Bukan Blog Kamu: October 2014

Wednesday, October 29

Skodeng Adik Nawfal



Semalam nyinggah klinik kakak kat juasseh n.sembilan
jempot beliau balik keje.. sesapa yang berdekatan
tercari2 doktor perempuan boleh datang sini yeh..
boleh jumpa kakak saya untuk buat rawatan apa2..


Alang2 dah nyinggah saya suka la nak beli ubat hihi..
beli vitamin appeton untuk nopal satu buat kunyah2..
Pastu esaitet pulak nak cek adik nawfal dalam perot..


Haaa nampak dah kantung kecil untuk si anak..
kecik lagi baru je 2 bulan.. yang lawaknya pulak..
wasap la gambar ni kat cik laki kat perak nun..
saje cakap.. nak tengok baby girl tak..?
dapat je wasap terus call.. dia tanya..
"Waa tu ke dianya.. dah tau eh jantinanya"

Saya golak jela... mana pulak leh nampak jantina
bang oii baru je 2 bulan paling kurang pun 4 bulan
ke atas nanti baru boleh nampak jantina... sabar k..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 24

16 ENAM BELAS IKLAN BE @ CPUV SEDANG MENARI?? BIAR BETUL!!



Sesaje melayan nuffnang tengok iklan..
eh pesal panjang sangat status On Going tu..
klik ke bawah konon nak kira... eh banyaknyaa!!


Aah banyak la ada 16.. kira kali kedua pun 16 gak..
boleh masuk sejarah Bukan Blog Kamu ni hihi..
selalu ada pun paling banyak 5,6 iklan tapi 16..
ok muka esaitet gila dan duk bayang RM hahaa..

Ok tapi bile cek kat bahagian Campaign dan kira
semula company yang buat iklan tu sebenarnya
eh.. ada 6 je hhaha laaaaa kasi gempakk je!
ape jadah duk pecah2 gitu encik nuffnang??
tak paham plak pesen ape iklan camni...

ingatkan 16 company kasik tempek iklan kat sini..
baru nak perasan jadi diva iklan tadi hahaha.. 
Oklah.. tuje nak bebel.. selamat tahun baru?..
semoga tahun baru lebih baik dari tahun sebelum ni..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, October 23

Bermulalah episod temujanji ke temujanji..



Dah bape kali tunda pegi klinik akhirnya terbuat jugak
dah buku pink ni lagi untuk kali kedua hari selasa lepas..
hampir sebulan saya lemah gemalai.. mabuk pening..
Nak buat ape pun malas.. banyak tidur plak tu haha..
Asyik takde mood je.. mood asyik pegi ke laut..
preggy kali ni lain sikit dari ngandung si nopal dulu..
Simptom nya tak sama macam dulu.. jauh beza..


Harapan besar mau sepasangla.. impian cik laki
kepingin sangat nak anak gugurl plak lepas ni..
Nama pun sejak beliau muda2 zaman sekolah dah simpan.
nampakkk...? Semangat sangat nak anak gugurl..
kalau dapat gugurl rezeki.. kalau boboi rezeki juge kan..
Tak kisah janji selamat semuanya.. doa2kan ya.. hehe..

Saya cek ni sendiri.. waktu pegi pos coklat
saya lari jap pegi klinik beli UPT....
kebetulan hari tu beliau takde kat rumah ke pekan
uruskan perniagaan beliau yang baru nak bermula tu..

beli tengahari.. pastu terlupa.. dah petang baru cek..
tengok2 ada 2 line.. haa nampakkk.. macam dah boleh
agak sebab tu semangat nak beli gak sorok2...
impian nak tergezutkan cik laki ai la hikhik.. menjadik!
tu yang letak dalam kotak hadiah tu nampakkkk!

hari tu pulak dia lambat balik hishh!! Saya asyik call
je dia mintak balik rumah sebab kata ada hal penting..
"bang balik cepat.. tadi duk kemas2 rumah ayg jumpa
satu benda pelik... cepat balikkkkk" kata saya bernada
buat2 marah supaya bikin hati dia cemasss hahaha..

lambat balik.. saya call la mak n adik badik bgtau berita ni..
maafla cik laki.. no ke 4 baru tau.. sape suh balik lambat hihi..
Dah malam baru sampai rumah.. saya berlakon buat muka
marah.. ok mood kene betul baru la jadi drama spektra tu..

sembang la barang sedua perkara sebelum saya buat serprais..
pastu sebelum dia siap2 nak mandi saya pun bagi kotak tu
pada dia.. "ni ha bendanya.. sape bagi ni?" Tanya saya bersuara
cemburu konon2nya.. "ntah ni bukan abang punya" sambil duk
renung kotak tu.. eee bukan nak dibukaknya.. "abg bukak la..
 tengok sape yang bagi hadiah tu" saya buat2 marah hihi..

dia tersengih2.. siap nak tutup mata bukak kotak tu 
takut katanya.. haaa cuak dia kateko hahahaha.. kene2!
dalam 2,3 minit jugak saya paksa dia bukak kotak tu..
asyik takut je haha apekene ntah.. akhirnya dia bukak jugak..

dia tengok je dengan muka blurr.. x pandang pun upt tu..
hek ele.. saya punya la bengang adoi dia nehh blurr plak..
"Takde ape pun dalam ni..yang ni lama punya kenapa 
letak dalam ni?" Tanya dia keblurran.. hisshh!!

"Apa pulak lama la.. tu baru beli la petang tadi"
"Eh.. yeke ni? Ni baru punyaa?!!?"tanya dia
Dan baru nampak senyum sampai telinga..
"haha.. yela.. baru punya la.. kalau lama buat apa
beria suruh bukak.. tu pasal asyik call suruh balik cepat"

Ok tuje la nak cerita.. selebihnya simpan sendiri je udah haha
yang penting situasi lawak tu saya simpan buat kenangan
betapa tergezutnya dia kahkahkah.. ok tabaik gelak kuat2..

Harini temu janji jumpa doktor pulak.. senin depan
jumpa doktor gigi pulak.. dan coklat.. ya coklat..
buat sementara ni saya tutup tempahan...
dah bukak nanti saya umum balik yeh.. tak sihat la..

cerita nawfal..? Hmm memang,, sejak nak beradik ni
berubah banyak dah dia.. mak oiii kuat meragam..
kuat ngamuk.. suka protess.. tensen plak kadang2..
dan dia pulak seminggu demam lepas terberitanya 
 Mak dia dah ngandungkan adik dia.. sekarang dalam
proses ceraikan susu.. bahaya kan kalau masih susu 
badan tapi dah peknen pulak.. okla dah boleh terima
dah susu botol dengan paksaan haha.. nanti2 saya cerita
pengalaman nak cerai susu badan pulak dengan nawfal..

Ok tata.. moga saya kembali kuat semula..
lembik jugak sekarang ni.. walaupun dah makan vitamin..
biasalah hormon ngandung ni macam2 gaya..
Kita layan kan ajelah.. Insyallah due bersalin 3 june..
ha amik kau nanti sebulan la tak puasa romadhonnn..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, October 15

BERSAHABAT DENGAN ANJING



Kagum dengan kisah seorang lelaki melayu
beragama Islam 'bersahabat' dengan anjing..
sangat2 mulia apabila manusia berkasih sayang
dengan binatang.. besar pahalanya jika kita
memberi kebajikan pada binatang...


macam kisah lelaki kat atas ni..
kalau saya heehhe mesti tak buat macam tu..
sebab terlampau takut dengan anjing..
fobia barangkali hii hii.. tak delah pernah
kene gigit dengan anjing.. tapi masa kecik2
banyak kali kene ganggu dengan anjing..
sebab tu kalau nampak anjing mesti nak takut..





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 10

ANTARA KANDUNGAN BAJET 2015



Antara intipati #Bajet2015 :


1) ESD1M - Elaun Sara Diri 1Malaysia
Semua rakyat Malaysia yang sudah berusia 18 tahun
 akan menerima elaun sara diri RM150 sebulan 
secara automatik tanpa mengira latar belakang
 keluarga. (Perkiraan umur mengikut tahun)

2) BR1M 3.0 - Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0
Setiap ketua keluarga yang mana pendapatan isi rumah 
di bawah RM3000, akan menerima menerima elaun
 sara keluarga RM100 untuk 6 bulan (RM2000 setahun 
2 kali pembayaran terus ke akaun bank).
 Untuk keluarga pertama sahaja.

3. Bonus Tahunan Penjawat Awam dan Pesara.
Untuk tahun ini, semua pebjawat awam akan diberikan
 bonus 3 bulan gaji dan akan dibayar melalui 2 fasa. Fasa 
pertama bonus sebanyak 2 bulan gaji akan dikreditkan 
bersama gaji bulan Disember dan bonus sebulan gaji 
lagi akan dikreditkan pada bulan Januari.

4. KAHW1M - Bantuan Perkahwinan 1Malaysia.
Setiap pasangan yang akan melansungkan perkahwinan
 (yang pertama sahaja bagi perempuan), akan menerima 
sumbangan RM500 bagi setiap pasangan dan baucer 
melahirkan anak pertama tanpa caj di hospital kerajaan.

5. BSMM1M - Bantuan Side Mirror Motor 1Malaysia.
Memandangkan motor menjadi kenderaan penting bagi
 rakyat pertengahan dan bawahan, kerajaan menyediakan
 khidmat menukar side mirror secara percuma
 setiap 2 tahun di kedai yang terpilih.

6. BH1M - Bantuan Handyplast 1Malaysia.
Memandangkan dunia semakin mencabar, kerajaan 
menyediakan kemudahan handyplast untuk rakyat 
yang mengalami luka-luka kecil. Handyplast percuma 
ini boleh didapati di farmasi terpilih dengan syarat perlu
 membawa laporan pemeriksaan hospital pakar bersama.

7. BAUMS1 - Bantu Aku Untuk Mempercayai Semua 1ni.
kah kah kah
Hok ni best
Kahkahkah

ok mengada kan? copy dari wasap habaq hang..
haha sori.. denponterkono... cizzz!!!

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

PETUA MUDAH NAK CERAI SUSU IBU



Anakanda nawfal dah masuk 2 tahun...
maka saya cari petua nak cerai susu...
saya tak pernah bagi dia susu FM jenuh juga
nak ajar dia tukar susu... nak tido pun nak menyusu..
hasil pencarian encik gugel saya simpan sini..
senang nak buat rujukan sendiri hehee...

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya
* Elakkan dari berhenti secara tiba-tiba
 takut2 emosinya terganggu

* Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, 
contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinyanya
 adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, 
dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja

* Anda boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang 
berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya

* Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum
 anak2 meminta susu badan dan jangan menyusukan
 terlalu lama pada tiap2 sesi penyusuan

* Elakkan menawarkan susu badan jika tidak 
diminta, dan jangan menolak jika diminta

* Gunakan kaedah ansuran, anda boleh alihkan 
perhatiannya pada aktivti/benda lain dan proses ini
 mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan 

* Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada 
waktu malam & jangan salin baju di depan anak
 bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat


2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti
* Terangkan kepada anak2 kenapa 
mahu memberhentikan penyusuan

* Anda boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika
 dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja

* Jika anda hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting,
 anda boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah.


3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam
* Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan 
sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, 
gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, 
menepuk perlahan atau menggosok belakangnya

* Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, 
selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum 
tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu

* Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami anda
 yang menenangkannya. Sekiranya anak anda mahukan 
susu, perah dan biar suami anda yang bagi


4. Mengurangkan Bengkak Susu
* Jangan makan makanan atau minuman yang 
memperbanyakkan susu, semasa proses menceraikan susu

* Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada
 bahagian yang bengkak. Takpun, boleh tuam-tuam ngan air suam

* Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli.
 Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa
dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.


5. Perubahan Tingkah Laku
* Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai
 gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan

* Anak anda mungkin berubah sikap seketika walaupun 
dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin 
mengekori anda ke mana sahaja & kadang2 lebih nakal

* Anak anda juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri,
 sebagaimana anda juga perlukan masa dengan perubahan ini

* Anda juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan 
selepaskali terakhir anak anda menyusu, terutamanya
 jika anda berhenti secara tiba-tiba.

Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga khasiat
 susu ibu terus mengalir dalam badan kamu ya 
Isaac Nawfal Amirul Khairudin...insyallah...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, October 9

4 CIRI PENIAGA TIADA ETIKA.. ADAKAH ANDA ORANG YANG SAYA MAKSUDKAN?



Agak keras tajuk ni kan... haha...
ok harini cubaan buat entry garang sikit...
mungkin dah lama memendam rasa.. rasa nak luahkan..


Apa ciri2 peniaga takde etika atau takde adab...??
anda peniaga saya pun peniaga maa..
meh saya huraikan sebagai peringatan untuk sendiri juga..

1. IKLAN KAT TEMPAT ORANG
Salah satu pengiklanan saya adalah menggunakan blog..
banyak iklan yang saya buat dan kebanyakkannya iklan berbayar..
ada ke patut.. saya dah iklan kan produk orang.... 
datanglah sorang peniaga ni yang kemaruk kasteme
pun iklan benda yang sama kat tempat iklan yang saya buat..
contoh.. saya jual bantal.. dia pun sibuk tumpang iklan
orang nak jual bantal yang sama.. dengan harga yang 
lebih murah kononnya... nasib baik blog ni ada
comment approval.. maaf la cik puan... saya tak approve
iklan tu ya... mentang2 la entry tu beribu2 visitor nya..
bukan cerita berlagak... tapi belajarla cara marketing yang betul..

2. CURI PELANGGAN
Yang ni saya tak pernah kena.. tapi baca dari pengalaman orang..
si penjual ni menggunakan FB ads sebagai medium
pengiklanannya... hallo iklan berbayar tau... bila produk bagus
ramai la mohon PM.. ada la penjual desperate ni duk
pm prospek yang menghantar komen pm tu.. ya dia jual benda
yang sama dengan tawaran harga lebih murah.. jahatkan?
orang tu bayar iklan... yang si jahat ni curi customer orang..
bila si penjual pm.. katanya dah beli dengan orang lain..
betapa sedihnya penjual tu bila dapat tau ada peniaga lain
yang jahat curi customer orang... geramnyaaa!!

3. SPAM
yang ni ramai orang buat.. terutamanya peniaga baru..
masih belajar cara marketing yang betul...
kalau guna FB.. dia akan pm sorang2 kawan dia
iklankan produk dia.. ada orang tak kisah... ada orang
memang kisah.. cara lain, menggunakan tag..
upload satu iklan bergambar dan tag kawan2 dia
yang beribu2 lemon tu... kalau ada yang komen memang
banyak la notificationnya.. bila saya kena saya tak marah..
takpe biarlah dia dengan cara dia.. senyap2 je saya remove
tag tu supaya tak diganggu dengan notification..

4. CURI PRODUK ORANG
Yang ni memang jahat sangat... tak meniaga pun..
tapi curi produk orang.. pastu buat marketing..
bila ada orang beli.. dia cabut lari.. barang tak hantar..
yang ni paling banyak kes ya.. sila hati2...
cek dulu profile penjual.. tengok feedback customer
dan apa2 bukti kukuh supaya kita yakin dengan penjual
agar tak tertipu.... boleh cek dengan Scammer Malaysia


Bila nak berniaga mesti ada ilmu.. belajarlah dari
sifu2 atau guru2 usahawan yang berjaya...
keluar duit pun takpe.. yang penting ilmu niaga tu..
saya sendiri pun suka belajar... memang banyak duit
dihabiskan untuk mencari ilmu terutamanya ilmu marketing..

Niagalah ape pun... produk bagus sekalipun..
kalau anda tak pandai marketing memang susah
nak buat sale.. tu yang jadi macam2 tu kan...
bila anda belajar marketing yang betul... anda pasti akan
dapat customer beribu2 lemon jugak hehe...
berusaha, berdoa dan tawakal.. rezeki Allah tu luas..
sekian harap maklung..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 3

2 Tahun... Cemana nak ajar anak susu botol?



Dah masuk bulan Oktober... bulan ulangtahun kelahiran
anakanda Isaac Nawfal.. dilahirkan 15 Oktober 2012...
jap je dah masuk 2 tahun... cepatnya masa terbang!! hihi

Motif entry ni nak cerita... bulan depan ada 1 kursus
usahawan yang saya kepinginnnnn sangat  nak pergi..
bila bincang ngan cik asben, dia kata cepat ajar Nawfal
minum susu botol.. sebab kursus tu dari pagi sampai
petang.. nanti cemana nawfal nak menyusu??!!

nawfal tak pernah nyusu botol.. saya DF je dia..
yela suri rumah kan.. so pergi mana2 takleh berenggang..
bila tak pernah susu botol... maka agak susah disitu 
bila dah nak masuk 2 tahun ni baru nak ajar..
penah dah bagi... dia tanak dan buang2 je susu fm tu..

nak tido pun nak kene nyusu baru dia boleh tido..
jarang sangat dia tido sendiri.. boleh kira dengan jari..
ha nampakk... cabaran jugak ni bila nak tukar susu...
nanti nak cari tips la cemana nak putuskan susu badan..
banyak gak petua dah baca.. boleh la share sini nanti..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, October 1

TIPS : SEBELUM ISTERI BERHENTI KERJA




16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri
 dan 4 lagi adalah untuk si suami. Semoga bermanfaat ya..


Nak share pengalaman sikit macammana boleh
 berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.
Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga
 sebab dia yang akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai 
back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. 
No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak jika tak 
pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime
 housewife sesungguhnya lagi memenatkan.

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 
24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.

11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik 
dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan
 kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Abaikan!

12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang 
nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy,
 Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..

Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. 
Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala 
bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam
 sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari 
Allah. Bukan dari manusia.

4. Sentiasa support isteri dan masih
 menolong buat kerja rumah.

InsyaAllah, semuanya akan berjalan 
dengan lancar. Pastikan niat betul.

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat. 
Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah
 lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun 
makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar 
depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah 
putus lagi. Suami faham, keluarga faham.

Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok,
 buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.

Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit.
 Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.

Sekian.
Sumber : my-media-hub

**Pengalaman sendiri bila dah berhenti kerja dan
 jadi suri rumah.... memang best laaaa!!! hehe..
betul kata si pencerita bagitahu... bila buat kira2
macam tak cukup je gaji sebulan suami..
tapi ntah la.. sebelum saya buat bisnes online
ada je rezeki.. rasa macam tak cukup..

tapi memang cukup.. tak mewah mana 
pun tapi cukup.. nak lebih selesa buatlah 
bisnes online.. kadang2 pendapatan jadi suri rumah ni
lagi banyak dari suami.. boleh bantu mana yang 
terbaik untuk diri, suami dan keluarga kan..
yang best jaga anak sendiri.. susah senang sama2..

tapi dalam masa yang sama, saya tabik spring toing2
pada ibu bekerjaya yang pandai uruskan semuanya..
multitasking!! pagi2 pergi kerja.. balik kerja uruskan 
rumah, anak dan suami.. kuat dan bertenaga selalu..
saya tak hebat dan tak berbakat macam tu maka saya pilih 
satu sahaja.. suri rumah berbisnes online sudah hihi**



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...