Bukan Blog Kamu: September 2014

Tuesday, September 23

KENANGAN MANIS SEMANIS GULA TERLAJAK MANIS.. SUKANYAA MANISNYAA..



wajah nawfal paling rare dalam sejarah penangkapan
rupaparas beliau.. jarang  nak sengih depan camera

Selaku blogger biasa-biasa perkara yang jarang 
terjadi memang ada perasaan gayatnya.......
jadi nak simpan buat kenangan sebagai kenangan
manis menjadi seorang blogger... boleh ye? hehe..


blog ni biasanya dalam 1k -2k sahaja pageviews sehari..
tapi bila jadi macam ni.. tersenyum jugak sampai telinga..
masa tu jela.... bila keadaan menjadi reda.. kembali balik
seperti normal... 1k hingga 2k sehari.... sebab jarang 
hapdet blog pulak... kalau rajin sikit mesti lebih kot..


tak sangka kisah adik syafiqah menjadi viral...
share punya share punya share maka terviral 
dengan sendirinya... dek perasaan saya yang
bengang dengan tindakan guru tu tapi takpela
dah selesai semuanya.. tak perlu dipanjang2 lagi..


tuje... tsk tsk tsk.. okbai..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, September 22

MASALAH CASHIER : AKU NAK BAYAR KAU SIBUK MAIN HANDPHONE??!!



Rasa macam bengang pulak kalau kita nak bayar 
pada cashier tapi cashier nya bizi sangat main 
empon bimbit dia.. hish!!!

sebenarnya macam dah banyak kali kena...
saya cerita untuk 3 kes jela.. yang lain tak ingat..

pernah sekali di kedai makan.. nak bayar 
lepas makan.. berdiri je depan cashier tu..
leka sangat dia main empon.. wahh ko..
macam patung aku berdiri duk tengok gelagat dia
saje taknak panggil.. nak tengok berapa lama
dia nak main enset tu.. ok fine..!

sekali lagi, berdiri depan booth dalam pasaraya..
nak beli air mineral.. dia potpet2 dengan ensetnya..
sambil bercakap tu dia buat tanda isyarat nak apa..
kebetulan dia je jual air mineral grrr.. nak masuk
dalam pasaraya jauh ke dalam pulakk!!

oleh sebab dia tangah nyembang.. saya tunjuk jela
air mineral dalam peti ais tu.. dia paham, dan amik
tapi tangan tak lepas lagi nyembang... saya bagi
duit dan blah dari situ sambil geleng2 kepala...

cerita lagi horror.. cashier ni takde pegang enset..
tapi mulut dia potpet2..  eh pelik pulak...
dia cakap ngan sapa... kuat pulak tu cakapnya...
gelak kuat2 lagi mengada2.. saya sorang je 
customer dia tengah nak bayar barang...
bila perati je dia sambil tangan dia duk scan2
barang2 yang kita nak beli tu dengar jela dia borak2..

"aala abang ni.. ayang mekap cantik kat butik tu la..
takkan tak ingat... hik hik ala abang ni.. bla bla bla"

okeh.. rupanya ko sembang ngan balak kayu ko
guna handsfree depan customer ko weh??
siap bersayang abang bagai.. tade malu langsung!
vangang je aku bagi yang tengah bengang ni...
nak bercenta balik umah la oi.. ko sembang bagai bila
pelanggan depan mata.. kalau takde lantak ko lah..

nak ku saun dia tengah cakap kuat2 mata pandang
tempat lain tapi tangan buat kerja la.. bajet pro!
itu la last datang kedai dia.. takpelah.. banyak lagi 
kedai lain yang masih hormatkan customer
dengan harga yang lagi murah... nampakkk okbai..!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, September 12

Bila Terdengar Lagu Teringat Seseorang...



mesti pernah jadi pada anda2 semua kah??
terutamanya yang suka melayan lagu la.. hihi


saya jarang layan tivi.. suka layan internet atau kalau 
tengah buat kerja saya suka layan radio.. 

bila dah layan radio macam2 lagu lah keluar..
lagu lama.. lagu baru.. lagu tak sedap.. lagu sedap..
lagu rare... lagu bosan.. lagu vangang.. lagu best..
semuanya ada kan...

bila terdengar sesuatu lagu.. boleh jadi terkenangkan
seseorang yang berkaitan dengan lagu tu...

tengah syok2 layan radio.. keluar satu lagu...
pastu dalam hati tu mesti cakap camni...

"eh lagu ni.. teringat kan sorang kawan ni..
pagi petang siang malam suka dan nyanyi lagu ni..
sampai aku yang tak suka pun boleh jadi suka.."

" eee lagu ni... teringat zaman sekolah rendah darjah 4"

"waa lama tak dengar lagu ni.. selalu karok dalam jamban
dengan bff dulu... rindunyaaa dengan bff tu"

"alaa sedih la lagu ni.. teringatkan buah hati"

dan macam2 lagilah apa sahaja lagu yang berkaitan
dengan orang lain mesti terkenang2 kan....

dan saya pulak tak boleh layan lagu rock kapak atau
lagu lama sorang2... nanti teringat kat pakwe.. a.k.a laki 
sekarang ni la haha.. kalau nak dengar mesti sama2
pasal suka lagu lama sama2.. kalau dengar sorang2 
nanti pilu.. kihkihkih.. sampaikan pernah sekali dia cakap
"kan best kalau kita kawan sejak baby.. mesti kita layan 
lagu lama dolu2 sejak kecik sampailah sekarang..."
hek ele.. boleh pulak macam tu.. 

oh mahaplah.. kami peminat lagu lama...
lagu2 baru hmm tak berapa nak menjiwai lah..
kami jiwa kilauan emas haha orranng lamaa..
otai masih berbisa.. *tetibe*




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !


wah segmen lagi... jom join lagi kat SINI

1.Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang 
blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan 
negara. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini 
>> blogger ni macam pemberita, penyampai maklumat, penyebar
info dan wartawan tidak bergaji tetap.. tapi biarlah beretika..
jangan sampai mengaibkan.. jangan menyebarkan fitnah..
tulis dari dalam hati sampaikan dengan sepenuh jiwa gitu..
jangan asyik copy paste dari sumber yang ntah pasti ke tidak..
dulu pernah buat gak... tapi tanak buat dah la hehe..
lebih baik jadi blogger yang 'baik'.. apa blogger yang baik?
belajarlah dari blogger yang otai..

2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga
 ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan
 menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan
 anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
>> saya dah lama jadi blogger.. memang sejak saya kerja dulu..
lepas kawen dan berhenti.. dan sejak jadi blogger memang
boleh dapat pendapatan sampingan terutamanya daripada iklan...
tapi disebabkan tak otai takdela sampai ribuan ringgit hihi..
kalau dapat ribuan ringgit memang hadap blog ajelah..
dan buat bisnes lain untuk menjana pendapatan lebih bagus
dan mungkin saya buat bisnes affilliate....


3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai
 seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
>> harapan saya moga blog ini akan terus dikenali sebagai
tempat rujukan maklumat, tempat saya memajukan bisnes 
orang lain dan juga bisnes saya sendiri gituulah hendaknya..

ok sekian harap maklong... tsk tsk tsk


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, September 11

DAH DAPAT 2 JUTA?? wooww!!




Lama tak update blog... bila ada masa lapang tokey tak update..
tapi tokey tengah berehat.. cari mood nak berblog.. hmm kelaut..
saje usha2 blog sendiri.. pekaba bukan blog kamu?
tokey sibuklaa... nanti ada masa lapang dan idea boleh update..

Dalam tak sedar, akibat baru 6 tahun dalam dunia blog..
kini pageviews blog ni dah mencecah 2 juta...
perghh cam tak caya.. pelan2 kayuhh macam kura2
lumba lari dengan arnab..bila tak berapa nak update,
purata sehari page view 1k - 2k je sehari... bolehla sikit2
ramai yang datang tengok info dan iklan saya kot hihi..



suka sangat iklan bisnes orang.. bisnes sendiri pun tak iklan
ape daaa.. haha lupe lah kan.. bisnes orang sebab dapat komisen
tu yang best kikiki.. oklah nanti nak iklan bisnes sendiri lah..

ok tata.. nak masuk kerja balik mencoklatkan diri...
nanti kita jumpa balik ya wahai bukan blog kamu...


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

IMPIAN KU SEORANG BLOGGER


Zaman bujang dulu saya adalah pengikut setia segmen 
Encik Ben Ashaari dan jarang ikut segmen blogger lain 
haha pesal ntah.. segmen brader ben ni macam virus tau!
ketagih nak join haha... segmen dia dah kembali..
haruslah buat kan.. nak tau kenapa syok kene la join SINI

LATAR BELAKANG
Saya dah kawin dengan jejaka kecintaan saya dan ada 
sorang anak bujang di kala ini.. hidup dalam dunia blog
kini mencecah 6 tahun 1 bulan sudah.. jadi suri rumah 
semenjak kawin dan juga buat bisnes online..
saya jual coklat tau.. ha promot sekali kateko.. mihmih..

KELEBIHAN BLOG 
Dikala rajin, saya banyak share info2 berkenaan dengan
ibu2 bersalin.. ibu2 hamil.. anak dan segala yang berkaitan..
antara blog yang menjadi pilihan ramai ibu2 untuk merujuk..
asalnya untuk rujukan diri sendiri.. tapi akibat google punya
pasal ramai dah tau info2 kat sini.. mekaseh la pakcik gugel..

Disebabkan itu juga, saya telah diintebiyu oleh wartawan
harian metro awal tahun yang lalu... ha tengok kat tepi tu
ada keratan akhbar saya simpan buat kenangan hihi...

Selain tu, ada juga dapat tawaran untuk mengiklankan
produk dan bisnes dari Baby Store Malaysia dan Zalora..
ada juga bisnes2 lain yang saya iklan kan.. mungkin 
sebab trafik dan statistik yang dijayakan oleh blog ni kot?

IMPIAN SEBAGAI BLOGGER
Impian saya mudah saja sebagai blogger...
kepingin nak jadi blogger pengiklan haha..
macam best je iklan2 produk orang..

asalnya dulu saya suka promot dan jadi duta
tanpa dilantik buat review apa sahaja yang 
saya guna, beli, pergi dan apa2 jela yang berkaitan
dengan produk dan bisnes orang.. dah terbiasa hihi..

dulu suka merepek aje dalam blog..
tapi rasanya baik saya share benda yang baik..
benda yang boleh mendatangkan duit ke haha
atau perkara yang beri manfaat pada orang lain..
entry2 yang tak bagus banyak jugak saya dah delete...

ok tujelah nampaknya.. sekian sahaja segmen
kali ni... ada masa nanti lagi boleh join lagi yeay!












Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, September 8

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA (diolah semula.. kahkahkah lawak gilaa baca!!!)




Cerita dongeng rakyat ini aku curi-curi dengar masa orang 
tua berbicara kat kedai kopi. Orang kate tak elok nyampok 
orang tua nyembang.... tapi aku dengar jer, sumpah tak
 pernah nyampuk pun mase diorang bercanda. Sambil 
minum air kosong suam+limau+sikit gule=limau suam. 
Telinga dipasang sebagai alat untuk mendengar.

Cerita ni memang patut kamu dengar tau! Cerita penuh teladan
 yang patut dicontohi kepada manusia-manusia poyo macam
firaun serta konco-konconyer yang mati tertelan air laut merah....

Pada zaman selepas dinosor, saiz binatang2 makin mengecil dan 
terbantut kerana kekurangan sumber vitamin dan supplement 
seperti Shaklee, Jus Tok Guru dan Susu Hi-Goat. Oleh kerana
 ade binatang-binatang lemah dan kuat maka keangkuhan 
semakin menular dalam kalangan makhluk yang terer 
contohnya macam si ARNAB (jantan) ARNABIAH (betina)
 sama naik je 'attitude' kedua-dua gender binatang ni. Hal ini
 diperasani oleh sang kura-kura yang dianggap binatang 
bangsat dan mempunyai kasta yang rendah.

Sebelum ini sang kura-kura sering menangis kerana asyik diherdik 
oleh rakan-rakan yang lain seperti labah-labah, keldai, tenggiling,
 dan tuntung...Yang peliknya kura-kura ngan tuntung tu same
 jenis tapi kenapa tuntung pun gelak dan mencaci sang kura-kura 
tu...Tak sedar diri dan tak sedar diuntung la tuntung ni.

Maka, sang kura-kura pun membuat anjakan paradigma dengan
 inisiatif untuk memajukan diri dengan memberi cadangan
 mase mesyuarat agong tahunan JKKK untuk melantik 
ketua kampung baru di tempat beliau.

Pelbagai cadangan telah diajukan oleh haiwan-haiwan yang 
datang ke mesyuarat tersebut termasuklah cubaan nak buat 
lawak basi iaitu cadangan ditutup sedangkan upacara 
mesyuarat tak habis lagi (lawak arrr??)... Binatang kurang 
pandai memang macam tu pun. Malas nak layan. 

Ade yang ajak lawan batu seremban! ade ke patut. 
Cadangan tersebut dibangkang oleh ikan sekeras-kerasnya. 
Ade yang terlebih bijak pulak bagi cadangan main catur 
@ dam aji, dah ramai plak yang tak tau main 
(cume kuda je yang tau) dan ade gak yang gatal mulut
 ajak lawan rumah berhias dan ade gak suruh buat
 pilihan raya umum. To make it worst,sang beruang
 mencadangkan lawan tido paling lamer, hmmm..semua
 binatang bengang dan tak setuju dengan beruang tersebut..

Setelah beberapa jam mereka bermesyuarat maka 
dengan rasa egois , Si ARNAB pun lantang bersuara.

 "Tuan Pengerusi (Encik Gajah), saya mencadangkan kita 
adakan perlawanan lumba lari. setuju tak! sape 
menang kita lantik jadi ketua. amacam set??".

Lantaran itu, sang kura-kura yang cuwak dengan idea si
 ARNAB pun membantah lalu menyampuk

 "Objection your honour! Agak-agak la tuan pengerusi, 
walaupun saya ni berkaki banyak tak semestinya
 saya boleh berlari laju. confirm kalah punye!
kite buat undian ape macam kawan-kawan??"

Pendapat sang kura-kura langsung tidak mendapat layanan 
daripada rakan-rakannya, maklum le kura-kura takde SPM
 la kata kan! To make it worst sekali lagi, semua binatang lain
 telah menarik diri. Kura-kura tak tahu yang sebelum ni si ARNAB
 dah sogok rasuah di mana setiap binatang telah mendapat
 sekeping biskut OREO dan sepeket Nescafe 3 in one. 

Sang kura-kura akur dengan keputusan mesyuarat dan AJK 
tertinggi telah bersetuju dengan cadangan si ARNAB. Tarikh 
perlumbaan akan diadakan pada 4 sep 1984 (bersamaan 
tarikh lahir penulis) dan masanya ialah selepas sembahyang
 sunnat Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 masihi.

Perlawanan tersebut telah disertai hanya sang kura-kura
 dan si ARNAB jer.....tak adilnye! berat sebelah yang nyata. 
binatang punya binatang. common la...  sesudah selesainya 
solat tersebut, maka perlumbaan pun di adakan.

Crganisasi yang ditubuhkan adalah; 
Encik Gajah - Peniup Wisel Mula 
Encik Beruk - Marshall 
Encik Tiger - AJK Makanan 
Encik Kanggaru - Peniup Wisel Penamat 
Encik Cipan - Pencari Track Lumba 

Wisel mula telah bergema.... lalu si ARNAB dengan pantasnya 
berlari tanpa melihat kiri dan kanan sebab track tersebut
 memang lurus tapi hanya pada permulaannya jer, pastu banyak 
jugak simpang siur nyer. Memang hebat Encik Cipan menyediakan
 prasarana bagi pertandingan ni. Sambung balik cerita tadi, 
Arnab sampai terpijak cenkerang sang kura-kura semasa
 nak starting berlari tadi. Walaupun tak sakit tapi tu namenye
 kurang ajar, disgusting tau tak! tetiba penulis plak yang emo.

Sang kura-kura plak dah tau kurang laju kenapa sewaktu 
 wisel mula ditiup baru la terhegeh-hegeh nak lekat 
nombor penyertaan. Ni yang cepat jer aku nak marah!!

Tapi sebenarnye aku misunderstanding. Sebenarnya tu hanyalah
 psikologi sang kura-kura untuk membiarkan si ARNAB 
yang eksen tu berlari sehingga dia alpha bahawa tenaga
 yang digunakan terlalu banyak sehingga ianya pancit. 

Bijak betul sang kura-kura, sungguh tak disangka-sangka. 
Tapi kura-kura tu lembab, semua pembaca risaukan
 kura-kura jer. Dah asyik nak pikir jer bila nak berlarinyer....
pembaca tak nak kura-kura kalah dan hanya berangan 
saje macam mat jenin. betul tak pembaca!??!!

Setelah si ARNAB telah jauh meninggalkan pesaingnya dengan
 begitu jauh, bak saujana mata memandang... kura-kura yang 
berkonsepkan pelan-pelan kayuh baru jer nak memulakan larian. 
walaupun tak laju tapi kura-kura ni maintain jer, tak 
penatkah kura-kura itu? bentak hati penulis.

Kita pegi plak kepada larian si ARNAB, dia ni terlupe nak 
breakfast pagi tadi. Oleh disebabkan itu jugak la dia pun mula
 pancit dan ngantuk... Setibanya di satu simpang selekoh maut 
si ARNAB yang keletihan berhenti dan berehat. Dia tidak kisah sangat
 tentang kura-kura kerana dia budget dia ialah johan menunggu. 

Lebih-lebih lagi dalam kotak pemikirannya tertulis "ala kura-kura
 jauh lagi, esok kot baru sampai kat garisan penamat...ciutciutciut" 
ketawa si ARNAB dengan angkuhnya. dengan beralaskan kotak megi 
'sedappp' dia pun tidur dengan nyenyaknya... siap berdengkor plak tu, 
sampai sang cengkerik pun tak senang nak menyanyi.

Sang kura-kura yang maintain meneruskan langkahnya, dan 
setibanya di selekoh maut tersebut, dia terpandang si arnab yang
 nyenyak berdengkur sambil kakinya mengelap air liur mencurah 
di pipi, kura-kura menghampiri si arnab lalu menyelimutkan
 si arnab dengan daun keladi untuk tujuan menambahkan 
lagi frequenci kenyenyakkan si arnab.

Melalui tindakan luar kawal, si arnab menarik daun keladi tersebut
 rapat ke dadanya bagai manusia menarik selimut tika hujan
 renyai-renyai menyimbah atap rumahnya. Perlakuan si arnab itu
 menambahkan lagi keyakinan kura-kura bahawa si arnab kompom 
akan tido sampai pagi esok dan dia dapat menghabiskan
 perlumbaan dengan tenang dan penuh konpiden.

Akhirnya, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan gayanya
 yang macho sambil tengkoknya dikalungkan dengan kalungan bunga
 yang direnjis air mawar. Mereka semua rakyat jelata meraikan
 kemenangan kura-kura dengan gilang gemilang sambil meminum
 air kelapa muda dan makan buah betik madu. Kedengaran juga
 bunyi letupan biji getah dan buah letup umpama letupan
 mercun seludup di malam aidilfitri.

Masuk hari ke dua keraian ,kehilatan si arnab sampai di garisan
 penamat dengan rasa bangga dan menganggap dia telah memenangi 
pertandingan tersebut. Tetapi kehairanan terpancar di raut wajah 
si arnab apabila dia ternampak kura-kura dijulang oleh dua ekor babi
 atau dengan name manjanya iaitu baby pink sambil melaungkan 
kemenangan dan bersorak-sorak mengejek si arnab.

Tapi yang menjadi pembaca plak pelik kenapa binatang haram
 tu turut terlibat, adakah cerita ni versi dongeng cina kot! Oleh itu,
 dengan rasa malu dan terhina, si arnab lantas melarikan diri ke
 dalam hutan sekuat hatinya dan tidak kembali lagi ke kampung
 halaman sehingga ke hari ini. Sebab itulah kita lihat pada masa ini,
si arnab tidak ada lagi di dalam hutan, sebaliknya dia tinggal 
di rumah-rumah manusia dan dipelihara oleh manusia disebabkan
 dia sudah hilang skil untuk tinggal dan mencari makan di hutan...

sekian....

Moral daripada cerita ni adalah jangan memandang kaum
 yang lemah dengan pandangan saujana mata memandang ok..
selain itu jugak, jangan sesekali sentuh benda haram, 
dosa tau!.selamat beramal...

tata...blub..blub..blubb

sumber cerita : Kisah ini ditulis dan ditokok tambah oleh 
seorang penulis yang suka berimaginasi tinggi...
saya copy semula dari blog beliau untuk dipublishkan 
semula... penulis yang saya maksudkan ialah
suami saya sendiri haha lama dah dia tak tulis blog..
ada lagi cerita dari beliau nanti saya post lagi.. tungguu!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, September 5

Happy Birthday Amirul Khairudin!!



punya lah sibuk yaaa tokey yaaa???
hehhe... takpe yang penting di malam kejadian
dah buat superaisssssss pada encik laki....
beliau sukaaaa... bini pun suka ada juga maaa...


semangat nak jadi orang pertama dan terakhir mengucapkan
selamat hari jadi pada encik suami yang dicintai selalu...

ok kini kami sebaya... sebaya di usia 30an.. mencecah angka 3 yaw..
habis dah kehidupan kami di usia 20an.. selesai...
moga dilanjutkan usia... sihat tubuh badan selalu..
diluaskan rezeki... jadi usahawan berjaya...
menjadi suami dan daddy yang terbaik..
terima kasih atas segalanya...
lebiyyu powebehh!!!





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, September 3

MISTIK : PENGALAMAN SAYA BERJUMPA HANTU ATAU JIN.. INI BUKAN COBAANN


Kejadian ni baru berlaku 2 hari lepassss...
ini kisah betul-betul.... bukannya cobaannnn!! hii hiii

alkisahnya saya ketiduran... bersama anak bujang ketiduran
dalam jam 10-11 malam gitu... keletihan sepanjang hari
membuat kerja macam2 segala bagai.. jadi terlelap awal..

cik suami kebetulan tak ada... dia keluar sebentar menguruskan
hal permotoran beliau.. so saya malas nak ngikut.. rehat lagi best..

apa yang saya teringat.. bermula dengan mimpi...
ada seseorang berbisik dan memberitahu
"ada hantu... pergi dari sini... sini ada hantuuuu"
kata suara itu.. lepas aje dengar suara tu, kepala dan 
badan saya bagai digoncang2 sesuatu... saya pun yang 
agak ketakutan berzikir dan membaca segala ayat..

lalu terbukak mata sedikit... ternampaklah
sosok-sosok tubuh sedang berdiri di depan saya

(alamak.. tengah cerita ni naik bulu ghomaaaa..
harap hantu tu tak pandai membaca dan tau yang
saya tengah mengompat beliau dalam blog.. haha)

apa yang saya nampak sosok tubuh berwarna hitam..
lembaga hitam berdiri tegak di depan saya...
saya buat apa??? dengan berani sungguh saya tutup
mata saya cepat2 dan membaca segala ayat bagai
dengan ketakutan yang amat sangat.. mujur tak histeria..
nanti menjadi history pulak kalau saya histeria haha..

badan pulak seram sejuk tapi tak sejuk tapi jadi
berpeluh2 sebab ketakutan.. perghh ini memang rare!!
agak2 dah ok saya bukak mata balik.... dah hilangg!!

dengan segera saya hubungi cik suami minta pulang
dengan sepantas yang boleh... dan saya juga mengadu 
domba dalam wasap grup... badan saya keras tak kemana2
takut nak gerak.. ayat2 Alquran pun di pasangg untuk
mengurangkan ketakutan.. mujurlah anak bujang tak diganggu..

lepas cik laki pulang.. saya pun bercerita dengan penuh 
bersemangat dan berkobar2.. dipujuk2lah oleh cik abang..
mekaseh lalink... masa tu baru je 11 lebih malam....
dan malam tu saya tak boleh tido.. asyik2 terjaga...
risau kot2 dia datang lagi menjengah hishh!!!

itulah pertama kali saya bertembung dengan hantu jembalang..
harap juga itulah yang terakhir.. tolong jangan melawat lagi...
kami tak jemput kamu pun... jangan suka suki datang ye!!

mujurlah nampak lembaga hitam sahaja..
takde pulak nampak muka dia yang hodoh ke..
bergigi jongang ataupun taring ke..
berbaju putih ke atau berseluar yanky kee..
tidak pula berdarah2 atau berwarna hijau..
dan takde pulak bertocang dan mengurai rambutnya..

kalau lah ini yang saya jumpa...perghh..
histeria la guwe sorang2.... waaaa takmau takmauu!!
semoga lepas ni saya beringat membaca ayat2
dan doa sebelum tidur... ketiduran bukannya meniduri
atau menidurkan malah tertidur... terlelap orang kata..

dan buat anda wahai hantu jin dan jembalang..
aku bukan takut kamu.. tapi aku segan nak 
bertentang mata dengan kamu.. harap kamu takde
la kecik hati ye bila aku tak nak tengok kamu..

aku ni pemalu orangnya.. kalau kamu dan keluarga 
kamu nak kacau keluarga kami lagi pergilah jauh2..
kita bukan sekeluarga pun.. kamu spesis lain...
memang tak boleh ngam... aku tau kamu selalu kacau
anak aku kan.. dia nak tidur kamu cucuk2 dia jangan
bagi tidur.. bila dah kene azan dan dibaca ayat quran
baru kamu nak berambus cepat2.. tulaa.. padammokee..

dah la ye... aku segan dengan kamu la hantu..
kamu pergila tempat lain.. kawan dengan biawak ke
kawan dengan cipan toyak ke.. kawan dengan 
beruk makyeh ke... atau babi ke banyak kat hutan
belakang rumah ni.. pergi carik deme yeh..
sorilah aku tak minat nak layan kamu..
mekaseh la baca blog aku ni hantu oi haha..
kalau ko baca la... ko hitam.. mate ko pun takde kot..
takpelah aku harap ko baca dalam hati okeh..

ok dah... saya dah beri ucapan ringkas pada hantu
yang mengacau saya haritu.. harap memahami...
trauma dan fobia masih bersarang lagi... asyik teringat!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...