada Allah saja.. k tata..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

KAMERA DSLR TERPAKAI : CANON EOS 1100D UNTUK DIJUAL




Ada sesiapa nak cari DSLR terpakai..???
saya nak share dari tuan punya kamera katanya
nak let go dslrnya.. nak jual sebab jarang pakai
dan tak mahir nak guna.. lebih selesa pakai hp je...

tengok gambar2 kamera ni.. disebabkan jarang pakai
asyik simpan aje maka memang nampak baru meskipun
dah setahun lebih ada dalam simpanan.. condition pun 
masih tiptop boleh kata 10/10 like new set tau...
takde calar, takde jatuh, tuannya memang cermat bila
sesekali guna.. barang mahal kan mesti la sayang hehe..






DSLR CANON EOS 1100D FULL SET

~ Original set, beli dengan dealer canon yang sah
~ Jarang guna dan tak berapa mahir dengan fungsi
~ Kondisi tiptop 10/10 like new set
~ takde rosak, takde calar dan tak pernah jatuh
~ Harga nak letgo termasuk semua aksesori di atas
* MACRO lens wide
* EFS 18-55mm
* 8GB memory card
* battery
*charger set
* manual 
* 3pcs software cd
* usb cable
* 4pcs lens cover
* small beg for charger / lens cover
* camera beg
*kotak

Boleh jumpa dan datang tengok sendiri
Harga nak lelong RM1500 full set..
kalau betul berminat boleh nego sampai jadi..

whatsapp saya untuk pertanyaan 0168880684 atiah


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, May 11

KEPENTINGAN BABY CAR SEAT



Masih ramai ibu bapa di Malaysia masih lagi tidak sedar 
akan kepentingan penggunaan baby car seat untuk bayi 
dan anak semasa travel bersama keluarga. Di negara-negara 
Barat memang ada undang-undang mengenai penggunaan
 baby car seat sehingga anak mereka berumur 7 tahun. 
Semua ibu bapa wajib perlu tahu akan kepentingan 
baby car seat ini demi anak tersayang.

Baby Car Seat memang penting terutamanya semasa travel,
 tak kiralah perjalanan jauh atau dekat. Kita bukannya boleh
 jangka apa yang akan berlaku semasa di dalam perjalanan. 
Sebaiknya kita mengambil langkah berhati-hati
 supaya anak kita sentiasa selamat.

Banyak berita berkenaan kejadian Bayi atau anak
 tercampak dari kereta semasa kemalangan. 
Tidakkah kita mahu ambil iktibar dalam perkara ini??

1. Bayi Maut Tercampak Dari Kereta - Sinar Harian

2. Dua anak tercampak keluar dari kereta - Sinar Harian

3. Bayi lima bulan maut tercampak keluar
 kereta dalam kemalangan di Dungun - Astro Awani

4. Anak Nabila tercampak dari kereta - Harian Metro

5. Budak maut tercampak dari kereta - Utusan

Antara kepentingan Baby Car Seat semasa travel adalah:

1. Keselamatan baby
Semasa ibu bapa sedang memandu, digalakkan meletak anak
 di dalam baby car seat demi keselamatan mereka. Cuba 
bayangkan bapa sedang memandu dan ibu memangku baby 
yang tengah tidur. Ibu pun tidur sekali. Kalau baby 
kita jatuh bagaimana? Kalau tiba-tiba kemalangan bagaimana? 
Tidak ke nanti baby kita akan terlepas daripegangan ibu? 
Sekurang-kurangnya, tali pinggang pada baby car seat tu dapat
 menahan baby kita dari terhentak atau tercampak ke mana-mana.

2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri
Bila kita sudah biasakan baby kita duduk dalam car seat, akan
 memudahkan kita memandu seorang diri. Tidaklah baby kita 
meragam semasa kita memandu. Kita juga yang stress ketika 
memandu nanti. Pada mula pengenalan mungkin ada sedikit 
kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa.
 Biar anak menangis di dalam baby car seat tetapi
 jangan kita menangis di kemudian hari.

3. Dapat mengajar baby untuk tidur sendiri
Apabila baby kita dah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka 
mesti selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan 
nyenyak dengan sendiri. Dengan letak mereka di dalam 
baby car seat sebenarnya boleh mengajar anak kita untuk 
tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab 
gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan baby kita
 lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya
 juga dapat membuatkan anak anda berdikari.

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta
Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka 
tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, 
mana satu yang betul nie? Jadi, kita kena buat satu rutin 
dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di 
car seat masing-masing. Dari yang baby sampailah yang dah
 besar pun. Kalau baby kita nak menyusu je baru kita angkat
 sebentar dan susukan. Lepas tu, letak semula di car seat. 
Baby kita selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

Pentingkan baby car seat untuk perjalanan kita? Demi keselamatan
 anak-anak kita, diharapkan ibu bapa sekalian labur dalam
 membeli baby car seat untuk anak-anak kita. Tak perlu tukar
 setiap tahun pun kalau kita beli yang betul-betul elok dan selamat.

Macam mana nak pilih baby car seat?

Kita pilih baby car seat bukan macam kita pilih baju. Suka pakai, 
tak suka buang. Baby car seat nie bukannya murah tau. Sebab tu la
 kena pilih betul-betul supaya tidak membazir duit yang kita ada.

Pilih baby car seat bukanlah berdasarkan harga dan brand, 
pilihlah yang menepati ciri-ciri keselamatan untuk anak-anak.
 Padding kena cukup tebal untuk hadapi hentakan, tali pinggang 
kena cukup kuat untuk menahan anak dari jatuh atau tercampak.


sumber : email


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 7

CARA TUKAR NAMA FANPAGE FACEBOOK



Ada sesiapa tercari-cari cara nak tukar fanpage facebook...?
Bila fanpage anda melebihi 200 Likers maka secara kejamnya
FB takkan bagi anda edit nama fanpage anda..
maka dengan sebab itu, jika anda berminat nak buat fanpage
pastikan nama itu sesuai, secanggih dan sebagus yang boleh..


ok ni testimoni diri sendiri.. Likers dah cecah 2k lebih..
nak buat baru sayang... maka kita kasi tukar saje itu nama..
saya dah tukar dengan jayanya... anda bila lagi? hehe..


SEBELUM


SELEPAS

yeay berjaya tukar nama... kalau anda minat nak tukar 
nama jugak boleh whatsapp 0168880684...nanti boleh
sembang panjang-panjangg cara dan bagaimana nak tukar..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

CARA MULAKAN BISNES PRE ORDER




Pernah tak tengok iklan dari sesetengah peniaga
menjual barang dengan menyatakan PRE-ORDER??
Salah satu cara untuk mulakan bisnes dengan modal
yang minima ialah dengan cara bisnes pre order...
tapi jangan hentam kromo.. ada teknik dan cara
yang terbaik boleh dijadikan panduan untuk anda
mulakan bisnes pre-order.. moga tips ni bermanfaat...



Apa yang Tuan Jamaluddin Bahari (Pakar pemasaran
 Facebook) kongsikan ini boleh dimanfaatkan 
oleh usahawan yang baru bermula.

Iaitu kaedah membina bisnes tanpa perlu
 memiliki produk terlebih dahulu.

Cara memulakan bisnes versi pre-order.

Kaedah ini dikenali sebagai pre-order.
Langkah2 yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:

1) Pre-order bermaksud kita menerima wang daripada
 pelanggan, sebelum mengambil produk.

2) Kita menetapkan satu jangka masa tertentu supaya 
pelanggan tahu bila mereka akan dapat produk.

3) Sebaik sahaja wang yang dikumpulkan menepati kuota
 yang kita tetapkan, baru kita lakukan tempahan produk.

4) Cara selamat dan memudahkan urusan kedua-dua
 pihak peniaga dan pembeli adalah caj pembeli
 pembayaran deposit sahaja.

5) Apabila produk sudah sampai di tangan mereka, 
baru minta bayaran penuh.


Strategi bisnes yang berkesan untuk 
peniaga yang kesempitan modal.

Cara ini sangat berkesan untuk bisnes-bisnes yang
 kekurangan modal. Serta bisnes yang mahu melakukan 
pengesahan bahawa produk yang mereka ingin 
jual, ada permintaan atau sebaliknya.

Cadangan deposit yang terbaik adalah melebihi 50% daripada
 harga produk. Supaya peniaga tidak perlu menampung 
sebarang kos produk, penghantaran dan sebagainya.

Perkara paling penting adalah memberitahu pelanggan tentang:

1) Bilakah tarikh mereka akan dapatkan produk.

2) Bagaimana mereka boleh berhubung dengan 
kita jika terdapat sebarang pertanyaan.

3) Memberitahu perkembangan produk dari semasa ke semasa.


ok selamat berniaga.......




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 6

SENARAI MAKANAN YANG BOLEH DAN TAK BOLEH DIMAKAN SEMASA BERPANTANG





Tak lama lagi saya selaku ibu mengandung di kala entry ini
dipost akan menghadapi situasi berpantang pula...
bagus ada senarai makanan ni.. senang nanti nak rujuk
semula bila berada di alam pantang.. maka jika anda
sedang berada di alam pantang atau nak menghadapi
alam pantang boleh la usha makanan2 yang boleh dan
tak boleh dimakan.. bila pantang memang kene pantang..
tak jaga pantang sakit2 badan pun datang...
Sumber gambar ni dari pesbuk yeahh..








 sumber : facebook



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, May 1

BASIKAL TERPAKAI : BIANCHI KUMA UNTUK DIJUAL


***UPDATED : MAAF SUDAH DIJUAL***

Anda nak cari basikal terpakai?
Tuan basikal nak lelong basikal ni sebab jarang guna..
baru 2 kali guna.. sesuai untuk bersukan, atau mountain biking..
 jom tengok gambar basikal ni.. masih nampak baru..
tuannya siap simpan dalam rumah lagi.. condition 10/10




istimewanya ada pakej aksesori...
harga siap sekali dengan aksesori seperti 
helmet, glove dan botol air lagi tu.. 





BASIKAL BIANCHI KUMA

* Harga beli RM2300
* Harga lelong RM1800 (boleh nego sampai jadi)
* Like new. Baru 2 kali guna. Very good condition
* 9 x 3 speed size 15
* Freegift : helmet, glove dan botol air
* Jual sebab jarang guna
* Lokasi : Ipoh Perak

Jika berminat boleh cari saya.. whatsapp sahaja
0168880684 Atiah... boleh runding sampai jadi..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...