Friday, August 29

PENTING : PANDUAN MEMILIH STROLLER BAYI TERBAIK



Apabila kita memilih barangan bayi, stroller baby ni
mesti ada dalam senarai kan?... masa mengandung dulu
saya takde letak stroller baby dalam senarai sebab dah
dapat masa hadiah kawen... wkwkw... terima kasihh...!!

memang mudah bila ada stroller ni.. senang nak bawak baby
kita berjalan2 kemana sahaja yang kita mahu terutamanya
bila anak kita tu nak tidur contohnya kita tengah shopping
jangan tercicir dah la ye hehe... haaa jenuh nanti nak mencarik..

ok.. saya nak kongsi tips membeli stroller baby...
mudah-mudahan anda dapat membuat keputusan yang betul..

Budget
yess.. ini yang paling penting...! sebab kebanyakkan stroller
baru tak pernah jumpa lagi nilainya RM10 kan???
kita kene tahu la berapa bajet kita.. semua nak yang terbaik,
berjenama, ada style, selesa, cantik dan mampu milik...
contohnya jenama HALFORD, banyak model bawah RM1000
dan ada juga yang bawah RM500... kalau jenama QUINNY
mahal sikitlah.. harganya lebih pada RM1000... ni contoh..
so ikutlah berapa bajet anda untuk stroller baby ya...
kalau nak lagi stylo cari STOKKE memang power habihh!

Keselamatan
Kebanyakkan stroller mesti ada ciri keselamatan.. contohnya
5-point harness yang ada pada tempat duduk baby
dan boleh dilaraskan mengikut keselesaan baby anda..
tak perlu ada sharp atau rough edges yang boleh cederakan
baby kita dan pastikan stroller itu cukup kuat dan kukuh
dan ada sistem brek pada roda stroller.. kalau tak....?? hehe

Fungsi Recline
apa pulak recline ni?? fungsinya adalah untuk membolehkan
bayi anda baring jika bayi anda tertidur.. lagi2 kalau
newborn baby takkan nak suruh baby anda duduk haha..
tak mau la gitu kan.. so nak cari stroller mesti ada fungsi recline ya..

Mudah Dilipat
bukan dilipat serupa lipat kain batik... nak lagi best carik 
stroller yang boleh dilipat macam Umbrella fold..
mudah dilipat dan tak makan ruang sangat...

Saiz Stroller
bila ada stroller gabak2 ni... memang makan space la..
kereta anda comel.. nak pegi holiday.. beg aje dah 2,3 bungkus..
belum campur bakul botol susu bagai.. lepastu ada stroller
gabak.. haa penuh satu kereta.. macam nak pindah rumah 
pulak haha..*tengahkutukdirisendiri* lalalalala...
so carik yang macam saya bagitau tadi... umbrella fold..
jimat ruang.. senang nak punggah memunggah kan...? hehe

Adjustable Handle
jika anda tinggi pastikan ada fungsi ni.. supaya memberi
keselesaan untuk menolak stroller.. kalau tak, belum tua lagi
pinggang dah sakit.. haa susah pulak kan.. sebab tu kalau
bab tolak stroller muka baby ke arah kita saya yang tolak..
tapi bila tolak stroller baby ke depan suami yang tolak..
so boleh adjust handle tu ikut keselesaan kita ya..

Canopy
bukan kemah orang kawen haha... tapi pilih la yang cover 
yang ada extention supaya dapat melindungi baby
kita dari cahaya panas terik mentari.. jangan tutup penuh
kang lemas pulak baby kita yew... hew hew hew..

Berat dan Material
cari yang selesa untuk dibawa.. kang berat sangat susah juga
nak angkut lagi2 kalau naik atau turun escalator...
buatnya takde lift.. ha jenuh nak angkat kan..materialnya
pun mesti selesa dan tahan lasak dan mudah dibasuh..

ok itu sahaja fungsi-fungsi asas yang anda perlu tahu..
ada juga fungsi tambahan yang lain contohnya bakul..
tempak letak botol susu/air, payung, jaring nyamuk
nak lagi rare pasangkan kipas comel berbateri
supaya anak anda tak panas sangat duduk dalam tu..

PENTING!!
> Pastikan stroller ni sesuai dengan 
umur dan berat baby anda
> Jangan lupa kunci roda ketika berhenti
> Jangan letak banyak barang pada stroller
nanti keadaanya tak stabil dan rosak pulak


Sunday, August 24

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN 2014



Super spontan 2014 kembali.......


Bermula 29 Ogos 2014 akan bersiaran langsung
pada jam 10 malam di Astro Warna..

14 peserta akan berentap dalam super spontan kali ni..
Banyak dah segmen2 baru akan ditonjolkan nanti..
Sape perseta musim ketiga kali ni? Jom tengok..

KUMPULAN MAWAS BERDURI
Ketua : Rashid Salleh
1. Johan
2. Syuk
3. Jihan
4. Rahim
5. Fad
6. Didie Alias
7. Yus

KUMPULAN BIAWAK LASER
Ketua : Reza
1. Shuib
2. Taukeh
3. Shahrol
4. Michael Ang
5. Achey
6. Sharifah Sakinah
7. Abam

Pengacara ada perubahan kali ni...
Afdlin Shauki bergandingan dengan Adlin Aman Ramli
Dan semestinya ada Amir penghangat suasana..

Pemenang utama akan memenangi RM100K
Sape yang akan menang tahun ni?
Saya pilih Johannnn.. yeayy!!






Friday, August 22

PESANAN BUAT ANAK MANGSA NAHAS MH17




Sayu.. pilu je harini tengok gambar2 suasana pengurusan
jenazah semua mangsa MH17... apetah lagi waris2 mangsa..
macam adik ni... meratapi kehilangan ibunya.. T____T



MH17 l Saya tidak sengaja menatap gambar ini. Membaca
 captionnya terus menitiskan air mata. Anak ini kehilangan
 ibunda tercinta. Saya tidak mengenalinya. Kepada sesiapa
 yang mengenali anak ini, mohon sampaikan pesanan saya ini.

"Sewaktu pakcik seusia adik atau mungkin lebih kecil.
 Pakcik telah kehilangan ibu seperti adik juga. 
Andai adik membaca pesanan ini, ini adalah perkara yang
 adik akan hadapi dan perkara yang boleh dilakukan.

1. Adik terpaksa menguruskan diri sendiri. Mengurus pakaian,
 bangun pagi sendiri, menyusun urusan sendiri. Tiada lagi orang 
 menggaru belakang adik kecuali ayahanda yang masih ada.

2. Adik mesti berhati-hati dalam tuturkata supaya tidak
 dibenci orang. Fikir dahulu sebelum berkata-kata. 
Sebaiknya, diam sahaja dan jawab apabila ditanya.

3. Mesti selalu membantu orang lain dan kawan-kawan
 tanpa mengharapkan balasan. Dengan membantu 
orang lain, hati kita akan puas dan gembira.

4. Banyakkan membaca buku. Buku adalah teman paling setia,
 Buku tidak pernah meninggalkan kita. Buku akan sentiasa
 bersedia menghiburkan hati adik di kala kesedihan.

5. Apabila teringatkan ibu, terus berdoa. Mohon keampunan 
untuknya. Insya Allah, adik akan bertemu dengan ibu di syurga.

6. Solat 5 waktu mesti jaga walaupun tidak disuruh. 
Solat akan menjauhkan adik dari perkara buruk.

7. Jauhi kawan-kawan yang jahat dan tidak baik. Kuatkan
 semangat walaupun kawan-kawan mengajak melakukan
 perkara tidak baik. Walaupun kawan tidak ada, adik masih ada 
buku sebagai peneman setia dan kawan soleh yang setia menanti.

8. Apabila teringatkan ibu, adik akan menangis. Menangislah,
 ia tidak salah. Selepas menangis, hati adik akan bertambah
 kuat, Jiwa adik akan bertambah kental. 

9. Jangan sesekali 'menjawab mulut' dengan ayahanda atau
 orang yang lebih tua. Walaupun mereka ada kesilapan,
 diam itu lebih baik dan kita berbaik sangka. Masalah orang
 tua tidak sama dengan kita yang masih kecil.

10. Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara. Belajar 
tanpa henti dan terus berbakti. Tidak faham terus bertanya. 
Apabila bertanya, kita akan tahu sesuatu. Pakcik dulu pernah
 berkata dalam kelas 5 Dahlia, "Cikgu, saya tidak faham semua."

Andai adik membaca semua pesanan pakcik 
di atas. Mungkin kita boleh berkawan.

Yang benar,
Perindu Ibunda 26 tahun.

Panjang2kan dan sampai2kan.....

Wednesday, August 13

PENDEDAHAN : TEKNIK PENCULIKAN DARI PENCULIK.. HATI-HATI..





Semenjak kebelakangan ni banyak sangat kes culik...
hati risau dengan penculik2 yang jahat sangat ni..
macam2 cara penjahat ni buat supaya misi berjaya..
antaranya macam kes kat bawah ni....


Bila terbaca, teringat ada satu kakak ni minat
sangat dia dengan nawfal.. masa tu bawak nawfal
main kat taman permainan.. ada akak ni usha je..
lepas tu ajak kita borak.. cakap bak sini budak tu
Geram pulak tengoknya.. saya sengih2...

dah mintak2 saya pun bagi.. akak tu pun dukung..
dalam hati tu risau jugak sebab kita tak kenal dia..
tapi bila tengok keadaan dia yang mengandung tu
yang buat saya rasa dia taklah jahat kot.. hihi..
lagipun dalam mall... anak dia 2 orang main kat situ..
risau sebab dia kat luar dari pagar tempat main..

fuhh baca kes ni memang seriau jadiknya..
hati2.. kalau terleka ada anak yang jadi mangsa..
buat orang jahat.. anda jahat.. anda dapat balasannya..
hidup kita ni berTUHAN.. jangan ingat anda tu berkuasa..
atas dunia je anda dah dapat balasan... Tuhan bayar cash!

Selain dari berusaha untuk tidak terjadi kejadian malang,
Kita berdoa dan baca ayat pendinding moga kita 
dilindungi dari anasir2 kejahatan yang melampau..



Monday, August 11

Kau malas.. Kau rugi..



Kalau malas.. memang rugi.. jadi kene buat2 rajin..
Supaya bila nampak kerajinan itu maka lebih 
Hadiah akan dikurniakan... wahh gituuu..
Apemende ni ya.. kalau anda blogger anda faham..


Kejadian ni jarang2 berlaku pada tuan blog kehkeh..
Maka sesekali berlaku maka kejakunan akan melanda..
BE telah menari-nari seramai 6 sekawan di sini..
selamat datang tuan blog ucapkan... jangan segan2
duduk disini lama2 ya.. agar anda mengembang 
dengan sekembang-kembangnya... jangan malu2...

maka secara automatiknya tuan tanah kene rajin..
bila dah rajin barula mereka kembangkan diri mereka..
rajin2lah update blog ya.. jangan malas2.. rugi nanti..
terima kasih buat nuffnang.. datanglah banyak2 lagi..
sesungguhnya tuannya seorang tamak haloba kehkeh

Sunday, August 10

KISAH DISEBALIK KUCING DI TEPI KUBUR....




Masa mula2 tengok ni pelik pulak tengok kucing duduk
disitu bagai meratapi pemergian insan yang kita fikir
tuannya telah meninggal dunia... rasa takjub tengok
kucing ni.. tentu tuannya seorang berhati mulia...

akhirnya.. anak kepada arwah yang telah meninggal
dunia itu menceritakan kisah sebenar disebalik
gambar yang memberi seribu makna....

Boleh besarkan kalau tak jelas...

hmm.. kucing pun tau sedih..
dan saya sedih bila binatang kesayangan Nabi
ni didera oleh manusia2 yang takde hati perut...
buat baik... akan dibalas baik... begitulah sebaliknya..
alfatihah buat si arwah.. moga beliau tenang disana..

sumber gambar : facebook


PESAWAT TABAN AIRLINES TERHEMPAS! LEBIH 40 MAUT...



Sekali lagi terima berita yang agak mengejutkan..
Sebuah pesawat Taban Airlines terhempas berhampiran
dengan lapangan terbang Mehrabad di Tehran..

 Menurut berita dari agensi Iran lebih
40 mangsa telah maut dalam nahas ini..
Kejadian berlaku pada jam 9.18 pagi
waktu tempatan... Innalillahiwailaihirojiun..

takutnya... banyaknya berita kapal terhempas
sejak kebelakangan ni... menanti berita selanjutnya..

sumber : astro awani

Wednesday, August 6

KENAPA SAYA BARU TAU KUEW TEOW KUNGFU ITU SEDAP??



Kenapa saya baru tau kewujudan makan ni ha?


Selama 30 tahun hidup kat muka bumi ni baru tau
makanan kuew teow kungfu ni antara makanan
yang sedap dan wujud di muka bumi ni.. haha

ok begini kisahnya.. maaf entry ni berunsur jakun..
suatu hari di bulan puasa, adik ipar saya ada
Mengorder ni buat sappedek di malam hari..
saya order nasi goreng je masa tu.. rasanya hmm..

dia mengoffer untuk rasa makanannya..
katanya kuew teow kungfu.. hmm muka saya?
tak herannya.. sebab saya bukan peminat kuew teow..
kalau char kuew teow tu boleh telan  lagi la..
makanan pelik2 ni memang dah malas nak cuba..
sebab pernah tercuba dan tak kene dengan tekak
membazir je bila tak habis nak hadam... tak elok tuu!

saya pun try.. alamakkk sedapnyee abaq hang!
try la 2,3 kali.. memang sedapppp.. baru ko tau ye!
sejak dari itu penyakit kuewteow kungfu berjangkit..
kalau termakan di kedai mesti nak ngoder jugak..
Tapi yang tak bestnya makanan ni tak mengenyangkan..
cukup sekadar lapik perut sahaja.. lagi2 dah gemuk skang

lakibini sama naik haha.. bulan puasa patut kurus
tapi naik pulak berat badan.. haiyya... eh lari tajuk..
Kalau digugel resipinya senang je nak buat..
nak kenyang sampai terlentang sila buat sendiri ya..

tata..

psst : entry ni tidak menyediakan resipi.. sekian..



Monday, August 4

SENARAI BARANG ISRAEL UNTUK DIBOIKOT


hmm memang tak nafikan.. sebelum ni memang pernah guna
produk2 kat bawah ni... banyaknyaaaaaa!!!
jum lumpuhkan ekonomi mereka.......

SENARAI PRODUK ISRAEL

Shops & Clothing :
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- Ray Ban
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren - Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland

Drinks : 
- Coca Cola
- Fruitopia
- Pepsi
- Pepsico
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- Nescafé
- Nesquik 
- Perrier
- Vittel

Foods & Chocolates:
- Nestle
- Maggi(Noodles/soups)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties
- After Eight
- Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)

Makeup/Perfumes & Health:
- L'Oreal
- Clinique 
- DKNY
e- Prescriptives - Origins - La
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Vaseline
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier

Others:
- Arsenal Football Club
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Caterpillar
- Intel
 - Motorola
- Kotex
- HSBC
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent

Bersama kita bersatu memboikot mereka..
mereka yang zalim membunuh saudara seislam kita..
tak kira wanita tak kira kanak2.. semunya dibunuh kejam..
cuba letakkan diri kita dalam dunia mereka.....
renung2kan selamat beramal......
#freepalestine
#pray4gaza
#supportgaza

HAPPY BIRTHDAY BUKAN BLOG KAMU


Rasanya ni la kot kali pertama nak wish epi besday
pada blog sendiri sepanjang 6 tahun beliau wujud di
arena dunia blog yang punyai kehidupan beliau sendiri...

bermula pada Ogos 2008.. 2 tahun blogging secara sulit
dan akhirnya dipublishkan secara umum dan dipasangkan
budak nuffnang itu bekerjasama dengan blog ni...

beliau berjaya meraih pendapatan beliau sendiri
melalui budak nuffnang itu.. mekaseh nuffnang!!
bermula dari bawah.. dan kini boleh tersenyum
jika blog tak diupdate pun tapi trafik maintain
untuk mengekalkan kestabilan ekonomi nuffnang..

antara pengalaman manis dalam dunia blogging ni..
1. Bertemu dan berbicara dengan selebriti dan 
blogger pemes emess dalam alam blogging..

2. Ditawarkan oleh beberapa bisnes untuk mengiklankan
produk mereka antaranya zalora dan baby store..

3. Antara blog yang jadi bahan rujukan buat ibu2
akibat informasi yang saya sharekan...

4. Dari blog jugalah saya dapat pelanggan
dari merata tempat termasuk dari Indonesia..

5. Pernah masuk harian metro 25 Januari yang lepas 
setelah wartawan  menjumpai dari pencarian google...

6. Statistik blog untuk topik2 hangat meningkat bermula
dari 3,4,5 dan 6 angka... terkejut tuan blog..

7. Pernah gak beberapa kali memenangi contest
dalam peraduan blog di zaman rajin dan bujang dulu..

8. Dah merasa duit nuffnang, duit komisen dan 
duit jualan bisnes sendiri dari blog..

9. Dapat ramai kawan2 blog yang best di zaman 
kegemilangan dalam dunia blog dulu...

10. Setakat ni dah mencecah hampir 2juta pengunjung..
pelan2 kayuh orang kata....

kepada tuan blog ini.. sila rajin2 update blog..
dari blog jugalah terhasil passive income secara
tak langsung.. jangan ngelat2 hokey!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...