Bukan Blog Kamu: March 2014

Sunday, March 30

TUDUNG ONLINE PALING POPULAR DAN TERBAIK UNTUK MUSLIMAH!!



Kita orang perempuan yang terkenal dengan suka shopping 
dan yang paling seronok di kala ini pilihan barangan fesyen 
yang terlalu banyak sampai rambang mata nak pilih yang mana..
Kemunculan fesyen Muslimah sekarang ni membuatkan peniaga
berlumba-lumba dalam mengeluarkan produk yang terkini 
mengikut permintaan pasaran seperti tudung, selendang, jubah 
dan lain2 lagi fesyen baru yang boleh digayakan oleh Muslimah..



Jika anda penggemar fesyen Muslimah terkini lagi stylo gitu
anda tak perlu lagi mencari di mana2 melainkan di sini...
kerana apa? sebab disinilah TUDUNG ONLINE yang popular
dengan fesyen2 dijamin menggiurkan wanita yang berhijab...

tak perlu susah2 lagi nak keluar mencari di luar..
minyak kereta, masa, duit parking dan lain2 lagi dapat 
dijimatkan bila kita shopping online... duduk aje depan 
pc/laptop/smartphone anda dah boleh shopping.. 


Nak menggayakan tudung sekarang ni tersangat lah mudah kan..
memang flexible dan boleh mix and match dengan pelbagai gaya..
Tudung yang dipakai bukan setakat padan dengan baju kurung je
tapi boleh digayakan dengan kaftan, jubah, blouse dan lain2 lagi...

Wajib lah tu anda melayari TUDUNG ONLINE TERBESAR
 ni  sebab banyak blogsop dan website online shopping
Malaysia ni yang menawarkan koleksi tudung atau hijab dengan
harga yang murah dan berpatutan...  meh datang sini untuk
cuci mata dan shopping sekali mana2 fesyen yang anda berkenan!
Gerenti anda datang lagi untuk membeli dan bookmark kan web ini
supaya tak hilang hehe >> ZALORA @ TUDUNG ONLINE



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, March 24

MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI - NAJIB


Terpaku ku pandang PM jam 10 malam ni 24 Mac 2014
mengumumkan berita yang  kami nanti2kan selama ni... 
sedih.. lagi menyedihkan... Beliau sahkan MH370 telah
 berakhir di Lautan Hindi.. Allah.... T_________T

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan 
perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata 
beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil 
Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini
 memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan,
 merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya
 di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana
 kawasan landasan. Dengan penuh rasa sedih dan kesal, 
saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan 
data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir 
di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter.. 

"This evening I was briefed by representatives from the UK
 Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370

"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the
 northern & southern corridors,has performed further calculations"

"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that 
the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."

"With deep sadness and regret I must inform you that, according
 to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."

"We will be holding a press conference tomorrow with further details." 

"We share this information out of a commitment to openness &
 respect for the families, two principles guiding this investigation." 

"@MAS have already spoken to the families of the passengers
 and crew to inform them of this development."

"I urge the media to respect their privacy, and to allow
 them the space they need at this difficult time." #MH370 
- END -

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri 
sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan 
diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.

Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa
 terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah 
beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah 
kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi... - sumber

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dan 
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa... 



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

CARA MENGURUSKAN URI BAYI




Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman
 rapat/kembar bayi didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. 
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. 
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. 
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. 
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada
 hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
 dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu 
tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang 
melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri 
untuk ditanam di tempat masing-masing.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang 
diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri 
daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh 
menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan
 bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama 
paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi
 menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api 
berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan 
‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

CARA MENGURUSKAN URI BAYI

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. 
Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik
 (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan 
garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan 
cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik 
bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, 
letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat 
kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan 
dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa
 letakkan uri dalam dalam dan timbuslah ia.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. 
Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan 
tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya 
yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


SELAMAT BERAMAL :)



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Kecewanya saya sebagai pelanggan...




Kecewa sangat... sampai rasa nak mengamuk pun ada..
Dari hari mula saya bekerjasama dengan seseorang ni sampai
la sekarang.. Ada je masalaah kalau melibatkan beliau nih...

Pertama kali saya berurusan dengan boss yang pemalas..
itu je bahasa yang boleh guna.. pekerja2nya bagus2 belaka
Terbalik pulak?! Patutnya boss yang wajib jaga pelanggan
Tapi pekerjanya yang bagus jaga servis pelanggan.. apakah?

Satu
Apabila saya mula bekerjasama dengan beliau...
Beliau kata proses permohonan saya akan siap dalam masa 1 minggu..
Masuk ke 2 minggu takde kabar berita.. saya pun tanya la ape cerita?
“takde dapat email saya ke mintak datang opis semula untuk cop”

Wahh..menipu ni. Saya hari2 cek email kot tunggu berita 
terkini hiburan sensasi dari beliau.. haram tade kome oii..
ok saya pasrah jela datang semula ke opis beliau yang 
jauh tu memang menyusahkan kalau nak pergi tautak..

saya tau borang permohonan saya tak di submitnya..
bila saya tanya ape cerita tu pasal kene datang balik...
tunggu lagi... berminggu2 kot... tu pun saya asyik tanya je..
ok dah dapat apa yang saya nak saya pun diam...

Dua
Masa saya deal dengan boss ni, saya ada mintak quotation..
Dia kata nanti dia bagi.. tunggu2 takde pun bagi..
Datang opis dia mintak lagi... dia kata takpe nanti dia email...
Oh email pulak... tunggu lagi... hari2 cek email..
Takde kate ko!! Saya pantang betul orang memain camni..

Kerap jugak saya mintak... takde reply2 pun...
Ok tapi bila saya minta bill bulanan laju aje ko bagi ye..
Bab payment laju.. bab service hancussss....
Sampai sekarang janjinya memang ke laut..

Tiga
Saya call, nak mohon sesuatu.. keraninya takde.. 
Dia pulak angkat tipun.. ok tunggu punya tunggu
benda yang saya mintak tak kunjung tiba...
tiba2 saya teringat, mesti boss yang spoil tu tak 
maklumkan pada pekerjanya.. saya tunggu sampai petang
dah takde jugak saya call semula opisnya...jawapannya?
"tadi boss yang angkat telefon kan.. dia takde bgtau saya la"
kata si kerani tu.. ok.. dah boleh agak dah...
"ok takpelah saya datang sana sendiri ajelah"

dengan rasa marah dan geram yang meluap2 saya call 
cik asben nak mintak tolong di hantar saya ke opis beliau
yang sangat jauh tu semata2 nak dapatkan ape yang saya nak..
benda berbayar kot.. ape pasal service macam ni punya teruk..

kebetulan masa saya datang opis beliau.. tanak dah saya
pandang muka dia.. takde say sori ke hape dia buat2 bizi
cakap dalam telefon... waahh.. kemain eksen ko ye boss..

takpe.......................... sabar tu separuh dari Iman...
banyak kali dah bengang ni.. kene carik lain la nampaknya....
sekian harap maklong...


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, March 19

Tips Peniaga : Anda kreatif, anda berjaya!



Baru2 ni ada cecuba makan kuih pau..
Dah lame dah perati orang jual pau kat area rumah saya ni la..
Saya pun mintak cik abang beli pau tu mau cuba katanya..
Macam2 perisa kate ko!! Selalu pau ada inti ape??

Kari ayam.. kaya.. kacang.. kelapa kan... yang biasa2 la..
Tapi pau ni banyak pulak pilihan intinya...
Ada inti coklat, sardin, kari ayam, rendang daging,
Barbeque daging, kelapa, kaya dan ntah ape lagi...
Waah rambang mata mau cuba...

Yang best sangat, paunya besar dan intinya pun banyak..
Lagi pulak sedaappppp.. semua dah try memang sedap semua...
Ok motif nak cerita pasal ni ape???

Bukan isu pau yang nak saya pompang kan..
Tapi isunya kat sini kreativiti seorang peniaga untuk
Bersaing dengan peniaga lain yang menjual pau juga...
Maka dengan ini saya boleh amik tips hasil daripada
Jadi pelanggan kuih pau beliau dan nak share kat sini...
sebagai untuk simpanan peribadi dan anda juga boleh guna...

1.       Bila berniaga ni mesti mau kreatif... jangan rigid
pada satu benda sahaja.. contohnya pau tadi penjual
tu mengvariasikan intinya untuk tarik minat pelanggan..

2.       Bila berniaga juga tolong le jangan kedekut sangat..
Usah berkira sangat takut rugi... sambil berniaga buatlah
Sedekah... Insyallah bukannya makin rugi tapi rezeki
Makin melimpah ruah.. tak percaya cercube...

3.       Cipta kelainan atau keunikan bila bersaing...
Jika anda tau pesaing anda buat strategi A..
Maka anda buatlah strategi B.. cemana nak carik?
Kaji kekuatan dan kelemahan pesaing anda...
Cari kelemahan pesaing anda dan ciptakan..mudahkan?
Itulah pentingnya market survey..

4.       Buang sifat hasad dengki... kalau anda ada sikap macam tu
Dalam persaingan perniagaan ini maka andalah orang yang rugi..
Sepatutnya anda membuat sesuatu yang lebih bagus atau
Baiki kelemahan anda bukannya kasik pasir pada periuk
Nasi orang... haaaa tak baik.. dosa dapat rugi pun dapat..

5.       Layanlah pelanggan anda sebaik mungkin meskipun dalam
Hati anda tu dah serupa singa mau makan haha..sabar keh..
Adat la tu melayan ragam   pelanggan.. bila anda jadi pelanggan
Pun anda nak dilayan bebaik kan.. jadi bila jadi penjual kenela
Banyak2 sabar yaaa.. sesabar penjual layan kat awak tu hihi

shhh : frust betul kalau saya pegi kedai
Kalau cashier atau pelayannya main handphone waktu
Layan pelanggan... rasa nak campak je empon dia tuh!! grrr





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, March 13

KAEDAH PALING MUDAH INGIN MEMULAKAN PERNIAGAN INTERNET


Ramai orang nak berniaga online..
ada yang nak buat pendapatan sampingan..
ada jugak yang sungguh2 nak buat sebagai kerjaya..
Oleh sebab saya pun sama maka saya nak share pasal ni..

TETAPKAN MATLAMAT ANDA
Walaupun sekadar berniaga kecil-kecilan atau sampingan aje
tapi objektif atau matlamat mesti ada macam bisnes juta2 gitu..
Tanya balik diri anda tu apabila nak mulakan perniagaan internet..

Kenapa nak buat perniagaan internet??
Apa produk atau perkhidmatan yang boleh saya jual??
Adakah produk dan perkhidmatan boleh jual di internet??

CONTOH SENARAI PERNIAGAAN DI INTERNET
1. Pakaian / Fesyen.
2. Permainan Video.
3. Elektronik .
4. Perkakasan dan perisian komputer .
5. VCD dan DVD.
6. Buku.
7. Kad ucapan.
8. Perkakasan / perhiasan rumah.
9. Barang kemas atau aksesori wanita.
10. Kesihatan.
11. Pelancongan.
12. Kenderaan.
13. Hartanah.
14. Trading.
15. Muzik.
DLL

Pilih la perniagaan yang kene dengan jiwa kita..
dah pilih wajib buat kajian pasaran.. 
perlu tahu market kita macamana supaya dapat
menyesuaikan diri dalam bidang perniagaan internet
yang sangat hangat masa kini.. lagi banyak maklumat 
anda dapat.. lagi cerah la peluang kejayaan anda...

FAKTOR 3P
* PERSAINGAN : Biasakan diri anda dengan beberapa perniagaan internet 
lain yang sama dengan apa yang akan anda laksanakan (jika ada). 
Kalau boleh elakkan persamaan atau peniruan yang ketara. 
Orang ramai bosan asyik melihat benda yang sama berulang kali.
 Kaji kelebihan dan kelemahannya dan ambil peluang dari itu.

* PELANGGAN : Kaji pelbagai jenis pelanggan yang melakukan perniagaan 
online dan potensi pelanggan yang mungkin melawat laman web anda. 
Nilaikan keperluan dan apa yang mereka harapkan. Jangan lupa bahawa 
anda juga merupakan seorang pelanggan!

* PERSEKITARAN : Kenali budaya internet. Ini termasuklah bahasa dan
 gaya komunikasi secara online. Jika anda kurang mahir, langgan beberapa
 e-zine (majalah/buletin elektronik) dan newsletter untuk bacaan anda.


Yang penting sekali, tulis semua idea anda di dalam diari contohnya
 sebelum idea itu hilang! Tanyalah diri anda,

 “Apa yang orang cari di internet?” 

Ambil masa anda sebab bukan kerja semalaman dan jangan terkejut
  mungkin memakan masa berhari-hari. Ambil masa anda dan dengan 
membuat kajian pasaran yang teliti adalah lebih baik...





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, March 10

MH370 PULANGLAH.. KAMI MENANTIMU...


2 hari lepas Malaysia dan sekitarnya dikejutkan dengan berita
kehilangan pesawat MH370.. semua dah sedia maklum dengan
berita sedih itu kan.. 2hari saya tak 'berniaga'.. walaupun tiada 
lah kedai untuk dibukak pintunya.. tapi saya online semata2
untuk mengapdet berita terikini dari internet.. debar2..
sungguh mendebarkan jiwa dan raga.. sampai tak boleh tido!

 banyak berita dari internet ni palsu dan  ada yang betul..
tak boleh pakai semuanya... macam2 spekulasi ye dak?
yang paling teruk manusia2 yang takde hati perut ntah
letak kat mana suka2 hati aje mereka cuba membuat lawak
bodoh yang amat bajet untuk menghiburkan orang kononnya..

haloo.. yaa keluarga anda takde dalam tu kan..
jika anda atau keluarga anda ditimpa musibah dan orang lain
buat benda yang sama.. ape rasa kau?? manis macam oren??
geram pulak nengoknye... bila tengok profile ada yang budak2
hingusan lagi.. ada jugak yang dah tua tapi ntahla... eee...

saya dan seluruh rakyat malaysia mengharapkan keajaiban 
berlaku.. mohon doa dari Yang Maha Esa  agar dipermudahkan
urusan mencari, menjejak dan mengesan di mana mereka berada...
harapan besar agar mereka selamat hendaknya... aminnn....




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Rahsia kurus dengan cepat




Dengan supplement tambahan anda boleh berjaya kurus
dengan jayanya mengikut badan yang diidamkan...
dah cuba macam2 untuk kurus tapi tak jugak berhasil...
apakata cuba set kuruskan badan shaklee..

khas buat pemakan vitamin shaklee...
vitamin tak akan berkesan atas sebab2 ini...
- tak suka minum air kosong/air putih  dengan banyak..
- elakkan makan vitamin bersama ubat-ubatan..
- amalan minuman berkafein.. plisss elakkn..
- jangan makan sekaligus dengan banyak...

set kurus idaman pengidam2 kurus...

APA KATA MEREKA??

carik saya untuk keterangan lanjut atau pembelian istimewa
VINIYAMEY STORE
[BERT SID : 1074830]
bertshaklee@gmail.com
0168880684


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, March 7

DOA UNTUK ELAK KEGUGURAN BAYI DAN ALAHAN KETIKA MENGANDUNG.


Assalamualaikum..sedikt ilmu yang ingin saya kongsikan kepada wanita 
yang sedang hamil bagi mengelakkan keguguran dan alahan ketika
 mengandung. Boleh juga dia amalkan bagi yang inginkan zuriat. Insya Allah

SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)
Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas 
perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, 
nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

TERJEMAHANNYA

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau 
bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu,
 serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang 
kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. 
Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. 
InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

credit to wall : Rawatan Islam AnNur



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, March 6

Latih Anak Bercakap Dari Umur Setahun

Kini setahun 5 bulan.. belum boleh cakap lagi...
tak sabar  nak berbual2 dengan beliau...
ada tips saya dapat.. nak praktis lah...!!!


Latih bercakap dari umur setahun

Anak umur setahun kebiasaannya baru nak bertatih
 atau mungkin baru mula berjalan.

Mereka sibuk nak explore dan mengutip barang-barang yang dijumpai. 
Lebih membimbangkan ialah mereka kutip, masuk dalam mulut.

Ada ibu bapa yang tak sabar nak dengar anak mereka bercakap. 
Tak sabar nak dengar anak panggil ‘mama’, ‘ummi’, ‘ibu’dan sebagainya.
Ada kanak-kanak yang amat cepat mengeluarkan perkataan pertama.
 Umur 1:06 sudah boleh menyebut mama, abah. 
Tapi ada juga yang agak lewat, umur 1;08 baru nak sebut mama.

Pada usia setahun, kanak-kanak mula membuat bunyi bebelan seperti 
‘bababa’ atau ‘dadada’. Dia bermain-main dengan anggota mulut 
dan lidahnya sendiri dan dengar suaranya sendiri.

Ini adalah perkembangan fitrah kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang tiada
 masalah pendengaran, bebelan ini akan berkembang menjadi perkataan. 
Tapi bagi kanak2 yang ada masalah pendengaran, bebelan akan berhenti
 begitu saja (bergantung pada masalah pendengaran yang dialami).

Pada peringakat umur setahun juga, kanak-kanak memahami konsep
 interaksi 2 hala. Sebab itulah permainan ‘aum cak’ dan ‘agah-agah’ amat 
digemari oleh kanak-kanak pada usia begini. Ini kerana interaksi melibatkan 
konsep tunggu, lihat dan dengar, kemudian muncullah hasilnya.

Kanak-kanak yang mengalami autism kebanyakkannya tidak memahami 
interaksi sebegini. Mereka lebih gemar bersendirian. Di negara kita, saringan 
autism dibuat di klinik kesihatan dengan menggunakan MChart semasa ibu 
bawa anak untuk dapatkan suntikan pada usia 1;06. Melalui saringan ini, 
kanak-kanak yang mengalami autism dapat dikenalpasti dengan lebih awal 
dan membolehkan intervansi awal dilakukan. 

Ramai ibu bapa yang bertanya, apa yang perlu dibuat untuk
 melatih anak bercakap seawal usia setahun?

1) Katakan TIDAK kepada tv, hp, permainan tablet touch screen. 
PANTANG bagi kanak-kanak usia setahun. - nak bagi juga, 
itu hak masing-masing. Saya mampu beritahu apa yg saya tahu saja.

2) Nyanyi sambil bergaya. Kalau nyanyi lagu kucing, buat gaya kucing 
(misai di pipi), kalau lagu lembu, buat gaya lembu (tanduk di kepala).

3) Ajar tunjuk. Anak usia setahun amat mahir menunjuk apa saja yang
 menarik minatnya. Latih dia tunjuk anggota badannya atau
 tunjuk orang-orang yang sering ada disekelilinganya.

4) Latih anak ikut arahan. Contohnya minta anak ‘bagi bantal kat ayah’, 
atau ‘tutup pintu’, atau, ‘ambil kasut’ atau ‘simpan dalam bakul’.

5) Sentiasa beri pilihan. Nak bola atau belon? nak cawan biru atau hijau? 
nak baju bunga atau baju riben? nak tuala putih atau belang-belang?
 nak pakai bedak atau nak sikat? sambil tunjuk, sambil tanya. 
jangan cakap atas angin. ingat, dia baru umur setahun.

6) Biasakan bercakap sambil tunjuk isyarat mudah. Contohnya bila kita 
sebut ‘sedap’, kita buat isyarat ibu jari. Bila kata ‘habis’, kita buat kibas
 tangan. Bila kata ‘letak’, kita tunjuk jari ke bawah. Bila kata
 ‘busuk’, 
kita buat kibas tangan di hidung.

7) Bercakap semasa anda ‘proses’ anak anda, termasuk ketika mandi,
 pakai baju, basuh tangan, makanan tumpah, kutip mainan bersepah, 
sikat rambut, letak bedak dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang ‘nak cepat’,
 ‘banyak benda lain nak buat’, ‘letih balik kerja’ dan macam-macam
 hingga terlepas pandang bab yang amat penting ini.

8) Gunakan intonasi yang pelbagai, menggunakan
 ayat pendek dan sebutan yang jelas.

9) Hargai sebarang usaha yang ditunjukkan oleh anak untuk berinteraksi.
 Lihat memek mukanya dan cuba fahami kehendaknya.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, March 5

Aku tak pedulik!! kau paham tak??



waaa garang ayat nih... penuh emosi bila baca tajuk gini...
takde ape... tokey takde garang2.. tokey baik2 aje...
cuma sekarang ni tokey tengah fokussssss....
fokusss untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan... 

sebagai seorang ahli usahawan atau ahli perniagaan
rintangan dan dugaan tu dah jadi adat...
nak berjaya memang kene rempuh semuanya...
anda kene kuat... saya mesti kuat...
masalah2 remeh saya pandang sinis aje.. lalu phuiihh..
nyah kau jauh2.. tak payah menyibuk2 hal orang...
sampah aje semua tu... kalau difikirkan tak kemana...

maka disebabkan kefokusan saya untuk gigih berniaga bagai,
segala hal2 politik... hiburan.. duniawi... masalah manusia...
semuanya saya tak pandang..  lantaklah ape nak jadi...
tapi itu tak bermaksud saya tak amik tahu...

kalau tertau pun takde kesan apa2 pun kat saya..
daripada mengumpat cerita buruk baik orang
baik saya mengumpat cemana nak bina perniagaan
ke tahap boleh membanggakan diri sendiri hahaha...

bekerjalah bagaikan hidup seribu tahun lagi...
tapi sembahyanglah bagaikan nak mati kejap lagi...
dasat ayat ni.... memang menggerunkan.. bukan saya cakaplah!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, March 4

KELUH KESAH SEORANG TOKEY COKLAT



Selesai bulan Februari yang singkat sangat...
Moga keajaiban berlaku dalam bulan Mac ni...
februari la saya bermula bisnes coklat buatan tangan...
genaplah setahun bisnes saya ni berjalan dengan penuh
kepayahan, kesulitan, kesungguhan dan macam2 lagilah..

Lama sungguh saya tak meluah perasaan kat sini..
harini rasanya nak meluah perasaan selaku tokey coklat...


SEJARAH AWAL
Saya memang dah lama cari bisnes dari rumah... macam2 jugak
saya buat sebelum ni.. tapi sekejap je.. sebelum coklat, pernah nak jual 
Shaklee. tak tau nak jadi ahli bawah sapa.. taktau nak meniaga cemana..
pernah tanya kat ramai ahli2 shaklee tapi takde sorang pun yang
bagi jawapan yang terbaik untuk saya terpikat jadi ahli shaklee...
sebab saya pengguna jadi saya mahu jadi ahli la pulak...

Oleh sebab itu saya carik lagi bisnes lain..
google punya google saya jumpa la coklat awal Januari 2013..
saya pun tertarik nak buat dan nak meniaga coklat..
hanya berpandukan internet sahaja saya belajar.. tanpa guru..
masa tu nawfal baru 3 bulan.. macam susah je nak keluar
masuk kelas bengkel coklat bagai.. jadi saya nekad nak belajar
sendiri je melalui bacaan dan video... ada jugak la tanya2 orang..

sebulan saya amik masa untuk belajar... dan akhirnya februari
tahun lepas itulah saya cuba nak menjual... bermula jual offline
dan dapat sambutan online juga bila saya buat iklan...
teruja sangat bila ramai yang suka coklat saya buat..
mula2 memang la tak cantik kan haha.. tak pandai lagi nak deco2..
jadi saya belajar lagi teknik mendeco juga melalui internet..
lama2 pandai la jugak bila dah banyak kali praktis.. hihi...

KEUNIKAN
saya sentiasa belajar untuk mencari keunikan... guru saya masa tu google
ajela.. ada masalah tanya google.. sikit2 google.. okla mekaseh google..
saya cuba ciptakan kelainann selagi boleh.. antara cara lain,
saya menggunakan design2 dari luar negara.. bila dapat bentuk2 yang
jarangg jumpa mesti customer pun suka kan.. lain dari peniaga coklat lain..

MASALAH
kemudian masalah pos pulak.. haaa.. memang masalah...
mula2 tu pakai pos laju.. kalau sampai sehari pun boleh cair sikit
lagi2 la yang sampai coklat lebih dari sehari.. memang cair la..
nasib baik yang rosak2 tu kebanyakkannya hadiah bukan tempahan..

saya bagi orang hadiah untuk saya testing cara pembungkusan dan
penghantaran.. saya bagitau siap2 saya orang baru yang nak belajar...
kalau rosak saya sedia ganti yang baru.. haa jadi bahan ujikaji la...
oleh sebab pos laju bermasalah.. pernah jugak pakai skynet tapi 
service tak berapa cantik saya tukar pulak gdex.. 
Alhamdulillah jarang ada masalah dengan gdex...
bila agak puas hati saya bukak akaun gdex.. senang sikit..

dari praktis itulah saya belajar bab pembungkusan dan penghantaran
mula2 tu memang banyak masalah rosak, cair dan koyak ape ntah lagi..
belajar dan terus belajar.. daripada ilmu yang sikit itulah saya praktis
dan banyak jugak tunjuk ajar dari suami bab pembungkusan..

terima kasih suami terchenta yang banyak ajar binimu bab bungkus2..
tabik springgg toingg toingg.. kalau dia takde alamatnya sampai sekarang
saya tak tau bungkus coklat yang paling selamat.. hiii hiii hii..
sekarang dah ok dah.. insyallah selamat untuk dihantar paling jauh pun
setakatt ni sabah sarawak memang dah sampai la coklat chocobert ni..
yang bestnya tak cair pun hantar sana... vavava cayalahh!!

PELANGGAN
kalau cerita bab pelanggan ni memang adat resamlah ragam pelanggan
ni macam2 ada... kalau dapat yang tak berapa kisah tu memang 
senang nak runding.. kita buat coklat pun muka ada senyum..
hasilnya pun memuaskan.. tapi kalau dapat ragam pelanggan 
yang pelbagai karenah tu memang kene banyak sabar lah..

pelanggan itu raja kan... saya layannnnnnnnnnnnn aje selagi boleh..
kadang2 tu memang baran tu datang.. tapi saya akan jawab pertanyaan
mereka bila otak saya dah rasional.. kalau saya jawab daalam 
keadaan emosi alamatnya bergaduh pulak dengan pelanggan tu nanti hihi...

abis kuat pun saya mengadu kat asben.. dialah raja pemujuk..
bila dah dipujuk barula lega sikit.. kadang2 tu moral down jugak bila
datang masalah dengan pelanggan ni... bukan senang ye nak layan
pelanggan coklat berbanding pelanggan shaklee haha...

ada yang nak murah sangat sampai bawah harga kos tapi
mintak macam2 dengan design yang mahal... cemana nak bagi ya?

ada yang dah order, saya terbuat dulu coklatnya tapi
bila bagitau coklat dah siap dia nak cancel order.. ok rugi disitu..

ada yang dah order, tak bayar lagi, saya tunggu bayaran
lepas tu tanya coklat dah siap belum.. ingatkan tak jadi..
jadi terpaksa susahkan diri buat kerja lasminit... susah woo seriyus!

ada yang dah order.. mintak macam2.. nak yang murah2..
saya layan... siap kasi free gift lagi.. takde terima kasih...
komplen dibagi.. ok pasrah ajelah.,..

ada yang order... remind banyak kali pasal coklatnya
macam saya ni pelupa tahap kronik haha.. tapi bila dah
dapat coklatnya... atas dasar percaya je.. sampai sekarang
takde bayaran.. mintak banyak kali..  hmm ntahla..
pandai makan pandai la bayar ya.. jadi darah daging tu.. hihi...

ada yang order, stok takde tapi dia nak jugak.. bila mintak
deposit takde pun bagi... guna la modal sendiri dulu..
bila dah beli barang2nya... tanya balik cancel order pulak..

dan pelbagai karenah lagi... kalau yang senang runding tu memang
lega la yang amat... saya buat coklat pun senang hati...
kalau dapat yang cerewet tu kene sabar la banyak2...
nak marah memang tak la.. sebab bila saya jadi pelanggan
pun tiba2 saya akan jadi cerewet haha.. so kene paham lah kan..
ape pun saya suka melayan pelanggan walau 1000 ragam sekalipun..

HARAPAN
walaupun banyak cobaan dan dugaan dalam perniagaan coklat ni
saya redah je.. memang minat sangat bisnes coklat ni sebab tu saya
masih kekal dan dah siap2 daftarkan lesen perniagaan di SSM...
Alhamdulillah... chocobert makin dikenali.. marketing tetap bergiat
aktif.. ada aje peluang saya suka promot bisnes coklat saya..
mana yang kurang saya akan tingkatkan prestasi.. mana yang bagus
saya cuba kekalkan dan moga bertambah maju hendaknya chocobert...


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

RAHSIA KAMI SUAMI ISTERI KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA


Saya ada rahsia nak share cemana saya dan suami kekal cergas
dan bertenaga sepanjang hari... ok saya mulakan dengan cik suami...

Beliau seorang ahli sukan.. suka bersukan.. boleh kata hari2 beliau
mesti bersukan.. kalau tak bersukan alamatnya tak senang duduk dia...
dia jarang rehat kat rumah tidur2 ke lepas balik dari sekolah..
kadang2 sebelah malam beliau main badminton pulak..
akibatnya letih la badan beliau apabila siang bekerja dan bersukan
kadang2 sampai ke malam hari...(tapi malam ni jarang dah sekarang)

Bila saya dah jadi ahli shaklee dan dah kenal produk2 hebatnya
maka saya belanja dia set kecergasan.. PERFORMANCE DRINK..
Alhamdulillah... beliau suka sangat minum air ni.. katanya dah macam
iron man kuat je rasa badan nak bersukan.. badan tak letih sangat
sentiasa bertenaga sepanjang tempoh waktu bersukan...

Saya pulak suka minum dua2 air ni... beza dengan suami dia takmau
minum ESP.. katanya "tanaklah tu kan untuk tambah susu"

haha alasan tak boleh blaaa.. laki bini boleh je minum ESP ni.. hihi..
memang niat nak minum esp ni untuk tambahkan susu badan...
tapi benefit untuk esp  ni banyak sangat.. tu pasal esp jadi hot selling...
ramai sangat la jadi peminum setia esp ni termasuk saya..
kira 2 set ni stok wajib ada kat rumah.. kalau takde susah hati wooo...

saya seorang tokey coklat. kadang2 kalau dapat tempahan banyak
seharian pernah saya buat coklat.. beza dulu tak minum set cergas ni..
dulu sakit2 pinggang.. badan letih yang hamat.. tapi bila ada set ni
saya tak risau dah nak buat coklat berejam2 pun takpe...

perut pun tak rasa lapar sangat sebab esp ni mengenyangkan.. badan pun
 bertenaga je.. takde dah sakit2 badan..yang saya suka kulit akan jadi 
cantik bila minum esp ni berterusan, susu badan pun maintain..


BERITA BAIK!!!
Bulan ni ESP ada promosi.. harga jatuh melampau kateko hoho..
harga retail RM150... kalau nak tau harga promosi melampau ni
baik kome carik saya cepat sikit.. cepat order cepat dapat...
yang dah nak habis stok baik order sekarang... atau yang belum 
penah cuba ESP ni baik cuba sekarang.. tengah ada promosi ni..
Sah sepanjang Mac aje.. habis je promo harga kembali kepada asal..
rugi woo tak grab bulan ni.. nak buat stok pun boleh...


VINIYAMEY STORE
BERT [SID 1074830]
0168880684
bertshaklee@gmail.com



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, March 3

PROMOSI...!! PROMOSI..!! PROMOSI..!!

Bulan ni saya suke bangettt.......!! bulan ni promosi  ESP!!!
yeyy...peberet zaman berzaman waaa.. stok wajib ada kat rumah...
esp ni hot item dalam shaklee.. memang ramaai sukakanya sebab 
banyaakkkkk manfaaatnya sebotol esp ni tahan sampai 2 bulan...

KENAPA SAYA SUKA ESP SHAKLEE??
- kasik saya tenaga lebih... memang bertenaga!!
- kenyang... sesuai kalau yang nak kurus..!!
- milk booster... saya susukan nawfal sampai sekarang!!
- dapat memudarkan parut...!!
- bantu hilangkan parut jerawat, kulit lebih halus dan gebu!!
- bantu kehamilan dan perkembangan fetus yang baik!!
- menguatkan sistem imun badan!!
- baiki masalah rambut gugur dan beruban!!
- rendah lemak tanpa kolestrol!!
- bantu pembentukan sel-sel baru!!
- protien yang lengkap untuk badan!!
- dilengkapi dengan kalsium untuk elak kerapuhan tulang!!
SET COMBO ESP

eeee!! banyakkk memang banyakk!! rugi kalau tak cuba esp ni..
confirm cakap lepas tu mesti repeat order berkali2... 
harga retail RM150 tapi oleh sebab bulan ni promosi maka harga
jatuh melampau-lampau.. yang dah nak habis stok boleh 
tambah stok.. yang belum cuba wajib cube ok...
carik saya cepat sebelum tamat promosi.. dah habis promosi
takde dah harga jatuh menjunam2...hmm sedih.. grab cepat2 ya!

VINIYAMEY STORE
BERT [SID 1074830]
0168880684
bertshaklee@gmail.com




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...