Bukan Blog Kamu: April 2013

Tuesday, April 30

Ape laaa nak jadi ni haa??



Lama tak jengah blog ni.. apela nak jadi ni haaa.. bizi je manjang...
baru je balik dari melaka wiken lepas.. sekarang kat negeri 9..
ape lagi... shopppingggg la... saya memang suka sangat shopping kat melaka..
sebab tau banyak tempat barang2 yang boleh dapat dengan harga murah..
opss bukan barang2 coklat ye... tapi barang2 keperluan rumah aje..
kalau coklat saya suka cari kat bandar baru bangi... harga terbaikkk!


Nak mencapap jap......... Kenangan terindah 2 tahun yang lalu...
selamat ulangtahun perkahwinan bert dan amey hari ni 30 april..
semoga perkahwinan terbest ini akan bahagia hingga ke sorga
dikurniakan cahaya mata soleh dan solehah dan dilimpahi rezeki
yang membuak-membuak hendaknya... hithithithit...

Ucapan untuk daddy nawfal yang jauh di mata di kala ini....
orang lain takleh baca nanti muntah uwek uwek.. tak tanggung ya!

 ailebiyu daddy nawfal.... sungguh mummy beruntung jadi isteri daddy
yang sangat memahami, penyayang, romantis dan bertanggungjawab..
perkenalan kita sedekad ini membuatkan mummy bahagia di sisi daddy selalu..
ditambah lagi dengan penyeri rumahtangga kita si budak isaac nawfal tu ha..
makin mengeratkan lagi hubungan kita... harapan mummy agar hubungan
yang dibina kukuh la hendaknya dan dapat diserikan lagi dengan anak2
kita yang bakal tiba di masa akan datang hek hek... nanti jemput mummy balik
lepas pru13 ni yaaaaa kita berenibeserri berseri2 di sana nanti keh... lapyu banyak2...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 26

SUAMI ISTERI DISARAN GADUH SEMNGGU SEKALI


YEKE???????

** Tak suka gaduh.. suka suasana harmoni 
dan romantik bersama suami selalu **





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Petua Untuk Cepat Hamil




1. Waktu Terbaik Melakukan Hubungan Seksual:
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui
tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu
pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi).
Sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi
 lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:
Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan
berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.
Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada
 juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang
 paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan
 pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak
 kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi
untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:
 Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang
 wanita mencapai orgasme yakni klimaks semasa hubungan kelamin,
 akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma
suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda
 mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah
 pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk
 selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:
Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil.
Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga
Pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama
15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama.
 Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim.
 Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia
 akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini
 akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur,
yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak
 selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Sebenarnya
sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.
Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma
 berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga
diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan
 pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana
 cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang
 terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan
 kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan kawasan testis

7. Relaks:
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam
 menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana tekanan terhadap
sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh
 anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat
akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan
 yang berlebihan atau kurang.

NOTA: Petua ini diharapkan dapat membantu anda untuk
meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30%
 sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim
akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal
walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus
menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya
sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting
 untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk
 dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, April 25

Hari ni saya balik mengundi.. Anda bila lagi?


Tengah malam tadi saya sampai di puncak alam cik asven hantar...
balik semula dia ke perak.. harini beliau ada sukan bola sepak peringkat 
negeri sampai ahad ni di tanjung malim sebagai ketua jurulatih pasukan
 bola sepak wakil daerah sekolah beliau... moga daddy berjaya ya!

Harini saya pun akan pulang ke tempat asal saya dibatu kikir n.sembilan
sehingga hari mengundi nanti... yang ralat sikit tak dapat nak sambut 
enibeseri yang ke 2 tahun sesame 30 april ni... isk isk isk balik nanti lah!

Tempat saya ... penyanyi Aishah akan berlawan dengan Isa Samad..
agak2 sape saya nak undi? kehkehkeh.. baik saya pilih artis dia glamer... opss!
Jom Ubah... ABU... ABCD... herherher terkempen plak.. 
ok selamat mengundi.. jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat ya!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, April 24

WW # Paling banyak permintaan






LOLLICOKLAT

banyak lagi boleh tengok kat http://coklatbert.blogspot.com
atau facebook la senang hehe http://facebook.com/coklatbert


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, April 23

VIDEO : Ketawa gedik Isaac Nawfal




Rasanya semenjak beliau muncul kat muka bumi ni beliau tak pernah 
dimunculkan di mana2 kaca internet  dalam bentuk video kot kan?..
selalunya digambarkan sahaja kan? hehe.. harini tak tak tau nak update ape...
bubuh video budak nila.. beliau mentertawakan kamera empon bimbit..

apadaaaa!


Apr 22, 2013 | tawa gedix by viniyamey on Keek.com

ada orang jadi badut depan dia tu pasal dia gelak camtu



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, April 22

CARA TERBAIK KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR



Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak
 yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: “Bangun sayang,
anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.”

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan
 lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah
untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar
 dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 19

Terima Kasih - Tempahan Coklat Huruf







Sibuk buat coklat seminggu dua ni.. yang ni baru je setel dan di pos..
Minggu depan ada lagi tempahan hantaran dan nak makan sendiri pun ada..

Ramai peminat coklat kotak dan huruf ni.. dalam bulan June ni 7 tempahan 
saya terima untuk coklat kotak macam ni... tu tak campur coklat doorgift lagi..

Rasanya saya nak tutup la tempahan untuk bulan 6.. dah banyak yang tempah..
Orang kata kalau tamak selalu rugi.. ikut kemampuan la kan...? hehe

Maka dengan ini saya dengan rasminya menutup tempahan bulan 6 kehkeh
macam nak rasmi majlis penutup  gilang gemilang la plak himhimhim..

Kalau ada sape yang berminat nak tempah coklat tapi bukan bulan 6 roger2
saya di FB kat tepi kanan tu ada.. atau email saya chocobert84@gmail.com
datang blog saya http://coklatbert.blogspot.com atau FB : CHOCOBERT

Sekian Terima Kasih hehehe.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, April 17

Buku 1 Hari 1 Resipi



Akhirnya dapat jugakk buku ni... jarang pergi kedai buku
tu pasal tak jumpee her her her.. bila dah terpergi memang carila..
asyik takde dan sold out je manjang... hari tu pergi popular
nak cari buku terjumpa pulak buku ni.. tengah promosi lagi tu..
ape lagi cepat2 la sambar sebelum habis lagi... memang dah lama
ngidam nak beli buku ni hehe... dapat jugakk yeay!

biasanya memang harganya 39.90 tapi saya dapat beli
28.80 jauh kan harganya.. suruh cik laki bayar, sebab semangat nak masak..
yang dah ada dan dah pernah tengok  buku ni mesti tau kenapa buku ni best..
siyes kadang2 bosan ape menu nak masak jadi bila ada buku resipi senang
giler nak buat ni mudah la bantu saya masak2 dan buat menu lain untuk laki..

walaupun ada jer bersepah2 resipi dalam internet tapi malas nak cari...
saya lagi suka pakai buku resipi dari internet resipi.. tak tau la nape..
lagipun bila dah bukak internet lupa dah niat asal nak cari resipi..
terbukak facebook ka blog ka.. lupe dah nak niat nak masak..
sudahnya saya takleh bukak internet mesti teralfa terabai lalu terlupa hiyhiy

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, April 15

ISAAC NAWFAL - 6 Bulan

Tahniah nopey kerana berjaya lagi menaiki carta 6 bulan harini..
selain daripada meniarap sambil terguling2 satu rumah beliau juga
sudah mula angkat2 ponggong untuk apa pun tak tau la..
mungkin nak belajar merangkak barangkali.. gigi beliau rasanya
sudah mula tumbuh kerana kadang2 bila beliau BF beliau akan
mengigit dan saya ada rasa kekerasan pada gusi beliau..

Beliau kini sangat suke menyembur2 kan air liurnya.. kata orang tua2..
keguguran la rambut ommanya bila anak dah mula menyembur2..
yake? ye kot.. hobi beliau juga ialah tersenyum sambil menjilirkan lidah
seperti gambar di atas.. tak tau la nape.. bajet kiut kot watcentu..

makan? ye memang beliau dah mula makan sejak 5 bulan lagi..
takut nak bagi tapi kesian pulak bila tengok beliau nak makan..
dah ramai kata bagi.. maka terpaksa la bagi.. bubur, nestum,
tepung beras.. coklat mak dia buat haha.. dan segala macam 
dia dah makan.. maka buangan dia pun ada segala macam hehe..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 12

Moga daddy berjaya temuduga esok!!



Esok daddy nawfal ada temuduga bertulis jawatan 
pegawai tadbir diplomatik m41 di matrik gopeng ipoh..
pernah dulu dapat jugak.. tapi gagal... kali ni dapat lagi...
harap dadddy nawfal berjaya kali ini aminnn...
ada rezeki dapatlah... tukar angin dari cikgu ke ptd hihi...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, April 10

WW # TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

Majlis Aqiqah.. order dari kak emme.. tq kak!!

hadiah untuk kak rose.. tq kak!!


order dari Fakulti Sains dan Teknologi, Usim..





Terima kasih yang mengorder... ada lagi.. banyak lagi...
nanti sambung upload banyak-banyak gambar coklat...
sori bizi la.. tak dapat nak bw.. internet plak problem! alahai..

AUTOPUBLISH

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, April 7

Tips Memandu Ketika Mengandung



Bagi ibu hamil yang bekerjaya, anda pasti tidak boleh elak dari
memandu ke tempat kerja meskipun hamil. Jadi, ramai yang
tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil?
Bahaya tak? Ada kesan kat kepada baby?

Kehamilan bukanlah suatu penyakit. Wanita mengandung
pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja
dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul. 

Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan
stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah
bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik.
Berikut adalah tip agar ibu dan calon buah hati dalam
kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu. 

1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan
kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu.
Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar
pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke
belakang supaya perut tidak terganggu dan tangan tidak
sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Pilih tali pinggang keledar yang mudah laras, iaitu yang
membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik)
namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai
tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut
mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan.
Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng,
letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat
mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan
yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu
bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri.

8. Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak
sepatutnya memandu lagi. Dapatkan nasihat doktor
jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan.






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, April 6

99% lelaki beristeri lebih sayang kepada anak.. opss!!



1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada
 isterinya. Hal ini dibuktikan, jika sependa anaknya melorot
pasti diangkatkan, tapi jika sependa isteri yang sudah
 londeh malah dilorotkan lagi... hahaha yeker??

2) 99% lelaki beristeri yang sudah punya anak, kalau lihat
Anak orang lain pasti ingat anak sendiri tapi kalau lihat
isteri orang pasti lupa isteri sendiri... kehkehkeh betul tak?

3) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri
kerana anak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri
 hanyalah "Penyepit Daging"... hahahahah... apakahh??

4) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak kerana kalau
 anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri
 yang sudah pakai baju malah suruh dibukakan baju... hii hii hii

5) 99% lelaki yang beristeri lebih memberikan perhatian
 pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk berdiri.
 Kalau isteri, dah berdiri pun malah disuruh tonggeng pula... opss!

6) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak.
Dibuktikan ketika malam hari, anak sedang asyik main
 tapi dirayu-rayu untuk tidur. Kalau isteri yang sudah asyik
  tidur pula dirayu malah diajak "main".. haha main apa la tu kan..!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 5

Dah tua pun mesti sambut besday ye?

lambat update... takpe kiranya entry berbasa basi ni ya..
takde ke mana pun 25 mac senin tu.. cuma ke ipoh je..
malam 24 mac tu jenjalan kat lumut.. saje nak teringat memori lama
jenjalan kat sana dolu2.. sambil2 tu tengok ekspo..
jalan-jalan jadi besday gurl cam bebudak her her!

siang senin tu ke ipoh.. selesaikan beberapa urusan..
pastu nak makan sedap dan menepati selera
kami makan nasik arab di Hadramaot Paradise.. tiap2 bulan mesti 
datang sini makan nasi arab.. saya pun dah mula ketageh!
sangat sedap hokey nasi arab ni...sampaikan orang arab 
tu pun dah kenal kami.. tiap kali datang kami makan,
dia tolong pegangkan nawfal.. suka sangat dia dengan nawfal..


terima kasih buat daddy nawfal dengan hadiah yang diberi..
meskipun terlewat sikit akibat kealpaan takpe maaf diterima..
terima kasih dengan nyanyian dan gitar yang dimainkan pakai ipad..
pakai ipad pun boleh la.. bunyi nya pun sejibik cam gitar betul..
pasal gitar betulnya tersimpan rapi malas nak pegi ambik..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, April 3

Alaaa sorila ek.. ala sori laaaaaaa!!



nak mintak sori kat sapa? sori kat blog muruk ni..
dah la usang.. tambah sawang lagi sana sini..
maafkan tuan blog wahai blog.. tuan blog mu ini bizi sekali..
update blog sekali sekala.. nak blogwalking dah jauh ketinggalan..

selesai buat coklat hadiah sebab jadi penaja sebuah butik baju..
kini gigih buat catalog dan flyers untuk promosi akan datang..
catalog tu khas buat sedara mara jiran tetangga yang mana 
takde internet nak tengok page dan blog coklat saya..
buat catalog mudah la untuk diorang membelek produk saya kan!

bermula  april ini sehingga september saya dah mula dapat tempahan..
hantaran perkahwinan, pertunangan, cenderahati, hadiah dan raya..
harap saya dapat buat dengan jayanya nanti tanpa ada halangan..

maka sebagai tanda sori kepada blog ini.. saya kasik gambar!!
moga blog ini mahapkan saya sebab saya cibuk cangat wuwuwuw...

mummyy!! jangan abaikan blog.. nanti nuffnang merajuk baru tau!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, April 2

Tips Penjagaan Laptop



Laptop masih digunakan lagi meskipun banyak gadget2 terbaru 
 di pasaran.. tapi kalo tak dijaga dengan baik, nanti mudah rosak.. 
aper kater anda cuba tips ni.. mana tau laptop anda boleh bertahan lama. 
nak beli bukannya sepoh hengget.. beribu2 harganya... so, ikut tips ni.. 
mudah2an laptop anda bertahan lama..

1. Bateri - Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan
 menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus
 sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan
 keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak
menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan
 terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita
tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari
 yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.


4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.


5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection
(tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan 
mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

sumber : dapat dari email






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, April 1

Cara Memandikan Bayi




1) Masukkan air suam dan periksa air dengan siku.
Jangan menggunakan air sejuk kerana suhu badan bayi
 akan menurun atau hiportemia. Badan bayi mudah terkejut
terkena air sejuk, menjadi biru dan berisiko untuk terkena sawan.
Disarankan juga tidak memasang kpas angin dan membuka tingkap.
Alasannya untuk mengelakkan bayi cepat berasa sejuk.

2)Waktu sesuai untuk memandikan bayi
sekitar 10 pagi dan 5 petang

3) Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung bayi
dengan kain napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah 1
Cuci muka bayi dengan kapas atau sapu tangan yang dicelupkan
dalam air suam. Lapkan di bahagian mata dahulu.

Langkah 2
(Bersihkan kepala bayi) Ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi
 dengan jari untuk mengelakkan air masuk ke dalam telinga.
 Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.
Ketika ini sikat rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat.
Keringkan rambut bayi sebelum ke proses seterusnya.

Langkah 3
Siram badan bayi sedikit demi sedikit, gosok badan bayi menggunakan
sabun mandian bayi. Bersihkan dibahagian lipatan seperti paha, ketiak,
 kaki dan punggung. Akhir sekali bilas dengan bersih dan lap sampai kering.

Langkah 4
 Jika tali pusat bayi belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum
 bayi dipakaikan baju. Gunakan kapas bersih bersama air suam atau
 ubat khas cucian pusat bayi. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah.
 Kemudian lap di sekelililng pusat dan bersihkan klip tali pusat.
Satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan "infection".
Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang
 minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan doktor.

Langkah 5
 Bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak pada
bayi serta dipakaikan baju bayi.

PENTING: Ibu wajib menyusukan bayi selepas mandi
 kerana bayi akan berasa lapar selepas mandi.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...