Bukan Blog Kamu: November 2014

Wednesday, November 12

CARA PALING MUDAH CERAI SUSU BADAN - SAYA BERJAYA YEAY!!



Kisah ni dah 2,3 minggu lepas.. lama dah hehe.. baru nak cerita..
saya dapat syak saya mengandung pun sebab susu badan la..
bermula dengan lewat datang bulan.. tambahan pula ada
rasa sakit tiap kali nawfal menyusu tu yang buat saya
berkobar2 nak cek UPT.. pengalaman kali kedua mesti la 
boleh agak kan simptom orang nak peknen ni hehehe...

bila dah sah tu maka kene la cepat2 ajar nawfal susu botol..
atas nasihat doktor dan nurse pun bagitau agak bahaya sikit
kalau mengandung tapi masih menyusukan anak.. boleh
menyebabkan keguguran.. lagipun saya dah tak selesa nak 
nyusu badan lagi.. memang genap nawfal 2 tahun pada
15 oktober bulan lepas.. saya pun sah mengandung lagi..

kalau dulu czer harapan yang kedua ni dapatlah normal pulak..
jangka bersalin june 2015 nanti.. trimester pertama ni yang
penuh dugaan.. biasalah kan.. saya perlu rehat yang banyak..
tak boleh penat lagi2 ada masalah jantung.. walaupun takde
la kronik mana pun tapi kalau tak dijaga sakit juga..
hal bisnes saya mula slow sikit.. ada tenaga saya buat..
takde tenaga saya berehat panjang.. Insyallah ada rezeki lain..


eh lain pulak cerita.. ok sambung cerita pasal cerai susu badan..
nampak gambar botol dan susu ni? ok meh saya kisahkan cemana
saya dapat cerai susu dengan sangat senanggggggggg!!

Dulu.. memang susah hati.. cemana nak buat dengan nawfal ni..
tak pernah langsung ajar susu botol.. apetah lagi susu fm..
nak tido pun kene susukan baru dia lena.. terjaga tengah malam
pun sumbat je boleh lena balik dengan mudah.. takde bangun
dah buat2 susu bagai.. so terfikir cemana nak cerai susu?

hasil dari bacaan dan pertanyaan pada otai2.. maka saya pun cuba..
saya guna kopi je senang hehe.. nak cari benda lain susah la..
kopi tu pun mintak kat mak mentua haha.. sebab kami tak minum
kopi memang takde la stok kopi kat rumah...

malam2 saya kasi can dulu dia menyusu..tapi bila dah pagi..
saya bubuh kopi... susu botol pun dah standby... bila dia cuba 
nak menyusu badan dia pun buat muka pelik sebab pahit la..
lawak tengok dia walaupun kesian.. 2,3 kali dia cuba tapi
dia tak boleh terima pahit kopi tu.. dan saya sua la susu botol..
dia pun cuba minum.. okla sikit2.. cuba jugak nak susu badan..
tapi bila asyik pahit je lama2 dia pun boleh terima susu botol..

itu pun!! setelah saya cuba dengan susu botol murah dulu..
dia tak berapa minum sangat dan buat main dengan puting..
susah nak jalan.. saya beli botol tomee tippee dari kedai
baby online termurah dan terbaik yang saya suka ni...
klik link tu dan tengok sendiri... best kedai baby ni..
semuanya ada dan semua boleh beli online...

saya pilih tomee tippee ni sebab murah dan yang penting
'closer to nature' jadi senang la nak ajar dia susu botol kan?
ok bab botol setel la.. dia dah boleh terima susu botol..
apa cerita susu pulak... bermula dengan sampel susu...
pegi kedai jual susu budak dan mintak sampel..
nak test mana yang dia berkenan dan sesuai...

dah cuba original, madu dan vanilla.. nampaknya dia lebih
suka perisa vanilla... seperti yang dicadangkan oleh kak 
ipar saya dia kata cuba la susu pediasure ni sebab susu vanilla
dia memang sedap.. ye memang sedap.. sesedap aiskrim 
vanilla cap walls uols haha.. ok maknya pun rasa...

harganya pun... hmmm... test dulu tin kecik ni... 
400gram cuma RM38 sahaja.. murah kan? ok murah sangat..
tapi tahan 4 hari je... adui.. kalau besar sikit 900gram
dengan harga pasaran dalam RM80 yang boleh tahan 
dalam seminggu lebih je.. dan 1.8kg dengan harga RM150..

hmm sekali je beli haha.. weh kopak duit weh nak beli 
bapak mahal susu neh.. tapi khasiatnya memang bagus la..
setanding dengan harganya.. sekarang dia minum sustagen
vanilla aje.. itu pun.. hmm maknanya standby la duit susu je
dalam RM100-RM200 sebulan yeh... dulu takde skg ada..

ok tujuan saya beli susu pediasure ni sebabnya nak bagi nawfal
kesedapan dan keenakkan susu botol disamping botol begitu
dengan susu yang sangat sedap.. bila dah boleh terima susu botol
maka nak tukar susu lain pun dah tak kisah dah... 

Alhamdulillah dah hampir sebulan beliau dah susu botol..
susu badan pun kadang2 dia lupa dia cuba mintak..
tapi saya ngelak2.. dan buat bagi dia lupa.. lama2 ok dah..
ok senang kan? saya pun lega.. cuma kene bertabah hatila
bangun tengah malam buat susu.. dulu takde skg ada.. 

ok tuje.. panjang pulak bebelnya.. 



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

SETITIS KASIH DARMIA - 14 EPISOD JE



kalau cerita hindustan kita ada hero shah rukh khan dan kajol
pasangan serasi dan sejoli.. kat malaysia pasangan serasi sejoli
saya bagi kat 2 pelakon ni.. haha.. sharnaaz dan nellydia boleh?


kalau dulu mereka jadi jebat dan mastura dalam drama
bukan kerana aku tak cinta.. sekali lagi bergandingan
dalam setitis kasih darmia pulak.. adehh!! mana boleh lepas
peluang nak tengok..! dari episod pertama dah tengok sampai
 la semalam episod 9.. drama ni setiap selasa dan rabu jam 8.30
2 kali je seminggu.. memang tak puas.. sebab drama ni cuma
14 episod jela... malam ni episod ke 10.. tinggal 4 episod je lagi
lepas tu abih.....hmm kejap je rasa... patutla semalam cepat je
si liza dah tau hal sebenar diorang... apa cerita episod 10 malam ni?

Kalau tengok info, episod 10 malam ni kisahnya si amir kene kawin
dengan liza secepat mungkin dan ceraikan si mia.. Mia pujuk amir
supaya bersetuju kalau dia maafkan apa yang amir dah buat dengan mia..

kalau ikutkan cerita novel, sinopsis dari pembaca novel cerita ni
akhirnya dah tau, bapak damia tu bapak pada si amir..
amir tu anak angkat je.. mak ayah damia berpisah angkara
mak liza la.. liza akhirnya kawen dengan zack.. damia 
mestila dengan amir.. happy ending gitu.. novel kan?

jahat kan pegi cerita pulak.. haha.. stress weh.. dah la
tunggu seminggu 2kali je.. iklan punya la banyak.. 
cerita pendek2 plak... tengok la nanti sama tak cerita
novel dengan drama emosi, sedih lagi pilu gitu hihi...


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...