Bukan Blog Kamu: June 2014

Thursday, June 26

LUAHAN HATI KECEWA IBU PUNYAI ANAK OKU..




Hmm.. luahan hati seorang ibu mempunyai anak oku..
Orang yang mengalami merasa susah senang bersama..

Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan
 bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. 

Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua 
anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300. 
Ini hakikat yg sebenar wahai semua... bantuan itu 
akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami 
seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima
 walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula
 perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...

sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU 
yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. Majoriti 
mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe 
sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat 
kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...

mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja 
yg busuk hati. Bantuan bagi yg layak ditolak 
dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula 
yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. 

Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...
anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..
mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....

so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. 
Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi 
je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai 
ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...
bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah 
di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya 
kami yg bergelut seharian...syukur Allah masih
 memberikan kami hidayah utk menjaga
 anak2 syurga ini seadaanya...

*saya izinkan semua utk share; 
moga dapat membuka mata masyarakat..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, June 25

INFO : IDEA BISNES RAYA 2014




Jika anda dah sampai ke blog ni bermakna anda
 sedang  mencari bisnes sambilan.. tambahan lagi
 raya puasa akan menjelang.. takde idea nak buat
bisnes apa? takde modal nak buat bisnes?

senang je.. dapatkan EBBOK MUDAHNYA BISNES RAYA 
ni untuk  membantu anda mendapatkan tips,
panduan dan idea berkenaan bisnes raya...
Mudah-mudahan dapat membantu anda
Mencari duit raya dan kaya di hari raya hehe..
Selamat maju jaya, mari sama2 berjaya!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tolong...! saya dicekik!!!



Ini kisah benar saya sendiri... bukan cerita rekaan...
Berlaku dalam rumah sendiri.. kisahnya begini yaa...



Di dalam rumah.. dari bilik ke ruang tamu...
Tiba2 tekak tak selesa... macam dicekik...!
Nak bernafas pun susah! Nak bercakap lagi susah!

Saya terus menuju ke suami sambil berlari..
Tunjukkan pada leher saya yang sakit dicekik!
Dia tak paham! Kenapa dia tanya... alaaaaa
Dalam hati cakap "bang tolongg antu cekik.. tolong"

Tapi suara tak boleh keluar... saya buat isyarat sakit
Kat bahagian leher... Adoiii sakitnya kene cekik..
Cemana nak buat ni... rasa nak mati sakitnya!!

Tanpa sempat cik asven selamatkan saya akhirnya
Saya pun pulih.. dan tersedar... ya Allah legaaa!
Hilang dah rasa dicekik... tatkala mata terbuka
Dan terjaga dari mimpi.. baru ku tau kenapa
Gue tercekik.. ada insan comel di atas badan ku
Yang sedang menyusu dan tertidur di atas badan ku
Sambil tanggannya terlanding baekk punya atas
Leherku sehingga ku tercekik dalam mimpi...

Dengan perlahan ku turunkan anak bujang ku
Encik Isaac Nawfal itu dari atas badan ku...
Cizzzz.. tercekik sebab tangann beliau rupanya!
Ingatkan hantu yang cekik dalam mimpi tadi..
Hahahahaha.. sakit woii... siap masuk dalam mimpi!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, June 24

KISAH SEBENAR DI SEBALIK PENDERITAAN PUAN LOLA DAN ADIK OKU




Artikel yang menarik untuk dibaca dan ada mesej 
yang baik cuba disampaikan walaupun........
sila baca sampai habis.. ada rahsia di sebalik rahsia




Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa 
diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus 
Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat 
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap 
dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar
 mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia 
"dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat 
fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada 
kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda 
dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar,
 TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior
 dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan 
menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu
 adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam 
dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain
 hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita,
 generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan 
Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang 
merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik 
Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus
 walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...

Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat
 tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus,
 dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...
Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. 
Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor
 berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela 
Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan
 Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung
 belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun
 ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana 
Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive".
 Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..
Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan 
motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah 
dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang 
kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. 
Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual
 tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput
 kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 
sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin 
hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola,
 kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang
 lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan 
Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 
6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang
 masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. 
Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime"
 untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad
 kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta
 sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga
 adik Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali 
memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang
 masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus
 yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan....
 Moga Allah pertemukan mereka semula dengan
 secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu 
sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang 
digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga 
keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat
 permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik 
Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun 
calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih
 sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun 
ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
 Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu 
adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk 
mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas 
perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu 
kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau 
membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu 
dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci 
terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. 
Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu 
NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan 
berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... 
Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan 
pahala diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan 
dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu.
 Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke,
 kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. 
Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan 
agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad,
 but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang 
bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran
 diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,

PENDAPAT SAYA SENDIRI................. :

saya berjaya habiskan cerita ni... ya memang tak dinafikan
sumpah seranah maki hamun kepada yang bersalah memang
lah tidak wajar takut apa yang dikutuk dan dimaki berbalik 
semula kepada kita... oh hai takutnya! Nauzubillah...
tetapi... walau apa pun alasannya itu ini begitu begini
macam tak boleh diterima dek akal je anak itu dibiarkan
terkurung, kebuluran, kekotoran, comot dan tak terurus...

macam anak yang tak terbela.. walhal dari segi fizikal dan
luaran ibunya dan anak sorang lagi nampak lebih bagus
rapi, bersih dan berisi lagi... kalau tak mampu sangat nak
pakaikan baju si anak.. takkan mandikan anak pun tak mampu...
takkan dibiarkan di dalam bilik yang kotor dan tak terurus...
amat beza dan ketara sekali keadaan sebelum ni adik firdaus tu..
hmm... susah la nak terima alasan ni... memang susah..
tahlah... moga dengan tersebarnya berita ni akan merubah hidup
ibu dan anaknya sekeluarga.. Insyallah sekiannnn......


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, June 23

SADIS : SI IBU LARI..2 ANAK DITINGGALKAN..



Malaysia digemparkan dengan  berita budak OKU yang
 dikurung dengan keadaan sedih lagi menyayat hati..
 memang tak mustahil sebenarnya banyak lagi kes 
seumpama begitu.. susulan dari terbongkarnya adik oku 
yang telah diselamatkan.. ada lagi satu kes lebih kurang sama 
macam kes adik firdaus tu.. meh saya ceritakan....................



September 2010 pasukan unit amal PERKIS telah menjumpai
2  kanak-kanak dibiarkan di dalam sebuah rumah  flat..



Menurut cerita dari PERKIS ni, si ibunya sudah 2 bulan 
lari tinggalkan rumah, manakala bapanya keluar bekerja
 sebagai driver di sebuah kilang mee.. anaknya yang berumur 
2 tahun dan 5 tahun ditinggalkan di rumah yang sangat
 daif, kotor busuk, bersepah dan penuh sampah dan berulat..





Pihak PERKIS telah bertungkus lumus membantu 2 anak kecil
ini dengan memberi makanan dan bergotong royong 
membersihkan kediaman mereka... dan akhirnya 2 anak ini
telah diserahkan kepada JKM untuk bantuan jagaan...


kredit gambar dan kisah : PERKIS
berminat nak beri sumbangan cari PERKIS ya

sebaknya hati... berapa ramai lagi insan daif macam ni...
kenapa panda didahulukan..?? kalau rakyat didahulukan
tak mungkin ada fakir miskin di merata tempat..
negara yang kaya dengan hasil bumi ditambah dengan 
cukai lagi.. nak kenyangkan perut sapa???
pembaziran berlaku di  mana-mana.. bil air sampai 300k
guna untuk apa? shampoo rambut kembang? haha..

sedangkan orang bekerja tetap makan gaji 2,3,4,5 ribu sebulan
pun boleh tahan sesak sampai kene buat bisnes sampingan..
inikan pula yang hidupnya kais pagi makan pagi...
anda yang tak pernah rasa susah, mungkin tak rasa nikmat 
susah sebab tu kesusahan orang lain anda tak pandang 
janji anda kenyang hati pun senang.. dan anda yang menolak
fakta dan kebenaran meskipun akui hakikat kesusahan
jangan jadi buta tuli... bukak mata seluas-luasnyaaaaaaaaa




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

[VIDEO] : Budak OKU dijumpai dikurung





ya ramai dah tengok video ni kan...  sangat meruntun hati dan menyedihkan..
ya Allah pilunya hati... tergamak ibunya mengurung anaknya...
tak makan tak mandi tak terurus.. kurus kering sampai tinggal tulang..
hanya makan polistrine dan kekabu  bantal... aduhai...ibu oh ibu...

terfikir-fikir... mana bapaknya? mana ahli keluarganya...
mujur anak ni tak mati kebuluran.. tak tau apa masalah ibunya
sampai anak ni jadi macam ni.. yang penting anak ni dah selamat..
harap kembali sihat seperti beliau sebelum ni...


hukumlah ibunya dengan setimpal agar kesedaran ada pada beliau..
alasan susah bukan satu alasaan munasabah dan logik diterima
dek akal sampai dibiarkan anaknya begini sedangkan ibunya
taklah kurus kering baju compang camping koyak sana sini...

tak boleh bayang anak ni sengsara dikurung dibiarkan lapar..
baju dia koyak2.. dia makan baju dia ke?? alahai ibu...
andai anak ini boleh berbicara...............
"mak.. firdaus lapar.. 
mak firdaus rindu ibu.. 
mak bukak lah pintu"




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, June 19

TIPS CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI


Saya ada rahsia nak share cemana saya dan suami kekal cergas
dan bertenaga sepanjang hari... ok saya mulakan dengan cik suami...

Beliau seorang ahli sukan.. suka bersukan.. boleh kata hari2 beliau
mesti bersukan.. kalau tak bersukan alamatnya tak senang duduk dia...
dia jarang rehat kat rumah tidur2 ke lepas balik dari sekolah..
kadang2 sebelah malam beliau main badminton pulak..
akibatnya letih la badan beliau apabila siang bekerja dan bersukan
kadang2 sampai ke malam hari...(tapi malam ni jarang dah sekarang)

Bila saya dah jadi ahli shaklee dan dah kenal produk2 hebatnya
maka saya belanja dia set kecergasan.. PERFORMANCE DRINK..
Alhamdulillah... beliau suka sangat minum air ni.. katanya dah macam
iron man kuat je rasa badan nak bersukan.. badan tak letih sangat
sentiasa bertenaga sepanjang tempoh waktu bersukan...

Saya pulak suka minum dua2 air ni... beza dengan suami dia takmau
minum ESP.. katanya "tanaklah tu kan untuk tambah susu"

haha alasan tak boleh blaaa.. laki bini boleh je minum ESP ni.. hihi..
memang niat nak minum esp ni untuk tambahkan susu badan...
tapi benefit untuk esp  ni banyak sangat.. tu pasal esp jadi hot selling...
ramai sangat la jadi peminum setia esp ni termasuk saya..
kira 2 set ni stok wajib ada kat rumah.. kalau takde susah hati wooo...

saya seorang tokey coklat. kadang2 kalau dapat tempahan banyak
seharian pernah saya buat coklat.. beza dulu tak minum set cergas ni..
dulu sakit2 pinggang.. badan letih yang hamat.. tapi bila ada set ni
saya tak risau dah nak buat coklat berejam2 pun takpe...

perut pun tak rasa lapar sangat sebab esp ni mengenyangkan.. badan pun
 bertenaga je.. takde dah sakit2 badan..yang saya suka kulit akan jadi 
cantik bila minum esp ni berterusan, susu badan pun maintain..


untuk pertanyaan dan pembelian...
BERT [SID 1074830]
0168880684
bertshaklee@gmail.com




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, June 18

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU





Anda ada masalah susu sikit ya? anak tak puas susu...??
jadilah ibu yang bijak.. carilah makanan tambahan atau supplement
bagi membantu menambahkan susu...

saya sendiri pengguna setia supplement penambah susu badan..
pernah rasa dah susu merudum bila umurnya naik ke 4 bulan..
saya takde simpan stok susu sebab saya surirumah sepenuh masa..

dia tak puas susu..  nangis malam2... saya pun sedih.. 
jadi saya nekad saya kene makan supplement untuk tambah susu.
Alhamdulillah.. semenjak saya amalkan set menyusu shaklee
susu saya banyak.. anak saya pun tak meragam lagi malam2...
sampai la umur dia sekarang setahun 3 bulan masih menyusu badan...

Kesan saya dengan pengambilan set menyusu ni nak tau?
susu banyak, anak tak meragam, cepat kenyang, anak susu
tak terlalu lama, saya kurus semula dari bersalin, badan saya sihat
dan cergas, anak saya 2,3 kali je sakit demam selsema..
susu ibu antibodi yang paling kuat untuk anak kita kan??

sangat jimat... supplement ni bukan tiap2 minggu nak beli...
boleh tahan sampai 2 bulan kadang2 kalau terlupe nak makan tu
boleh sampi 3 bulan jugak haha.. tak bagus2... amalkan setiap hari ya..
berbanding susu formula... sebulan berapa kali anda beli?

SET PILIHAN MENGIKUT BAJET ANDA

Set menyusu shaklee adalah yang paling terlaris di pasaran,
hangat sepanjang masa dan pilihan no 1  di Malaysia sekarang ye!
ramai ibu-ibu termasuk saya mengamalkan vitamin shaklee
untuk menambah susu badan.. bukan sahaja tambah susu badan,
badan kita pun akan kekal cergas sihat dan bertenaga..

Ramai dah cuba.. saya pun dah cuba.. apa kata mereka yang lain??



Kepada ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan ibu boleh hubungi 
saya untuk maklumat lanjut atau urusan pembelian..
Bert : SID 0174830
HP : 016-8880684
Email : bertshaklee@gmail.com


?

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, June 17

Lega cek Nuffnang dah clear! yeay..



Hasil blogging dan menabung selama setahun..
hehe walaupun tak banyak macam sebelum ni
tapi okla... nak kumpul bukan senang..
trafik kene tinggi baru dapat banyak income nuffnang..
blogger biasa dan jarang update blog pulak tu haha..

ok terima kasih nuffnang.. mari menabung lagi..
dah boleh dah cash out yang ketiga tapi takpelah..
kasi lungguk2 dulu.. agak2 nak keluarkan boleh
la cash out lagi... 2 bulan menanti baru sampai..
boleh buat modal meniaga.. banyak stok coklat 
boleh borong tu.. hehe.. ok sekian..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, June 15

Tips Isteri Kembali Dara Selepas Bersalin



Ni cerita hal orang2 kawen je... yang tak kawen lagi terbaca jugak eh?
tanggung sendiri ya... hehe.. nanti dah kawen baru paham.. ok boleh?

"nafsu nak bersama suami dah kurang la lepas beranak... nape ek?"
"suami nak bersama saya macam takde mood je selalu"
"sian kat suami yang kepingin tapi saya takde nafsu"

saya pernah terbaca dalam grup2 sulit dalam FB keluhan 
ibu2 lepas bersalin yang dah kurennnggg nafsu nak bersama...
macam2 produk la ibu2 ni rekemen kan... bila tengok harga
cecah ratusan ringgit semata2 nak pulih balik kan nafsu tu...
mahal eh? dah dah... mari beralih ke ALFAFA SHAKLEE...
bicara saya dengan customer bila saya tanya beliau
tentang pengambilan alfafa ni... tujuan beliau beli sebab
nak tambahkan susu badan... tapi ni pulak jawapannya...

"kak.. semenjak saya telan alfafa ni... kedinginan saya dengan
suami dah pulihlah.. kalau tak tu, bila suami ajak bersama saya
ikutkan aje takut suami marah tapi saya tak rasa apa2.. tapi 
lepas makan alfafa ni memang susu banyak.. saya rasa 'nafsu'
saya dah pulih... suami pun kata saya punya miss V dah ketat"

haa nampakk... memang tepat sangat lah tu...
sememangnya alfafa ni banyakkkkk sangat khasiatnya..
antara lain khas buat wanita.....meh baca ni satu2 okayy...

*Merapatkan keintiman
*Merawat keputihan
*Melawaskan
*Milk booster
*Atasi masalah kedinginan
*Mengetatkan miss V 
*Menghilangkan kelesuan dan tekanan
*Menegangkan punggung dan payudara
*Memulihkan urat lepas bersalin

tengok sikit ape ibu2 ni kata tentang alfafa yang hebat ni..



Berminat?? harga pun bawah 100 je ko...
ada dua saiz lagi tu... saiz S 330biji dan saiz L 700biji...
alfafa ni ramai peminatnya tau.. saya sendiri peminat setia alfafa..
dan dah rasa kesannya semua yang di atas hehehehe...

cerita banyak pun tak guna. makan dulu dan rasa kesannya...
lepas tu mesti nak beli lagi bila dah habis kan?? gerenti puas hati...!
nanti saya sambung lagi khasiat alfafa yang lain pula ya...
jangan tak tau, bukan untuk orang dah kawen, bujang pun boleh!

apa2 hal pertanyaan atau nak beli laju2 takut habis boleh contact saya
BERT (SID : 1074830)
HP : 016-8880684
EMAIL : bertshaklee@gmail.com
FB : Viniyamey Store






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, June 14

SET BERPANTANG PILIHAN RAMAI!!


Tercari-cari set berpantang yang terbaik untuk anda?
Ya Shaklee pilihan yang paling tepat dan pilihan no 1 ibu2 kita..
Saya dulu pengguna set berpantang Shaklee... lepas guna terus 
jatuh cinta dengan produk ni.. dijamin selamat dan berkesan!!

Saya tak pilih jamu2 sebab biasanya jamu ni panas...
kesannya juga akan terkena pada bayi sebab kita susukan...
jadi saya pilih vitamin semulajadi untuk lebih selamat dan mujarab
 sebab tu set berpantang Shaklee menjadi pilihan ramai..

SET ASAS BERPANTANG SHAKLEE
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc
- Boleh makan terus lepas bersalin
- Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
- Membantu cepat pulih luka bersalin
- Tambah darah dan memberi tenaga ibu yang menyusu
- Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
- Selamat untuk ibu menyusu dan bayi G6PD
- Bayi tidak kuning dan lebih sihat

SET BERSALIN EXTRA UNTUK MENYUSU
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc + ESP + Ostematrix
Set asas tadi ditambah dengan ESP dan ostematrix
- Menyokong penyusuan ibu
- Membantu cepat pulih luka bersalin
- Dapat menghasilkan susu yang banyak

SET BERSALIN PREMIUM
(Set bersalin untuk penyusan dan kuruskan badan lepas bersalin)
Vita C + Vitalea + B-comp + Zinc + ESP + Oste + Alfafa + Lecithin
Set extra lecithin (bakar lemak) + alfafa (fiber/detox)
- Dapat turun berat badan sambil sokong penyusuan ibu
- Memejalkan otot ibu yang lembik dan gelebeh
- Merapatkan semula miss V lepas bersalin

TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE

klik untuk besarkan
klik untuk besarkan
klik untuk besarkan




Harga Set Bersalin Shaklee Set Asas : 
RM275 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan. 

Harga Set Bersalin Shaklee Set Extra : 
RM475 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan.

Harga Set Bersalin Shaklee Set Premium : 
RM590 untuk kegunaan sehingga 4 bulan. 
Termasuk postage serta konsultasi penyusuan.

Untuk dapatkan harga set bersalin lebih menjimatkan,
ada sesuatu yang lebih istimewa sebenarnya ya..
Daftar sebagai ahli sama macam kita jadi ahli Jcad ke.. 
ahli Tesco ke.. atau bonuslink ke.. beli barang dapat point..
Bila point mencecah 150 je confirm dapat cash rebate.. best kan?
hubungi saya cepat2 untuk peluang yang sangat istimewa ni..
FB : Viniyamey Store
Email :bertshaklee@gmail.com 
HP : 0168880684


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, June 13

TIPS CANTIK SEBELUM RAYA!!!



Khususnya wanita mesti  nak tampil jelita dan menawan 
di hari raya.. paling tidak pun anda nak jelita yang amat
di majlis hari bahagia anda... cemana nk buat?
risau kulit kusam, tak bermaya, berjerawat lagi
rasa rendah diri.. hmm takmo la gitu ya...

ada penyelesaiannya yang efektif dan selamat..
cuba la set skin care shaklee... hanya dengan vitamin
anda boleh menjadi jelita seperti mereka di bawah ni..
dah la cantik sihat dan menawan lagi.. sape tanak kan?





bulan Jun ni memang terbaik sangat sebab bulan
promo untuk vitamin E.. nak cantik cepat grab sekarang!
sebarang pertanyaan dan pembelian boleh carik saya ya!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, June 12

KHAS BUAT WANITA : SENARAI PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADHAN

Dah nak masuk bulan Ramadhan kita...
amacam? sudah bersedia dari segala hal?
meh saya share kan list untuk perancangan sebelum
Ramadhan ni... info ni dapat dari wasap grup..tenkiu!

Perancangan pra-ramadhan

a) Sediakan pakaian hari raya dan pemberian hari raya mulai sekarang. 
Lakukannya sebelum ramadhan tiba. Jangan lengah walaupun seminit 
bagi membuat persiapan pakaian yg akan dipakai pada hari raya. 
Membeli belah hadiah2 hari raya anda mulai sekarang dan 
bungkus serta labelkannya utk hari raya anda

b) Rancang menu ramadhan anda sekarang. Beli semua 
keperluan dan simpan bahan kering yg diperlukan utk memasak. 
ini akan menjimatkan masa, tenaga, dan wang anda. Sediakan dan
 bekukan daging dan doh roti 15 hari sebelum ramadhan. 
Masak dan bekukan kari daging utk kegunaan hari2 awal ramadhan.

c) Fahami rutin harian anda, terutama waktu di mana tenaga anda 
paling tinggi dan paling rendah dan juga waktu sibuk anda 
seperti membantu suami dan melayani anak-anak. Optimakan waktu
 di mana tenaga anda paling tinggi (selalunya selepas subuh) dengan 
membaca alquran. Latihlah diri untuk tidak tidur selepas subuh 
supaya ia telah terbiasa apabila ramadhan tiba. Fikirkan apa aktiviti
 yang boleh dilakukan ketika tenaga anda mula menurun

d) Susunkan doa2 anda. Kumpul dan tandakan doa2 yang ingin anda
 mohon ketika ramadhan. Kumpulkan kesemua doa tersebut dan 
cetaknya pada sehelai kertas. Tandakan doa2 yang ingin anda baca
 selepas selesainya solat, sebelum berbuka puasa, selepas taraweh 
dan dalam tahajjud. Asingkan dan labelkan setiap salinan doa2 
tersebut mengikut waktu yang anda telah tetapkan tadi. Mulalah 
menghafal beberapa doa sekarang. Senaraikan nama mereka yang
 ingin anda doakan spt kawan2 lama, suadara mara dan sbgainya.
 Sentiasa letakkan senarai doa anda di sebelah sejadah supaya anda
 tidak malas membacanya apabila anda berasa sangat letih.

e) Tingkatkan stamina anda. Makanlah dengan sedikit mulai 
sekarang. Latihlah diri untuk sedikit lapar setiap hari. Bersenamlah 
untuk tingkatkan stamina. Dengan panjangnya waktu berpuasa, 
kerenah anak2 dan menguruskan rumahtangga seorang diri,
 darah akan mudah naik apabila perut kosong. Maka, latihlah agar
 kemarahan anda dapat dikawal dalam keadaan perut kosong.

f) Senaraikan target ramadhan anda. Buat satu target yang realistik
 mengenai berapa banyak bacaan alquran anda. Contohnya, jika anda
 target untuk khatam sejuz sehari, maka bahagikan bacaan tersebut
 kepada 4 waktu. Mulalah dgn membacanya sebelum subuh dan berakhir
 pada waktu asar atau sebelum solat maghrib. Berzikirlah ketika waktu
 anda "melakuan apa sahaja kerja" seperti ketika bersiap utk bekerja, 
memandu, memasak, membersih dan mengemas. Makanlah menu yang 
ringan ketika berbuka supaya dapat mendirikan taraweh dgn sempurna.

Latih tubi 1 bulan yang sangat istimewa dan penuh barakah..
...mudah2an jd amalan sepanjang tahun... Insyallah...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

ARIP JUARA KILAUAN EMAS 4


Kilauan emas sudah sampai ke kemuncaknya!
dan nyata Arip ialah Juara Kilauan Emas 4 kali ni...
yeayyy!!! akhirnya beliau dinobatkan juara selayaknya!!

nak tau kenapa saya suka dia menang??
dari ujibakat saya terfollow rancangan ni hihih...
saya tengok arip.. wah sedap suaranya dia nyanyi 
lagu iklim masa tu... bagus dia ni nanti boleh jadi 
macam Meor juara tahun lepas...!! kata saya la..

tapi sepanjang pertandingan ni berlangsung.. nama dia
kurang menjadi sebutan... kalau undian pun duduk bawah
aje.. saya pun frust.. tambah frust lagi sebab dia asyik dapat 
lagu yang kurang popular dan menyebabkan dia kurang menyerlah..
berbeza dengan lain yang agak fofular macam Zain, Ben dan Nordin..
selalu duduk carta di atas... dan diorang lebih NAMPAQQQQ..

tapi saya tetap suka arip sebab kererockannya ha cemana nak cakap.?
sampai lah ke minggu yang beliau nyanyi lagu Untukmu Ibu (Exist)
barulahh ramai NAMPAQQQ dia... saya pun terujeee je macam gayat..
sejak tu juri pun suka2 puji2 dia.. dan penonton pun ramai dah suka..
paling menyerlah masa konsert akhir.. sebelum mega akhir..
dia nyanyi lagu aku tak bisa dan taman rahsidah utama..
ahalaalaamakkk. meremang bulu ketiyakk..hahaha...

ok malam ni punya mega akhir pun not bad.. memang best..
tak best tang lagu duet.. dia tenggelam sikit dek jaclyn victor..
tapi ok la.. janji beliau best dan menang jugak akhirnyaaa!!
beliau menang RM100 ribu + RM10 ribu hadiah khas juri..
tambah lagi kereta Camry bagai.. waaa lumayan hadiah tahun ni..

Naib Juara yang boleh di agak Zain dan tempat ketiga Ben..
okla semuanya menang kereta dan wang tunai malam ni...
tahniah buat semua pemenang.. jumpa lagi di lain waktu...






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, June 11

Tips dapat follower blog yang ramai



Follower blog ni bukan lah satu kemestian yang harus
dipentingkan dalam dunia blogging ni ya.. bagi saya
follower ni adalah satu bonus untuk sesebuah blog...
blogger baru mesti teruja nak tambah follower
supaya nampak gah dan rasa popular bila follower ramai..

Pendapat saya dari pengalaman yang sudah 6 tahun dalam
dunia blog ni rasanya blog popular tak semestinya ramai
follower, dan tak semestinya blog yang kurang follower tu
blognya tak bagus.. bagusnya blog tu apabila tuan punya 
blog yang rajin update, tahu hot spot  pembaca dan trafik
yang tinggi dan yang penting pembaca setia..

dapat soalan cenggini? tiba2 rasa nak 
buat entry untuk jawabkan hehe

memang ada kaedah nak tambahkan follower blog ni sebenarnya..
ok saya share apa yang saya tau dan tambah sikit info dari 
sumber lain.. boleh jugak saya pratikkan juga nanti kalau rajin hihi..

TIPS PERTAMA
Langkah pertama senang je.. follow je blogger2 lain yang aktif
terutamanya ya.. jangan follow blog yang update setahun sekali
haha.. kalau anda follow mesti beliau follow balik tahun depan..
ok gurau2 haha.. itu tandanya orang tu dah tak aktif dalam blog..
follow lah dengan ikhlas tanpa harapkan balasan,, kalau blogger tu
tak follow balik jangan la unfollow pulak.. alaaa tak best la gitu..

TIPS KEDUA
Terjah la blogger2 popular... nak tau siapa goggle aje ramai 
yang bagitau nanti siapa... blogger popular ni ramai orang komen
kan? ha follow la mereka yang suka komen2 tu.. sebab biasanya
mereka ni blogger tegar yang aktif dalam dunia blog..

TIPS KETIGA
Jangan amalkan "HI PLEASE FOLLOW ME BACK"
sebab biasanya kalau anda buat gitu anda jarang difollow balik
haha tak caya cube buat.. anda buat gitu pada 100 blogger
mungkin yang follow balik ada la 5 orang kot?

TIPS KEEMPAT
Cuba cari blog yang follower nya sikit.. anda follow je
dan kebanyakkannya akan follow anda balik.. kalau anda
follow blog yang dah ramai follower ni mungkin agak lambat
atau tak follow terus anda sebab biasanya tak berapa nak 
heran sangat kot dengan follower yang penting update blog!

TIPS KELIMA
Kalau ada masa, join la segmen ke, contest ke GA ke
sebab blogger2 yang rajin join program gini biasanya 
blogger yang aktif.. berkenalan lah dengan mereka
dan dari situ anda akan dapat kawan blogger yang baru..
bukan semata2 nak follower aje ya.. berkawan biar 1000
orang kata.. banyak kawan banyak lah pengalaman...

Ok sekian tips blogging untuk harini.. harap dapat membantu
kepada yang bertanya tu.. yang penting sekali blog ni musti
sentiasa update.. lagi2 blogger baru.. blogger tua2 ni takpe..
hehe tak update pun blog sentiasa ada pembaca masuk.
trafik maintain gitu. blog aktif nuffnang pun sayang woo!

selamat mencobaaa.... tata... 






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

SIAPA YUSUF TAIYOOB???


Terbaca kisah beliau yang bagi saya sangat mengkagumkan,
seorang usawahan yang kini sudah berjaya setelah pernah gagal
suatu tika dahulu.. entry ni agak panjang.. teruskan membaca
jika anda suka membaca kisah inspirasi seperti saya! hehe


PROFIL NAMA: 
Datuk Yusuf Taiyoob

JAWATAN:
 Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

ASAL: 
Georgetown, Pulau Pinang

ISTERI: 
Datin Yusnita Ramli

ANAK: 
Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)

ADIK-BERADIK: 
Anak sulung daripada empat beradik

JENIS PERNIAGAAN: 
Kurma, makanan dalam tin, rempah, 
makanan kering dan jus buah-buahan

Siapakah Yusuf Taiyoob?
SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob
 Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang
 menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan.

Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan
 berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah 
kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan
 tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi
 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas,
 jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan
 di peringkat awal.Ketika itu, usianya baru 19 tahun.

Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan
 pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga
 pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital
 dalam keadaan separuh sedar."Orang tua saya fikir saya 
akan mati apabila lihat banyak darah keluar, 
nasib baik cepat mendapat rawatan."

Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu
 (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya
 dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di 
pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.

Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, 
kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan
 tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri 
dan keluarga rapat.Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya 
sebelum mencapai tahap sekarang. Katanya, beliau pernah dihalau 
dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu."

Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi 
minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat 
berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling
 begitu saja," katanya.Namun, cabaran yang dihadapi itu
 sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah 
selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh 
badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari
 peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain."

Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk 
yang sebelum ini biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, 
saya juga masih muda, ada peluang, untuk tukar haluan."

Selepas keluar hospital dan berehat seketika, saya bertekad
 memulakan perniagaan lain denganmengimport makanan 
termasuk kurma secara kecilan," katanya.Ketabahannya itu 
membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju 
sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal 
kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara
 jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.Kini,
 anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 
1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara 
dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak 
termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata 
kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam,
 Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara
 pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram. Kurma itu
 diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasukTunisia,
 Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan."

Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran.
 Pelanggan kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup 
berbelanja lebih untuk mendapatkannya," katanya.Syarikatnya juga 
mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus 
untuk masakan dan bahan membuat kuih-muih dari pelbagai
 negara termasuk Amerika Syarikat.

Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di 
beberapa negara Asia Tenggara, memaksa syarikat yang kian
 berkembang untuk memiliki kilang sendiri bagi menempatkan 
stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.

Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di
 Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya
 menjelang Mac depan dengan kos RM20 juta."Harapan saya 
jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat 
negara ini dan luar negara pada masa depan."Saya juga berharap 
perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan
 saya membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.
Bapa kepada tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun,
 berkata rezeki yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama
 golongan kurang bernasib baik pada sepanjang masa."

Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun saya tidak suka
 memberi kepada sebarangan orang yang meminta."Saya akan
 pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit
 yang diperoleh bukan jatuh terus dari langit," katanya.
Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti 
tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.

Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering
 ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli lembaga pengarah
 pertubuhan di Pulau Pinang."Biarlah saya tumpukan kepada perniagaan
 dan hasilnya saya kongsi kepada golongan yang memerlukan,"
 katanya.Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf
 yang digemari ahli korporat lain."

Saya habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar," 
katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu
 golongan kurang bernasib baik."Itu sudah menjadi kewajipan kita
 dan saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk mencapai hingga
 tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah termasuk yang 
membawa gelaran Datukdaripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, 
Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru ini.

Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih PENGELUAR dan pembekal 
kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, menjangkakan
 pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada kira-kira RM60 juta
 setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit Minyak, 
Seberang Prai Tengah, siap Mac tahun depan.Pengerusinya, 
Datuk Yusuf Taiyoob, 47, berkata kilang baru serba canggih
 di tapak seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu 
membolehkan syarikat menghasilkan keluaran yang lebih
 tinggi pada bila-bila masamenggunakan teknologi moden.
Secara tidak langsung, katanya, ia juga dapat mengurangkan
 kos operasi syarikat yang selama ini terpaksa menyewa 
gudang bagi menempatkan stok dan bekalan dalam kuantiti besar."

Kilang ini mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk 
dan kering pada satu masa, yang diimport dan diproses semula 
dengan jenama Yu Ta singkatan nama Yusuf Taiyoob."

Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat pengeluaran dan pembekalan 
bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung 
sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan negara jiran seperti
 Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya.Yusuf berkata, 
apabila siap kelak, kilang itu mampu menyediakan peluang
 pekerjaan kepada lebih 50 penduduk setempat."

Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga membeli sebuah 
bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, 
Georgetown untuk pelaburan masa depan," katanya. Mengenai
 persiapan  syarikat memenuhi permintaan bekalan kurma dan 
produk makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri ini, Yusuf berkata,
 sebanyak 3,000 tan metrik pelbagai jenis kurma diimport untuk 
pasaran negara ini.Ia tidak termasuk produk makanan lain 
seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti rempah-ratus
 dan kacang serta makanan kering yang diimport dan diedar
 secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.

Pihaknya mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta bagi musim
 perayaan ini iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding
 musim sebelum ini."Jualan setiap tahun memberangsangkan
 kerana pelanggan kami mengetahui kualiti produk kami yang
 bermutu dan dijual pada harga berpatutan," katanya. INFO Syarikat
 pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas
 dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan
 Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).Membekal 100 produk makanan dan
 35 jenis kurma. Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan 
Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta 
ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. 

-CoachRozi Saari-


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...