Bukan Blog Kamu: May 2014

Tuesday, May 27

TIPS TANGANI ANAK BERGADUH



Isu bergaduh di kalangan adik-beradik memang tak pernah selesai. 
Ia masalah biasa di kalangan ibu bapa yang mempunyai lebih 
daripada seorang anak. Buatlah macam mana sekalipun, 
mereka akan tetap bergaduh. Sekejap sahaja mereka berbaik,
 lepas itu mereka kembali bergaduh.

Tetapi kata orang tua-tua, air dicincang tak akan putus. 
Hubungan adik-beradik tidak akan terputus biarpun mereka 
kerap bergaduh. Ia sebahagian daripada proses tumbesaran
 anak-anak. Pergaduhan sesama mereka sebenarnya dapat
 mendidik banyak perkara seperti sikap bertolak ansur,
 bersabar, komunikasi dan kemaafan.

Pernah tak kita terfikir mengapa anak-anak kerap bergaduh? 
Mungkin bagi anak kecil bergaduh sesama adik-beradik 
mesti disebabkan berebut alat permainan, berebut rancangan
 televisyen atau salah seorang suka mengusik.

Tetapi mungkin kita terlupa adakalanya beberapa faktor lain turut
 mempengaruhi anak-anak memulakan pergaduhan. Ada anak 
berasa dia kurang mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain. 
Walhal ibu dan ayah tidak pernah beranggapan begitu. 
Biasanya perasaan itu terbit dari dalam diri anak sulung. 
Kadang kala ibu ayah berasakan anak sulung sudah besar dan 
perlu memikul banyak tanggungjawab dan perlu 
mengalah dalam banyak hal.

Hal tersebut menimbulkan perasaan kurang senang mereka lalu 
mula mencari hal dengan adik-beradik lain. Fasa pembesaran 
mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain, jadi sebagai
 ibu ayah, kita perlu cuba memahami emosi setiap anak-anak.

Walaupun bergelar anak sulung, mereka tetap seorang anak yang 
memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian yang sama 
seperti adik-beradik lain. Adakalanya perasaan bosan, keletihan 
dan lapar turut menyebabkan anak-anak bergaduh sesama mereka.
 Oleh itu pastikan jika di rumah terutama pada hari cuti, 
anda menyediakan jadual aktiviti yang bermanfaat bagi 
mengelakkan anak-anak kecil cepat bosan, merengek, 
mengusik satu sama lain yang menyebabkan timbul pergaduhan.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, May 11

ELAKKAN : Cara Makan Vitamin Shaklee




1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. 
kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu 
penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.

2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP
 sebab akan merosakkan kandungan protin.

3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, 
minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi
 jarak masa 30 minit antara keduanya, 
mengelak ganguan penyerapan vitamin.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, May 10

Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan




Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang
 memakan ubat perubatan, jarakkan antara pengambilan
 vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.

Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila
 anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah
 mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas
 arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, May 9

Perbezaan Vitamin Shaklee Dan Ubat




SHAKLEE
1- Vitamin Shaklee walaupun bentuknya macam ubat tapi adalah
 dalam kategori makanan, FDA tidak mewajibkan ujian klinikal
 pada makanan tambahan tetapi shaklee membelanjakan lebih dari
 USD 300 juta untuk R&D dan ujian klinikal.

2- 100% natural, tiada ujian keatas haiwan, bebas dari sebarang
 bahan kimia, heavy metal. dadah, pewarna, perisa dan perasa, 
pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksik.

3- Tidak terdapat silica gel yang biasa terdapat dalam botol 
vitamin lain, shaklee menggunakan teknologi Shaklee Guard 
untuk mengekalkan kekeringan dan kualitinya.

4- Pejam mata dan ambik mana-mana vitamin shaklee, 
tetap ada sel yang akan menjadi sihat. Penggunaan berlebihan tidak 
memudaratkan cuma membazir kerana buang urin yang mahal.

Tapi bila kita dah sakit bermakna kekurangan zat sudah serius
 maka perlu lebih sedikit dari yang terdapat di label. Biasanya orang
 mati kerana kekurangan zat bukan terlebih zat, lnsyallah.

5- Vitamin mengambil masa yang agak lambat sedikit
 untuk memberikan kesan kerana konsepnya ialah 
merawat sistem, lalu pergi kepunca masalah.

6- Vitamin ialah keperluan sel, apabila diambil akan menyihatkan
 sel-sel berkaitan, kadang makan kadang tidak bererti sel 
sekejap cukup makan, sekejap tak cukup makan, tapi tentunya
 lebih baik dari sel-sel yang tak cukup makan tiap-tiap hari. 
Terbaik tentulah sel cukup makan setiap hari iaitu 
dengan mengambil vitamin setiap hari.

7- Disebabkan Shaklee 100% semulajadi, maka lnsyallah selamat
 dan tidak ada bahan asing yang sel tak kenal yang boleh 
 menyebabkan masalah sampingan, semua bolih diserap.


UBAT

1- Ubat adalah sintetik, gabungan banyak bahan kimia dan
 dadah, sesuatu yang asing bagi sel-sel badan. penggunaan
 jangka panjang memberi kesan yang membahayakan.

2- Buah pinggang dan hati merupakan penapis dalam badan kita, 
keduanya adalah mangsa utama untuk bahan-bahan kimia
 dsb yang terdapat dalam darah kita.

3- Merawat sakit /symtom bukan punca penyakit/ sistem.

4- Memberi kesan segera dalam mengawal penyakit tapi
 bukan menyembuhkan. Penggunaan dos berlebihan atau 
salah ubat sangat merbahayakan dan boleh membawa maut.

5- Mengawal bukan membaikpulih malah kena bergantung
 secara berterusan dan ada kesan pada buah pinggang dan 
hati (dua ejen penapis dalam tubuh), kerana bahan-bahan
 kimia adalah unsur yag asing bagi badan.


Bagi Yang Sudah Mendapat Penyakit Tertentu

Bagi yang sudah ada penyakit tertentu, sila dapatkan pemeriksaan 
dan rawatan doktor, kena makan ubat yang telah diprescribe tapi
 elok campurkan dengan set shaklee, cuma jarakkan masa 30mnt
 antara keduanya kerana ditakuti vitamin menggangu penyerapan ubat.

Bantuan vitamin sangat perlu kerana dia merawat punca masalah, 
contohnya pesakit kencing manis, apabila mengambil zinc, 
lnsyallah akan menggalakkan pengeluaran insulin sekiranya
 pankreasnya masih bolih berfungsi lagi dsb.

Teruskan pemeriksaan doktor, dan apabila kadaan bertambah baik,
 biar doktor yang mengurangkan ubat, bukan kita sendiri.


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 8

Khasiat Meal Shakes Shaklee.


1.Nutrisi lengkap
mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral dan
zat perlu yang lengkap dan seimbang bagi memastikan penyerapan
ditahap maksima. Turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama
dengan vitamin larut lemak.

2. Mengandungi Protin
 ( tidak mengandungi laktosa) membantu membaik-pulih 
dan pembinaan sel-sel dari hujung kaki ke hujung rambut.

3.  Membantu Tumbesaran
mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan
 magnesium yang diperlukan olih tulang dan sel-sel untuk
proses membesar.

4. Anti oksida
mengandungi vitamin ACE, zink, selenium yang
 merupakan ejen antioksida yang bertindak melawan
 jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan Seri Wajah 
mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper 
yang cukup untuk membantu sel-sel darah merah
yang sihat sekali gus untuk wajah berseri dan kulit yang sekata.

6. Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu membuang
lemak berlebihan dan sisa buangan dari lemak dan usus.

7. Kelazatan Rasanya 
minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, 
penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
 Tidak mengandungi sebarang perasa, perisa, pewarna tiruan dan gula tiruan.

CARA MAKAN :
Campurkan 2 sudu besar Meal Shake bersama Energizing Soy
Protein (ESP) and Performance (perut kosong) atau
 diminum begitu sahaja tanpa campuran.

Nota : Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar
bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein , atau apa jenis
minuman kegemaran. Laat dinikmati dalam air sejuk mahupun suam.


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 7

CARA LATIH ANAK BERJALAN



sebagai ibu dan bapa tentu seronok melihat perkembangan
anak2 kita kan... dari bayi yang dilahirkan tak sabar nak 
tengok mereka membesar bermula dari meniarap, merangkak
duduk, berjalan dan bercakap... sama macam saya..
memang teruja bila tengok perkembangan anak satu demi satu..

anak dah merangkak... dah duduk tapi belum boleh berjalan
ada tips saya nak share cemana nak latih anak berjalan...
moga bermanfaat buat semua ibu dan bapa yaa...


1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak
 daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga 
semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia 
untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga
 dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa
 bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda
 untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis.
 Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya
 tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia 
bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh
 duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang
 supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. 
Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang
 ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya
 sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan
 kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda
 boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan
 satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas 
mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak
 lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu 
berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ 
dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan,
 jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko
 bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan.
 Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk,
 berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam 
membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan.
 Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh 
lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah 
menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman
Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan
 bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak
 yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar 
bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang
 dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan 
menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk 
berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda 
boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia 
untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan 
berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda
 tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia
 tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan
 di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. 
Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Intimkan Hubungan Semasa Hamil





Isteri tidak gemar bau suami? Isteri tidak boleh memandang 
wajah suami? Benar kah masalah ini berkaitan dengan
 perubahan hormon atau psikologi semata-mata?

“Kenapa ya, akhir-akhir ni saya asyik ‘bad mood’ saja?”
 tanya Fatiha kepada suaminya Aiman.

Entahlah Yang, tak tau pula saya. Orang mengandung
 kan memang biasa macam tu,” balas Aiman.

Dilema yang dialami Fatiha bukanlah suatu yang asing. Ketika hamil, 
semuanya berubah. Bentuk fizikal, hormon yang dikeluarkan oleh
 tubuh malah emosi turut mengalami perubahan. Ini bermakna, 
setiap perubahan yang berlaku pada ibu hamil saling berkaitan. 

Secara umumnya, kehamilan merupakan satu tempoh yang 
sungguh bermakna dalam hidup seorang wanita. Inilah waktunya 
pasangan suami isteri berhadapan dengan mainan emosi di antara
 rasa takut dan harapan menggunung untuk menjadi ibu dan bapa.

Pada awal kehamilan, anda mungkin tidak dapat merasa perubahan
 yang berlaku pada diri walaupun hal ini jelas. Ketika ini, 
sesetengahbakal itu mungkin diselimuti rasa bimbang 
kehilangan bayi yang dikandunginya itu. Ketakutan ini 
walaupun tidak berasas adalah perkara biasa.

Setelah kekhuatiran pada trimester pertama mula menghilang,
 maka bermulalah perubahan emosi di trimester kedua. 
Walaupun perasaan ibu hamil ketika ini tidak begitu terganggu, 
mereka masih resah.Ramai bakal ini akan mula rasa malu 
dengan perubahan fizikal yang dialaminya. Akibatnya,
 mereka akan rasa rendah diri.

Ketika trimester ketiga pula, ibu-ibu hamil mula memikirkan
 tentang saat-saat kelahiran yang bakal tiba tidak lama lagi. 
Pelbagai perkara bermain di benak fikiran masing-masing dalam
 tempoh 3 bulan terakhir kehamilan itu. Risau tentang anak yang 
bakal dilahirkan nanti.Akan tetapi, sebaik sahaja selamat melahirkan, 
maka hilanglah sudah segala kerisauan, lebih-lebih lagi 
setelah berjaya melahirkan anak yang sihat dan sempurna. 

Sebenarnya, perubahan psikologi yang berlaku itu bukan hanya 
pada ibu hamil, tetapi juga pada suaminya. Bakal bapa turut tidak
 terlepas daripada ketidakseimbangan emosi. Sesetengah bakal
 bapa rasakan diri mereka diabaikan isteri. Ada juga yang tidak
 yakin keupayaan sendiri untuk bergelar bapa. Walaupun begitu,
 janganlah risau kerana semua perasaan ini akan hilang
 sedikit demi sedikit setelah anak lahir.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 6

Sempat kunyah kek anniversary sebelum......








tokey terlalu sibuk dengan urusan tempahan coklat minggu lepas..
Alhamdulillah setel... sambung lagi minggu ni sampai terpaksa
tutup tempahan.. mohon maaf pada pelanggan... ada yang nak 
menempah terpaksa saya tolak... kalau tak mampu saya terpaksa
tolak atau tangguh di kemudian hari hehehe.... maaf ya sumorang..

jadi..  takdelah nak berenibeseri bagai pada 30hb lepas...
 esoknya 1 mei saya dah balik ke kampung hantar dek
encik suami.. seminggu ada di kg negeri sembilan ni
untuk teman mak saya keseorangan.. memandangkan
kakak saya and de gang akan pergi bercuti seminggu
di pantai timur... 11hb nanti baru balik ke perak...

walopun ada di kg segala kelengkapan pembuatan coklat
pun di hangkut sama... proses buat coklat bersambung di sini..
sebelum cik suami pulang ke perak... sempat jugak saya 
mintak kakak saya belikan kek untuk disepraiskan pada
beliau.. yeahyy jadi.. terkejut dia ada kek atas meja tetibe.. hihi..

gambar2 di atas gambar sebelum mereka bertolak..
lepas makan kek.. kakak saya dan kawan2nya pun gerak..
petang sikit lepas tu cik laki pulak gerak... ehh... 
nawfal mana dalam gambar ni...? dia ketiduran la...

sempat la kunyah kek anniversary sebelum mereka gerak...
sekian tajuk cerita menjadi penutup cerita haha.. 
mudahkan  buat cerita dalam blog... hehehe...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, May 5

Tips Memilih Hospital Bersalin




Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak
 bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin 
di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal
 papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat 
berikut sebagai garis panduan.

Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu
 berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua
 dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan
 kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang
 sewajarnya menjadi pilihan anda.

Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana
 untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan
 keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang 
lain-lain keperluan dan kemampuannya.

Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman
 luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan
 kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita
 yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika
 membuat pemilihan hospital untuk bersalin.

1. Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan
 penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung,
 kencing manis atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu)
 yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan
 daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2. Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk 
ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang
 untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital 
itu merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu).

3. Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G 
di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan 
dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah 
pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan
 anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan
 anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4. Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir
 dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan.
 Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa 
perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5. Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan 
yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak. 
 Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, 
berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, 
ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan
 kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. 
Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius
 yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa 
hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk 
memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan 
anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria 
penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri
 dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan
 dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan 
oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga 
antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika membuat pilihan

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah
 memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. 
Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan
 tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum
 fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. 
Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, May 4

PROMOSI : SPLASH SWIMMING POOL


Tercari-cari kolam yang paling best untuk anak2 anda bermandi???
sini tempatnya.... jum tengok splash swimming pool ni..
Brand : Splash

Package Size : 46X36X12CM

Swimming Pool : 188CMX137CMX34CM

Slide : 122CMX53CMX53CM

Material : High strength environmental protection PVC

Accessories : Inflatable Basketball, 4 Pieces of Loops, Slide

Multi-functional pool, a pool and not only is a children's playground. 
With water features, slides, rings, vote blue. 
Can also be used as a ball pool, baby's favorite.

INCLUDE PUMP

mana nak beli?? >>> SINI



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Cara Ajar Anak Budi Bahasa




Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses 
yang berterusan. Dan usia 3 sehingga 5 tahun adalah waktu utama 
untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan 
bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok 
kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia 
melakukan perkara sama kepada orang lain.

2. Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. 
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang 
membuatkan dirinya disukai ramai.

3. Praktik Perkataan Kesopanan
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai
 ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda
 lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.

4. Ucapan Meminta Maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. 
Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. 
Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam 
pergaulannya dengan rakan sebaya.

5. Memberi Pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. 
Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia 
menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, 
anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.

7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” 
anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, 
“Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” 
dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus 
mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.

8. Minta Kebenaran
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas
 barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, 
“ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil 
barang kawan tanpa meminta kebenaran."

9. Lakukan Kerja Rumah
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke 
dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas 
meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu 
ahli keluarganya membersihkan rumah.

10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak
 berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang
 mungkin akan mengundang kemarahan anda.

11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil 
barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.'

12. Komen
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. 
Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”

13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan
Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan 
atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.

14. Suara
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan
 tempat yang perlu bercakap perlahan.

15. Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila
 berjumpa denganorang yang lebih tua daripadanya. 
Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, May 3

Tips Anak Tambah Selera Makan


tepek si budak ini.. sekadar gambar hiasan

anak anda hilang selera makan? 
susah hati kan bila anak tak makan...
dah macam2 cara buat tanak jugak makan...
cuba mealshake shaklee.. pilihan no 1 ibu2 kita yang
punyai masalah anak taknak makan..

Khasiat Meal Shakes yang semua ibu mesti kena tahu..

1. Tambah Selera Makan
Kesan yang ni paling ketara akan nampak pada anak 
walaupun baru cosume lebih kurang 2 minggu awal.

2. Untuk Tumbesaran 
Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk 
pembinaan tulang yang kuat dan sel-sel untuk anak-anak.

3. Atas Sembelit 
Mealshake adalah minuman yang kaya dengan serat yang membantu
 dalam proses pembuangan air besar. Ini kerana ianya dihasilkan
 daripada bahan semulajadi dan mempunyai lactabumin (sejenis susu)

3. Lebih Fokus dan Aktif 
Anak yang tidak bermasalah dalam penghadaman akan kelihatan aktif. 

4. Kuatkan antibodi 
Serbuk terbaik ini mempunyai kandungan protein yang tinggi yang 
mudah diserap ke dalam system tubuh. Ini akan memberikan
 antibodi yang kuat untuk melawan penyakit yang asas 
seperti demam, selsema, batuk dan asthma.

5. Atasi masalah obesiti 
Lazimnya anak-anak yang mempunyai masalah obesity akan mempunyai 
sfat kurang yakin pada diri sendiri dan malu untuk berdepan dengan
 orang ramai. Mealshake akan membantu menyingkirkan lemak berlebihan
 dan bahan buangan daripada usus besar dan kecil.

6. Kurangkan ruam dan eczema 
kandungan melashake yang mengandungi Vitamin A,C,E, 
selenium dan zink yang bertindak sebagai antioksidan akan
 membantu merawat kulit dan memudarkan parut.


7. Untuk perkembangan minda 
Minda yang cergas datang dari badan yang sihat.

APA KATA IBU KITA?







Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...