Bukan Blog Kamu: October 2012

Wednesday, October 31

Giliran saya jadi emak pulak



Semenjak berbaby ni mood untuk menghiburkan diri dengan internet
dan menonton TV pun dah kurang.. kalau ada masa terluang sikit
waktu baby tidur barula bukak internet.. tengok2 sekejap patu tutup..
selebihnya saya nak berehat dan tidur.. Hiburan di kala ini adalah 
melayan encik baby la.. hehe.. memang indah bila dah jadi omma kan..
Masih dalam tempoh nak berhanimun dengan si baby..

Dah 16 hari beliau lahir.. setakat ni Alhamdulillah beliau tak meragam..
cuma menangis nak susu, menangis nak tidur, menangis bila kegelian
akibat pampers dipenuhi dengan bahan buangan beliau sahaja..
kenyang perut dengan susu badan memang beliau akan tidur nyenyak
sehingga tersengih sorang2 dan ketawa mengekek2 dalam ketiduran..

oh kenapakah begitu......?

Buat suami yang nun jauh di perak sana.. (silent reader blog ni hehe)
binimu ini sedang mengalami selsema la pulokk.. makan ubat selsema.. 
memang mengantuk la sepanjang masa.. tak lupa jugak nak ucap 
jutaan terima kasih yang tak terhingga pada anda wahai cik asben 
yang telah menjaga saya dengan sangat baik sepanjang tempoh 
saya mengandung.. semoga Allah sahaja yang membalas jasa 
budi baik anda... bila dikenang semula.. alahai.. sedih plak rasa..

dari satu penyakit ke satu penyakit yang hinggap pada saya
sepanjang saya mengandung.. mujurlah anak tak ape2..
segala-gala ada hikmahnya.. syukur Alhamdulillah..

Tuan blog : belum ada mood lagi nak publish entry pengalaman
 bersalin saya tu.. ada rasa sedih & fobia yang tak habis lagi hehe

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 29

Isteri-Isteri Sentiasa Dara.. bestt!!






Petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam
 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 


('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
 Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu 
untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, 
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
 Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan
 diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga Insyallah...


PETUA DARI 
Dr. Fatimah Az-Zahra 



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 26

Gempar : 2 Peragut Mati Disembelih!!





Pontian - 24/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang
 telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kayu Ara Pasong,
 menurut saksi, Haji Jassoleh 48, salah seorang penduduk tempatan
yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar
 parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...
tapi sempat dihalang oleh jiran-jirannya.

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak
ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,
Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula
 yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya
menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...

Dengan takbir yang bergema... dia telah sembelih peragut tanpa
rasa belas kasihan... darah menyembur keluar, orang tempatan
 tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu, kerana yang
 disembelih itu ialah seeokor kambing dan seekor lembu condo
yang meragut rumput di sembelih untuk hari raya korban...


kusyuk baca nampakk?? hihi jangan marah yeee..

saya pun terkono.... Selamat Hari Raya Kurban!!
kupipes dari fb




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, October 24

Senarai Peserta Maharajalawak Mega 2012



yeay Maharajalawak kembali lagi.. tak sabar nak tengok!
Program ini akan disiarkan secara langsung bermula 16 November
macam biasa di astro warna dan astro mustika HD..

Masih mengekalkan format yang sama tapi ada 4 juri tetap tahun ni..
2 dari Malaysia, 2 lagi dari Singapore dan Indonesia..
Jum tengok senarai peserta Maharajalawak Mega 2012 tahun ni.. 

Malaysia
1. PI MAI ( Imuda & Mat Over)
2.  JOZAN (Johan & Zizan)
4. SABON (Abon & Sathia)
5. JAMBU (Taukeh & Yus)
6. R2 (Rahim & Wan Lopez)
7. SHIRO ( Shahrul & Ajak)
7. BOBOI (Afdlin Shauki, Nabil  & Harun Salim Bachik)

Indonesia
1. SAYWHO (Eko, Bocil, Vicha)
2. The Bandung Jokers (Dodon, Amin, Aman)

Singapore
1. DADIDU (Bobo, Ar Badul, Arif Sudin)

Tuan Blog : Alaaa.. nape sepahtu tak masuk ek??
bila tengok senarai peserta ni macam dah tau je sape menang hehe



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wordless Wednesday # Tali pusat kene cabut?






Harini 24 oktober.. tarikh jangkaan bersalin saya sepatutnya..
tapi dah keluar 15 oktober yang lalu.. dan baru harini tertanggal 
tali pusatnya yang menjadi penyambung makanan antara kami..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 22

Selamat Datang ke Dunia Putera Sulung Kami






Phuhh.. phuhh... berhabuk sudah blog kecintaan saya selama seminggu..
Alhamdulillah.. Saya selamat melahirkan seorang putera raja sulung 
pada 15 Oktober 2012, Isnin yang lalu pada jam 1.06 petang seberat 3.15kg
di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh secara cesarean...


Selamat datang ke dunia baru wahai Isaac Nawfal B. Amirul Khairudin
dah 7 hari umur beliau.. maka boleh la register nama hari ni... yeay!
 ada kisah menarik di sebalik pemberian nama ini.. meh saya cerita..

Saya minta pada suami untuk menetapkan nama pada hari ketujuh
kelahiran beliau dengan mengikut petua yang saya pernah saya 
kongsikan sebelum ni - TIPS MEMBERI NAMA ANAK..
Dengan membaca surah tertentu dan hembuskan pada anak
dan lihat respons baby cemana kan? suami saya pun buat..
dan nyata sekali baby ni memberi respon yang buat kami
ketawa berdekah-dekah sampai menangis hahaha...



Kami ada 2 nama pilihan terakhir... bila sebut nama yang pertama
sampai 7 kali panggilan.. takde sahutan.. diam, tidur membatukan diri..
tapi bila suami memanggil nama ISAAC NAWFAL tiba-tiba
dia berdehem lalu mengangguk kepala dengan laju.. SUBHANALLAH!!
lalu kami gelak tanpa guling2 sampai keluar air mata dengan respon 
beliau ni... tapi sayang, kenapa la saya tak terfikir nak amik video
baby ni buat jadi kenangan.. alahaiiii.. next baby lah..! haha..
Kami test lagi panggil.. dia tersengih pulak... ha confirm la tu!

Tuan Blog : Saya lambat update sebab baru discharge dari wad
sabtu yang lepas.. nak online pun tak dapat.. lagipun saya dan baby
tak berapa sihat.. sebab tu lambat keluar.. nanti2 saya cerita pasal
pengalaman bermastautin di hospital selama 6 hari ya..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

10 Cara Nak Takutkan Jiran Anda hehe




1) Kat belakang rumah gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian
 letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata
 "Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur, nak berkebun", 
sambil menyiram air mawar keatas 'kubur tipu' tu...
lagi wangi lagi real... tabur bunga2 sekali okeh..

2) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, 
ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV
 mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap 
mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah
menonton cerita 'Khurafat'. Kalau boleh, pakai jubah putih 
dan lakukan pada malam hari....

3) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali 
buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi
kena pesan ke alamat mereka...

4) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda
 daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman
 atau pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan,
 kata "Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!".

5) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong 
sampah
 mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je "Tong sampah
 saya penuh dengan mayat.. eh.eh... sampah... hehehe".

6) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar,
 majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak
 suka membaca bahan bacaan kotor.

7) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda
'Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon' depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal
dari kerabat diraja Marikh.

8) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan
 kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai
 hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan
 selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun 
boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk
 diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada
 sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda
 ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat 
benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup...

10) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan
 pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely
 dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda
sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror... .!

ape-ape pon, tak baik laaa anda buat gini.. 
berbaik-baiklah dengan jiran anda yer..
tanpa jiran saper lah anda...
kew kew kew....



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, October 11

Saya nak beranak dah...


38 minggu sudah.. saya sedang menghitung hari..
kadang2 perut dah mula mengeras.. pinggang dah sakit..
kat bawah perut dah mula sengal2.. cuma tak selalu..

Kalau saya tak update blog, FB atau tak blogwalking tu maknanya
saya dah ke spital la ye.. manalah tau dah ada tanda nak bersalin,
kalau sempat saya update la blog kejap.. hehe boleh ke camtu?

Bersalin kat mana pun tak tau lagi.. tengok la mana2 spital besar
yang terdekat.. sebab saya akan berpantang di rumah mak saya di N9..
nak carik spital besar je.. spital kecik tak main..hehe sebabnya saya punya
 buku pink tu ada sticker merah.. ada risiko sikit.. yang dah mengandung 
tu tau la kot apa tu sticker merah ye tak hehe..

Checkup baru2 ni semuanya ok.. takde apa nak dirisaukan..
cuma kesihatan diri sama ada kuat atau tidak je masa bersalin..
moga penyakit saya tidak mengganggu saya la nanti...
doakan saya ya.. dan juga nak mintak mahap pada semua orang
yang baca blog ni kalau ada salah dan silap saya hihi...

Tuan Blog : Petang ni nak ke Ipoh teman cik asben main bowling
kat ipoh parade.. ada tonemen katanya.. saya takde la main, cume 
jadi pompomgurl untuk beliau jela.. hehe..masa ni la nak jenjalan..
kasik nak senang beranak kata orang heh heh heh..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, October 10

Lagu sekarang kenapa?



Tertekan lagu ni di youtube.. pestime dengar terus tersuka!
baru tak baru ada 2,3 tahun dah rupanya lagu ni.. tak tau pun!
antara lagu baru yang berkonsepkan lagu slow rock macam dulu2..
saya peminat lagu lelama... 80an.. 90an.. lagu sekarang tak 
sesedap macam dulu lah.. tak minat langsung nak dengar lagu skang..

lagi pulak lagu seberang lagi glamer dari lagu kita skang ni..
lagu skang cepat muak la kalau sedap pun.. tak macam lagu lama2..
dengar banyak kali pun tak bosan.. tak tau la kenapa..
ada sesape peminat lagu lelame macam saya tak...???
tak minat takpe.. kalau minat mesti kata saya betul kan heh heh 







Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

WW # Mula-mula benci.. pastu suka


Tiap kali interface baru ni tertukar dengan sendirinya saya mesti tukar
balik pada yang asal.. tapi sekarang dah tak boleh tukar dah..
mula-mula memang tak suka betul.. tak tentu arah je nak tekan mana..
tapi bila hari2 godek2.. oh sukanya! betapa mudahnya yang baru ni..
lagi senang dari dulu... anda bagaimana wahai blogger-blogger? hehe



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, October 9

Kalau tak merungut tak boleh ke?


Joyah : Bert, dah complete barang baby? ape kata ko tengok satu blog
member aku ni.. dia jual barangan bayi.. aku baru je order..
cantik2 dan murah pulak tu.. jom support member aku tu jom.. 

Bert : ha boleh la jugak usha2.. bak mai sini link blognya....

Bila dah usha2.. memang murah la... bisnes online la katakan...
tak sempat nak order bagai.. 2 hari lepas saya dipromo tu tetiba
joyah mesej saya balik.. saya pulak naik pelik.. aritu beriya je haha..

Joyah : eh tak payah la ko order dengan blog tu.. buang masa je..
kalau nak beli ko cari la blog lain ke atau ko pegi mana2 butik baby ke..

Bert : eh pehal ko.. aritu beriya sangat promo kat aku.. ni tak jadi plak..

Joyah : aku kecik hati dengan member aku ni.. ye aku ngaku aku ni
cerewet dan banyak cengkadak.. bukan aku tak tanya.. dah tanya
elok-elok.. dia pun layan aku ok je.. tapi tak sangka belakang kutuk plak..

Bert : cer cerita ape kes macam merajuk je bunyinya ni hehe...

Joyah : aku order baju, pastu last minit aku nak tukar design lain
tapi aku tanya dulu dia dah pos ke belum, kalau belum pos nak mintak
tukar sebab terberkenan dengan design lain plak.. rambang mata aku
nih hehe.. dia cakap boleh je sebab belum pos cuma dah bungkus la..
aku tanya la tak kisah ke sebab dia dah bungkus.. dia kata ok je..
so aku anggap dia tak kisah la pape.. alih2 dia buat status kat FB..
dia ingat aku tak boleh baca ke ape dia merungut tuh? aku terasa la..

Bert : tacing ko neh.. status dia ngate ko ke.. ke ko je yang terasa..?

Joyah : dia dah la member aku.. tapi takde la rapat sangat pun..
cuma nak tolong member punya pasal aku pun nak beli la barang dia..
tapi bila dia dah ngate aku, so sorry to say la nak promo blog dia
kat kawan2 aku pulak.. tu la last dan pertama kali beli barang
kat dia.. lepas ni.. lantak dia lah.. pandai2 lah nak berniaga.. 
dia tak tau ke untung kawan ngan aku ni.. aku ni ramai kawan
banyak kabel boleh promo blog dia tuh.. huh.. rugi la dia.. haha..

Bert : status dia kata ape kat ko?

Joyah : alaaa dia merungut la, walaupun dia tak sebut nama aku
tapi aku paham la apa maksud dia tu.. dia kata aku mengade2 la..
banyak cengkadak la.. cerewet la.. menyusahkan dia la..
eh macam2 lagilah.. sakit plak hati aku nak ulang balik.. pastu aku
usha lagi status dia lain2.. memang kuat merungut pada kastemer
la perangai dia.. ishh tak berkenan aku.. patutnya dia buat la status
pasal ramai kastemer puas hati ke.. ape2 yang baik la tentang bisnes dia..
tapi kalau asyik merungut je cemana nak maju.. tambahan lagi dia 
tak sedar ke yang dia tu jugak seorang pelanggan kepada peniaga lain..
takkan tak pernah ada rasa cerewet.. dah nama pun pompuan..
dan dia tak perasan ke, dengan adanya pelanggan la baru dia 
dapat untung.. seolah-olah tak reti bersyukur dan mengutuk rezeki
dia la.. ragam pelanggan kan macam2.. so layan jela.. dah kata
nak berniaga.. orang kata 'pelanggan ni selalu betul' kalau
nak rezeki melimpah ruah bersyukurlah.. jangan merungut..
kalau tak puas hati pun tak payah jaja kat FB.. ramai orang tau dia
orang bisnes... ade ke patut kutuk pelanggan.. haihh.. lantak dia lah..

Bert : amboi panjangnya bebelan kat aku.. masuk blog bess ni haha..

Joyah : ko ni tak abih2 blog.. sume nak masuk blog.. ha bagus gak
kalau ko nak cerita tapi jangan sebut nama aku.. aku ni glamer.. hehe
blog tu pun jangan sebut pulak.. kang tersekat pulak rezeki dia..
pandai-pandai la budak tu nak hidup.. malas aku layan dah..

Bert : okla.. biarlah.. kalau ko rase tu member ko.. nasihatkan lah dia..
mana tau dia boleh ubah perangai ke.. ataupun nanti dia tau la sendiri
gamaknya.. bila bisnes dia merosot ke hape ke...

Lepas tu.. kami sembang hal lain pulak.. takyah la cerita ya..
so pada peniaga2 tak kira la online ke atau ada store 
jangan merungut pada kastemer anda.. nak merungut pun
jangan la sampai kastemer anda tau balik.. hehe kan naya..
ni entry auto ya.. nak pegi checkup 37w.. balik nanti saya BW..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 8

Bertudung.... tapi...



1. Ada yang pakai tudung singkat. Maka nampaklah 'kegebuan' leher
dan dadanya. Sedangkan dalam al-Quran yang meminta wanita
melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang
pakai T-shirt tanpa lengan dan ketat pula. Bahaya mendedahkan
lengan yang 'gebu' itu. Ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan
dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk,
nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur muntut.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.
Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk muntut pun terserlah.

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' lagi. Apabila berjalan,
terserlahlah 'kegebuan' betis, kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat,
macam skirt mini. Achaner tuu?

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan
berwangi-wangian. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan
pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang.
Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak.
Satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya
sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat.
Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika
melihat aurat perempuan. Jadi untuk selamat dunia akhirat,
lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
wallahua'lam

**Sendiri pun terasa dengan entry ini.. ingatan bersama :))**


email





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

NESTUM 3 RASA... hahaha



Setiap kali kalau saya tengok nestum mesti rase nak gelak..
sebab saya ader cerita benaar2 terjadi pasal nestum ni....
terdengar sebuah dialog antara ibu dan anak secara live...
dengan pantas saya tergelak2 akibat salah paham itu....
lebih kurang gini lah ceritanya.. hehe



Emak :  Rozaimie, (bukan nama sebenar) kamu nak minum?

Anak : boleh jugak mak...

Emak : kamu nak minum aper? boleh mak buatkan...

Anak : Tak kisah la mak... ape2 pon boleh...

Emak : Mak buatkan nestum 3 rase boleh?

Anak : Nestum 3 rase?? dah macam siakap 3 rase plak. air ape tu?

Emak : Ni nestum ni cakap 3... 3 rase la kan...??!

Anak : (tersengih2) bukan nestum 3 rase tapi nestum 3 in 1 la mak..

Emak : ooo.. ingatkan nestum 3 rasa...



Saya : hehehehehe gelak teresak2 dalam hati.... 



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 5

Petua Mendapatkan Anak Kembar






Manalah tau ada di kalangan kita teringin nak anak kembar..
yang dah dapat macam kak emme ni bertuah! rezeki Allah namanya..
boleh la cuba baca info berikut.. sekadar berkongsi.. :))




1. GENETIK
 Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu
 mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah
diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah
 penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR
 Perempuan yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi
 yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini,
 kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan.
Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan
 lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
 Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak,
 lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT dan KETINGGIAN
 Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai 
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
 Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen
 yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
 Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian
 seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi,
 sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Sekadar info aje.. rezeki tetap di tangan Allah :)))

sumber

nak tau banyak lagi?  klik INFO KEHAMILAN



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

PAKWE TAK GUNA!! Tak boleh buat suami ni haha






Hello sayang...

Kenapa sayang tak nak angkat tepon? janganlah sayang merajuk 
lelama sangat, betui.... abg tersangatlah rindu
kat sayang...... walaupun muka abg ni agak macho dan comel....
janganlah sayang jeles kat abg kalau2 ada awek lain yang asyik
pandang2 dan senyum2 kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa......tak muat.....???
kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apesal
la tak muat pulak? duit cincin yang sayang bayarkan tadi..
esok2 abg bayarla balik kat sayang.. sayang pun sedia maklum....
abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card
 baru kat pc abg.. RAM pun abg dah beli yg baru..tambah lagi sekeping...
kasi power sikit.. tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh....

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la...
abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh.....
soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih...
sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong
abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh???

buat masa ni motor abg masih dalam wokshop.. ntah apa ntah pomen
 tu buat tak siap2 lagi.... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la 
yee untuk pergi keje..... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh....
sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...........

lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....
sayang tolongg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye...
bukan apa......Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii....
motor kapcai abg pun tak camni.......

okeyla dah cakap lama ni.. jangan lupa top up kan prepaid abg nii......
esok2 senang abg nak call sayang lagi..........

sekadar hiburan.. tade kene ngene ngan sape pun hihi

dari email..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tips Meneran dalam Labour Room




saya tengah menghitung hari nak bersalin ni..
sibuk lagi mencari tips itu dan ini haha...
lalu terjumpa panduan ni.. lalu saya nak kongsi kat sini..
lalu saya nak kongsi pada bakal ibu-ibu yang mungkin
sedang mencari info macam saya carik ni... jum baca jum..



1. Tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tu)
Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit
kelangkang tu ha macam mana baby nak keluar?  Tangan pegang
erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan dalam pada
masa yang sama bukak kelangkang anda ya... jangan katup2..

2.  Tarik nafas panjang-panjang dengan mulut tertutup.
Apabila meneran, angkat kepala dan letakkan dagu di atas dada,
mata terbuka dan memandang perut sendiri. Meneran seperti 
nak terberak tau. Bayangkan kalau sembelit seminggu, acaner tu?

3. Meneran bila perut tengah tegang atau sakit aje ya..
Bila tak sakit tak payah meneran, tak ada guna kalau buat camtu..

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis.
Jangan menjerit-jerit. Memekak je nanti. Anda sembelit nak
 terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan?
 Sebabnya akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.

5.
Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat sini.
Buat penat je nanti. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak
 terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan
 meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat.
 Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

6. Baca bismilah atau sebaiknya baca doa Nabi Yunus tu kalau
teringat la atau bace jela ape2 yang teringat masa tu hehe..

7. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi
pada payuda anda supaya baby kenal puting ammanya sendiri...
 Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby anda selepas melahirkan,
itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu.
 Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi anda balik. Bertenang suddeyy..

8. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. 
Balik rumah boleh buat. Ini akan menganggu nurse atau doktor
yang nak menjahit apa yang terkoyak di sana..

Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan suami anda supaya
dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita mungkin terlupa
dek menahan sakit. Bila suami dah tau senang la dia guide kita.

Sila baca PETUA MUDAH BERSALIN mana tau boleh membantu?





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...