Bukan Blog Kamu: May 2013

Friday, May 31

Saya, suami dan nawfal kemalangan..........





Tadi saya dan cik abang nak dinner kat luar..
Ondaway ke restoran steamboat Rayyan Teluk Intan yang sedap tu
Boleh plak berlanggar dengan mamat cina yang macam mabuk je..
Kisahnye begini yaaaaa........

Dari belakang lagi kami dah usha kete pajero tu ke kiri ke kanan
Macam orang tak betul je bawak kete.. Saya pun bgtau cik asven..
"Mohle potong kete tu.. Cam pelik je.. Bahaya follow kete mabuk tu"

Ada 2 lorong, dia di depan kami potong sebuah kereta..
Lepas potong beliau ke kiri.. Kami pun nak potong la dia tu..
Elok je kami nak potong, boleh plak dia masuk ke lorong kami
Tanpa tengok cermin sisi.. Ape lagi berdentum la kereta kami.. 
Saya takut pegang nawfal kuat2 takut kereta kami terpelanting..

Nasib sangat baik.. Kete kami tak laju.. Dia pun tak laju sangat..
Andaikata kalau laju saya rasa kami dah terpelanting ke seberang jalan..
Kami berhenti di tepi jalan.. Bila keluar je kete... Asben saya pun
Marah le dengan budak cine katenye belajar lagi..
Maka berlakulah potpetpotpet antara mereka.. Nampak takut budak tu..
Gigil nampaknye.. Nak kasik setel polis tak jadi maka kami dibayar...

Yang bestnye kete viva kami takla teruk.. Ada calar sikit...
Tapi kete pajero budak tu yg kemek dan calar teruk hahaha..
Bising dia kete dia lagi teruk.. Tula sape suruh langgar..

Dah setel diorang pun salam2 dan setel cara baik hihi
Mujurla kami selamat dan kereta pun tak teruk..
Duit tu buat belanja kami makan la ahha best2...
 
Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 29

WW # Apa kata mereka pulak???








HANYA DI CHOCOBERT... hubungi saya untuk tempahan...
meh datang facebook saya http://facebook.com/coklatbert






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 28

Kuantan?? Apa yang menarik kat sana?

monyok je dia bila batuk selsema.. ada demam sekejap tp ok dah..

 lama tak bekarya kat sini.. terpaksa abaikan barang seketika..
hanya online di FB sekali sekala jenguk2 layan pelanggan coklat..
dalam kesibukan buat tempahan coklat sempena cuti sekolah ni..
anak pulak tak sihat lama pulak tu.. batuk selsema.. tapi dah makin ok la..
mujur ada cik laki baik hati sudi bantu2 mana yang patut.. ehhe mekaceh

nopal mamam coklat maknye dengan comot sekali.. suke dia!!

yang dah siap dan hantar minggu lepas.. separuh lagi tengah bikin..

saya nak ke kuantan 1-5 june.. 7-9 june ke perlis plak..
dah penat buat coklat jalan2 la pulak kan..
cik asven ada kerja.. sambil kerja sambil bercuti la hehe..
lama dah tak pegi kuantan... hmm apa yang menarik kat sana ya..
tak sabarnya nak bercuti.. plan nak sambut anniversary sekali.. yeay!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 21

Seronoknya dengar berita mengandung!!

 sewaktu nopal dikesan terkandung dalam perut mummynya...

hepi la bila dengar orang kiri kanan atas bawah depan belakang 
saya dah mengandung.. dah lama tunggu akhirnya dapat rezeki..
yang masih menanti teruskan berdoa, banyakkan sedekah, teruskan usaha..

tahun ni je saya dapat anak buah 3 orang hujung tahun nanti..
anak pada abang dan adik suami saya.. kiranya ipar2 saya la ni hehe..
adik saya pun dah mengandung setelah 8 bulan menunggu akhirnya...

yang paling best tahun ni jugak saya bakal dapat CUCU yeaayyy!!
anak buah saya, anak pada abang saya yang kawen tahun lepas dah peknen..
kalau anak buah saya seramai 30 orang tu panggil saya MAKTAM..
bila dah dapat cucu nanti digelar WANTEM la nampaknya kehkehkeh..
mude2 dapat gelaran nenek yaaw... maka nopal jadi uncle la haha!!

nopal dalam perut 8 bulan.. haha..

Saya? belum lagi ye.. walopon hari2 nopal gigit kaki haha..
k babai... sambung buat coklat.. bizi nak siapkan sebelum 29mei
ni untuk semua tempahan.. sebab 1 June nak berangkat ke Pahang 5 hari..
ikut asven pegi KESSUMA... carila kat google ape tu kessuma hihi...
bercuti la kat pahang.. balik dari pahang 7hb nak ke Perlis plak..
hantar rombongan bertunang adik suami.. adik ipar jugak lah hihi...
rezeki coklat la cuti sekolah ni... Alhamdulillah rejeki... hihi :)))



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, May 17

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI DALAM PANTANG


1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari
tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian
dengan merebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri.
 Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun
ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa
daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan
air suam untuk mandian isteri (bagi yang takde water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas
 solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh,
tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan
 yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..
Pasti isteri anda rasa amat dihargai…

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda
masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan
 baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah
 isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya
 dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia.
Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah
ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan.
Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga
anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan
bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan
 seperti makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh,
berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala,
bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk elak boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa
 yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil
 untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan
televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas.
Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian itu.
Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan
 harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan
menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri
 tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh
 dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan
oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri.
Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan.
Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa
 sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah.
Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun
 menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya
 memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah
 masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Share dan tag pasangan anda. :)




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 16

Apabila murid carutkan cikgu......

Dari sumber cerita dari laki saye, seorang guru perempuan telah 
dicarutkan pelajarnya tatkala beliau dikejutkan dari tidur....

Cikgu : Awak bangun.. jangan tidur dalam kelas saya.
Murid : GAMPA*G cikgu.. (maki si murid bila terbangun)
Cikgu : awak keluar dari kelas ni.. jangan ganggu orang 
lain nak belajar!! (marah si cikgunya dengan penuh bara)

Bila cikgunya nak balik dari sekolah. budak yang mencarut tu
duk tunggu depan pintu pagar.. takut la cikgu tu di apa2 kan 
budak tu.. yang sedihnya.. budak tu baru tingkatan SATU!!!!
nak jadi samseng pulak dah.. nasib baik ada yang tolong..
maka dapat lah cikgu tu pulang dengan selamat....

Budak2 sekarang memang menakutkan.. diorang tak takut cikgu..
tak macam kita dulu yang takut sangat dengan cikgu kan?
ada satu sekolah di bandar.. ckgu tu diberi amaran keras...

Murid : cikgu!! jangan sentuh saya.. saya anak VIP
kalau cikgu  nak selamat la...

tu satu, dua kisah.. banyak kan lagi kisah murid biadap ni..
budak simpan dendam dan balas dendam dengan cikgunya..
pengalaman saya jadi cikgu suatu masa dulu alhamdulillah..
mengajar di sekolah agama berasrama pelajar2 yang bijaksana..
takde jumpa pelajar2 yang kurang sopan macam tu..

Khas buat cikgu zaman sekarang yang penuh pancaroba...
Selamat Hari Guru untuk anda.. terutama cik asven saya, mak saya,
ahli keluarga dan sudaremare saya yang ramai jadik cikgu... 
moga mendapat ganjaran yang sangat besar di sana nanti insyallah...

Hargailah jasa guru anda.. tanpa guru siapalah anda yang berjaya kini..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 15

Issac Nawfal - 7 Bulan




15 Mei......... 7 bulan......
Syukur Ya Allah dengan kurniaan ini..
permata hati, penyejuk jiwa, penawar kedukaan..
moga terus membesar dengan bijaksanasini dan sihat selalu..
mummy mintak mahap sebab selalu gigit tanpa bekas kat nopal...
gerammmmmmmm!!! hahaha... lebiyu la my son..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 14

GEMBIRANYAAAA!!!! BILA NAWFAL BERAKKK!!


dah 2 bulan kebelakangan ni bila nawfal berak saya la orang paling hepi..
sangat hepi... sangat2 hepi.. muka ceria gembira sentosa je.. weee wee
ape ke pelik mak ko neh nopal woii... hahaha...

kisahnya camni ya tuan puan datin datok sekalian...
masa nawfal 5 bulan dulu dia tiba2 jarang2 berak...
seminggu sekali pulak beraknya.. masa tu beliau belum makan lagi..
dah tanya nurse doktor ape suma, diorang bagi jawapan yang sama
dia takde plak meragam sakit perut ke hape.. hepi je manjang..
saya akan hepi bila dia berak.. mesti muke saya berseri2 sambil berkata..

'yeayy nopal berak harini'

mau tak risau kalau anak tak berak kan..???
berlanjutan sampai la skang ni.. dalam seminggu 2,3kali je memburan..
saya ikut aje nasihat doktor, bagi air masak, bagi buah.. janji berak!

yang paling lawak.. bila dia kentut pun maknye ni sangka berak..
esaitet dah amik pampers ngan wipe nak cuci2 la konon..
bukak2 pampers je takde beraknya.. aik mana plak hilangnya..
cehh.. rupanya nopal kentut je... hahaha wanginye ingatkan berak!!


NAWFAL : "ooo mummy kutuk caye ye... ngadu kat dadyy uwaaa"


May 1, 2013 | #Disakat#uwaaaa by viniyamey on Keek.com


k babai.. bizi buat coklat ni.. :)))

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, May 11

Posisi Tidur Terbaik Semasa Kehamilan





Tidur Dengan Posisi Terlentang

Selepas minggu ke 16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya 
tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan 
seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. 

Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko 
sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan 
peredaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga
 dapat mempengaruhi tekanan darah. Terdapat sesetengah wanita 
yang menunjukkan penurunan tekanan darah yanmembuatkan 
mereka berasa pening kepala.

Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah.
 Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, 
adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dengan posisi terlentang.

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda 
sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang 
mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring. - sumber



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, May 10

Jangan lah berkira sangat... melainkan kalau.....




ada sesetengah orang yang mungkin berkira sikit kalau nak belikan 
anaknya permainan... bagus sebenarnya permainan untuk kanak2...
permainan itulah yang akan merangsangkan minda anak2 untuk berfikir..
lebih2 lagi permainan yang menjanakan minda.. rosak punah ranah 
belakang kira... janji beliau boleh bermain dengan permainan yang sesuai..

saya pernah dengar dialog macam ni...
A : kau tak belikan anak kau mainan ke?
B : malas la.. membazir je.. baru je beli 5 minit je dah punah..

pendapat saya.. ada kedai RM2 kan? cari kedai tu dan belikan dengan harga tu..
takkan 2 ringgit pun nak berkira kot.. kalau rosak taklah ralat sangat kann..
bagi yang berpoket tebal.. ape barang kedai 2 ringgit.. baik beli kat toy'r'us ke.. 
harganya memang terbaik.. sebaik kualitinya lah kan.. tak gituuu??

alaaa benda lain kita boleh beli.. apa lah salahnya belikan mainan...
rosak takpe biarkan dia belajar... nak tau apa kesannya kalau takde mainan?
segala harta benda rumah kita yang tak boleh dimain akan dibuat main...
lagi bahaya kan...? kalau barang kesayangan kita dibuat main dan rosak
tak ke kita akan jadi singa lapar? maka belikanlah permainan...

kau cakap banyak bert... anak kau mainan dah beli?
mesti la dah.. tapi masih bayi.. mana la reti sangat mainnya heheh...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 9

PETUA ELAK GIGITAN NYAMUK DARI BAYI





Mempunyai masalah nyamuk?



 cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk!

 Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih .

Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk.. Selamat mencoba...!

sumber : FB



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 8

WW # Cinta Ku Hanya Untukmu




Tempahan coklat penuh dengan CINTA !! 


Penghantaran 1 Malaysia... dah tutup tempahan Mei.. full house..

Tuan Blog : Baru baik demam batuk seseme.. Harini sihat nampaknye! 

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 2

Tips Untuk Anak Yang Susah Makan





1. Jangan paksa anak makan. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Malah anak mugkin akan teru merasakan ia satu penyiksaan.

2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang.
Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.

3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.

4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan
Anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.

5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.

6. Ajak anak bermain sambil makan.

7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik.
 Buat corak atau hiaskan dengan comel.

8. Elakkan minum air sambil makan. Sebaiknya tunggu
 Sehingga habis makan sebelum minum.

9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan
Berhampiran dengan waktu makan.

10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan.
 Contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk.
Kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.

11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama.
 Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.

12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya
 Atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.

13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.

 Sebaiknya alas tempat duduknya terlebih dahulu.

14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.

15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 1

Wordless Wednesday # Koleksi Isaac Nawfal



Selamat hari cuti untuk semua pekerja 1 malaysia...
Khas orang malaysia je tau bukan pendatang tapi dapat IC tu.. uwekk.. 
4 hari lagi.. tak sesabar nak memangkah pembangkang herherher
Pendatang asing jangan nak sibuk mengundi walaupun ada IC.. uwekk..

tade idea nak update ape harini  maka tempek aje la gambar budak ni boleh?










Pelbagai umur dan pelbagai wajah yang membuatkan setiap hari
beliau akan dibuli, digomol dan digigit-gigit selalu oleh mak apaknye hoho..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...