Bukan Blog Kamu: September 2012

Friday, September 28

Kini tiba masanya... sob sob sob..


Terfikir niat di hati nak cash outkan earning dalam nuffnang hari ni 
untuk pertama kalinya setelah sekian lama menabung.. :))

Semenjak register nuffnang pada tahun 2010 dulu
(lambat register sebab baru tau pasal nuffnang setelah 2 tahun 
blogging tanpa nuffnang) puas la belajar macam2 pasal nuffnang
terutama cemana nak dapatkan BE atau sekarang digelar CPUV..

Rasa sedih plak nak keluarkan.. haha.. sebab ingat nak simpan lagi..
takde la cecah ribu riban lagi sebab saya bukan blogger femes emes pun hihi.. 
Terfikir lagi, dah terbayang di minda nak buat contest sangat mudah
selepas saya terima cek nuffnang ni.. nanti join ya?



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, September 27

Orang brek dia pun nak brek.. haha



Sewaktu meronda-ronda di pekan Teluk Intan bebaru ni,
 cik asven telah menekan brek dengan tiba-tiba sebab 
nak memasuki sebuah simpang kerana beliau hampir terlajak..

Saya terkejut tidak terkentut tambahan lagi perut saya yang
memboyot ini turut kedepan dengan sendirinya.. kenapa?
serentak saya rasakan tatkala cik asven menekan brek, 
perut saya juga berbonjol ke depan seolah2 ada gerakan kuat
yang menekan brek juga di dalam perut yang memboyot ini...

Lalu saya menyaun cik asben ini "nape tekan brek tetibe?,
tengok baby ni pun dok tekan brek.. tak caya cer rasa"
cik asven pun membalas "hehehe sori baby.. terlajak plak"
senak kejap akibat baby menekan brek kat dalam perut.. hihi

BERT : Dapat call dari klinik semalam suruh datang pagi ni
 ketemu doktor untuk checkup lagi... hari ni dah masuk 36w oii..
 menghitung hari nak beranak pinak pulak ni.. huhuhu...
petang ni nak ke pekan Teluk Intan lagi untuk misi tertentu
 mencari sesuatu.. harap tak senak lagi perut... nanti balik
saya BW ye.. macam biasala buat entry autopublish je...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, September 26

GOPINANTH JAYARATNAM DISERANGGGG!!



Gopinanth dah mintak maaf lah...


Kes apa dia mintak maaf? sebab dia buat status hina Islam...


ada yang minta bersangka baik...
ada yang minta memaafkan beliau..
tak kurang juga ada yang mahu membunuhnya...
malah mencaci maki hamun pun ramai..
sebab ape?


sebab nila....



ada yang dah buat tindakan sendiri...
rumahnya kene seranggggggggg!!!

apa fikiran anda....?
hanya Allah yang tahu segala-galanya............



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, September 25

Cara-cara Buat Air Selusuh



Minggu lepas saya buat entry Petua Mudah Bersalin..
ada plak yang tanya air selusuh tu cemana nak buat..
maka dengan rajinnya saya carikla cara cemana nak buat..
bukan takat penanya tu nak guna, saya pun nak guna juga hehe..
apa lagi air selusuh buatan suami sendiri lah yang terbaik...



BAHAN-BAHAN
- Air kosong (kalau ada air zamzam lagi bagus!)


KAEDAH PENGUBATAN
Suami tercinta anda haruslah membaca doa rangkaian di bawah ini..
dan sebaiknya minum air ini tika saat nak bersalin.. jangan minum awal..
Boleh juga disapu pada perut isteri tercinta juga sebaiknya selepas
Asar sambil berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin...


DOA YANG DIBACA

1. Surah Al-Fatihah

2. Selawat Syifa'



3. Surah Al-Hasyr : Ayat 21-24



4. Doa Selusuh

Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang
diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya
(sebut nama isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu,
wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya"


5.  Doa Dipermudahkan
Terjemahan : "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan
kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah
adalah mudah bagiMu... Ya Allah, sempurnakanlah dengan
kebaikan dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Susulan kisah mangsa langgar lari..



Saper yang ada terbaca entry lepas yang saya buat tentang

Mengikut berita yang disahkan, orang yang melanggar lari itu
ialah seorang perempuan..!! masuk lorong motor tanpa signal
dan tak tengok cermin sisi langsung! dan akhirnya melanggar
abang ipar saya ini.. tergolek2 beliau terjatuh ketika perjalanan
ke tempat kerja dan menyebabkan kecederaan dalaman
sehingga ada satu jarinya patah dan dimasukkan besi untuk pemulihan..

Tapi tak boleh lari kemana, report sudah dibuat, pemangsa sudah 
dikenal pasti.. sebab rakan abang ipar saya ini sempat menyalin
no plat kereta terbabit.. lagi pulak cermin sisi nya pun patah..
disimpan dan dibawa oleh rakannya ke balai polis sebagai bukti..

Maka kita, bertanggungjawablah apa yang dah kita buat..
memang menakutkan bila dah langgar orang.. kalau saya pun 
cuak.. tapi jangan lari.. kesian mangsa yang dilanggar kan...
Buat abang ipar saya ini, saya ucapkan selamat sembuh
dan selamat hari jadi pada hari ini.. moga dipanjangkan umur
dan diluaskan rezeki hendaknya... aminnnnnnnnnn.. :))




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, September 24

Nak Mintak Cerai............ :(((




Boboi : Ayah, mak nak minta cerai....

Ayah : Ape!!!! (terus pegi dapur) Sayang!!...  
Kenapa U sanggup buat abang macam ni??
 Dah la suruh anak kasi tau plak tu!!

Emak : Kenapa abang ni?.. tiba-tiba mengamuk?

Ayah : Ape bende yang sayang minta cerai tu nape?
 Siap pesan pade boboi lagi tuh... ish tak pahamm!!

Emak : Abg ni emo tak tentu pasal kenape??
 Saye minta Serai bukan Cerai. Dah pegi amik kan serai
 saya nak masak ni... grrrr... grrr....

Ayah : Hoh..Boboi pelat!!!!!!


*tergelak baca copy paste dari FB masuk sini*





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, September 21

Petua Mudah Bersalin





Saya dah masuk 35weeks.. ikut due 24 Oct ni la...
Ramaila kawan2 dan keluarga bagi petua mudah bersalin..
saya tanya juga pada yang dah ada pengalaman..
tak kurang jugak tanya pada pakcik Google..

Setelah dikumpul-kumpul beberapa petua itu..
maka saya nak share kat sini untuk kegunaan sendiri
dan juga pada yang bakal jadi ibu atau ibu yang nak 
beranak pinak lagi nanti hehehe...

1) Minum Minyak Tanak
- Minyak tanak ni ialah santan yang dimasak sehingga menjadi minyak.
Bermula 6 bulan kandungan, minum sesudu teh sekurang-kurangnya
 3 kali seminggu.. Bila dah masuk 9 bulan minumlah setiap hari..

2) Telan Telur Ayam
- Telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu 
sebelum nak melahirkan anak..

3) Minum Air Zamzam
- Sekarang dah mudah nak beli kat pasaraya banyak jual..
bagus amalkan minum air ini untuk penawar segala penyakit..

4) Minum Milo / Susu Campur Majerin
- Bancuh milo/susu dengan 2,3 sudu majerin untuk laluan senang terbuka
Sebelum minum tu baca Selawat, Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus

5) Minum Air Kelapa
- Amalkan minum air kelapa dah dekat2 nak bersalin tu..
Selain mencantikkan kulit bayi, ia juga boleh membantu mencuci 
 kepala bayi itu sewaktu keluar dari lubang faraj..

6) Minum Air Selusuh
- Nak beli pun boleh.. suami kene buat untuk isteri adalah terbaik..
Jum ke artikel > CARA-CARA BUAT AIR SELUSUH

7) Makan Kurma
- Bagus makan kurma selain dari segi khasiatnya, ia juga membantu
memberi tenaga untuk meneran.. Amalkan makan dalam bilangan ganjil..

8) Makan Sayur Bendi
- Sayur bendi mengandungi lendir, lendir ini dapat membantu 
memudahkan bersalin.. Amalkan setiap hari..

9) Minum Air Akar Fatimah
- Rendam akar fatimah ini dalam air suam, dan minum airnya
disusuli dengan Selawat Nabi dan doa semoga dipermudahkan..

Semua di atas adalah dari segi pemakanan, mungkin ada lagi..
tapi setakat ini sahaja yang saya dapat.. Pilihlah mana2 yang anda
suka, nak makan semua pun bagus juga kot hehee... ada lagi petua
yang bagus2 saya selitkan sekali kat sini...

1) Amalkan Surah atau Ayat dari Al-Quran
- Baca surah Maryam
- Baca surah Al-Imran ayat 38
- Baca surah Al-Insyiqaq ayat 1- 4
- Baca surah Abasa ayat 20
- Baca surah An-Nahl ayat 78

2) Doa Nabi Yunus
- Baca doa ini masa dah contraction berulang kali sampaila bersalin

3) Solat Hajat
-  Buat sembahyang hajat bersama suami moga dipermudahkan
dan minta suami baca surah Al-Imran ayat 38 tu dan usap perut
ibu setiap hari... Insyallah mudah melahirkan dan anak akan sihat,
baik dan mendengar kata orang tuanya...

4) Banyakkan Berjalan
- Berdatinglah dengan suami anda ke taman ke, pergi shopping ke,
turun naik tangga pun bagus.. Jangan malas nak berjalan...

5) Senaman Ringan
- Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian
berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu..
- Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki
kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina..

6) Minta Ampun
- Mohonlah kemaafan dan doa restu dari suami dan ibu kita
sebelum bersalin tu.. semoga dosa kita pada mereka terampun..

7) Kerap Bersama Suami
- Make love dengan suami sendiri ya bila dah masuk 36 weeks++
sekerap mungkin.. kira dalam seminggu tu buat le 2,3 kali ke hehe..
jangan ganas-ganas sangat... slow and steady aje bagus lahh..
Orang kata ini la selusuh semulajadi bagi memudahkan laluan...

Ada sesape nak tambah?? boleh la cuba nanti ye ibu-ibu semua :)))

Nak tahu lagi tentang kehamilan? klik Info Kehamilan


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Mangsa Langgar Lari.. apakan daya!

Takziah buat abang ipar saya kerana terlibat dalam kemalangan...
Beliau menunggang motorsikal di bahu jalan dan dilanggar oleh
kereta gila yang suka menyelit-nyelit di kala kesibukan rakyat
kota bekejar ke tampat kerja masing-masing...

Beliau tercampak di tepi jalan sambil terlanggar divider kot
dan mengakibatkan kecederaan ringan tetapi salah satu
jemarinya telah patah.. nasib baik beliau tidaklah cedera parah..
Lebih malang lagi, pemandu yang melanggarnya hanya berhenti 
seketika dan lari begitu sahaja.. Nasib baiklah kawan pada abang
ipar saya itu ada di kala itu sempat merakam no plat kereta
yang melanggarnya dan terus membawa mangsa ke hospital..

Sangat benci dengan manusia yang tanak tanggungjawab ni..
dah langgar orang patu lari plak.. takpe.. Tuhan tu ada..
hari ni mungkin dia terlepas.. esok lusa apa pulak nasib dia..

Kereta diconteng?... jahatnyaaa!!








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, September 20

GEMPAR!! : Misteri Hantu Lesung Batu... haha




2,3 minggu yang lepas ketika dalam bulan Syawal
terdengar dengan jelas bunyi lesung batu dari tingkat atas
jam 5 pagi lebih kurang.. cik asven kejut saya dan bertanya,
"dengar tak bunyi batu tumbuk tu?" dan saya menjawab
dengan mengantuknya... "dengar.. orang atas nak puasa 6 kot"
(Saya duduk rumah tingkat 1, kuarters guru 4 tingkat)

minggu lepas kecoh lagi bunyi lesung batu waktu maghrib pulak
lama sangat sampai 2 jam bunyinya tanpa henti.. saya dengar...
tapi beranggapan orang atas nak masak makan malam la..
tapi saya takde pun dengar sampai 2 jam.. orang atas yang bagitau..
kuarters ni didiami 5 keluarga sahaja.. masih ada 3 biji rumah kosong
yang belum pernah diduduki oleh sesiapa pun sejak dibina...

setelah disiasat salah seorang dari 5 keluarga itu, nyata takde 
sape pun yang menumbuk lesung batu pagi2 buta dan waktu
maghrib tu.. ada yang keluar.. kalau ada kat rumah pun 
takde pulak diorang ketuk lesung batu lelame camtu..

ntah.. saya selalu je dengar.. tapi buat bodoh je..
dalam kepala fikir ada orang masak2.. tak terfikir pon 
soal mistik.. tapi kalau dah diorang tak ngaku...
hmm sape pulak yang ketuk batu tu..............................





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, September 19

Komen tak sepadan dengan entry?


Saya terfikir nak buat entry ni bila mana saya terbaca dari
entry kak Rai yang mana beliau menyatakan yang beliau
pernah terima komentar dari pengomen mengomen yang
komen itu tidak padan dengan entrynya...

saya juga turut tergelak dengan penyataan itu kerana saya pun
pernah terima komen dari pengomen yang mengomen tidak 
padan dengan entry... cerita lain.. komennya lain.. hahahah..

saya rasa faktor komen tidak padan dengan entry sebab :

1) Pengomen nak BW cepat2.. banyak blog nak diterjah..
2) Entry panjang sangat.. pengomen malas nak baca..
3) Pengomen meniru pengomen lain yang turut sama
mengomen hal lain tade kene ngene ngan entry...

dan mungkin banyak sebab2 lain yang tertentu kita pun tak tau..
anda bagaimana? pernah ada terima komen dari pengomen
yang mengomen tade kene ngene ngan entry haha...
ape pon terima kasih banyak2 yang sudi singgah, baca dan komen
di blog ini.. jasamu dikenang hati ku terkenang :)))




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wordless Wednesday # Bukan Komunis tapi Kolumnis!




Artikel Harian Metro Muka surat 20 bertarikh 6 September 2012


Artikel Harian Metro Muka surat 20 bertarikh 15 September 2012


Tahniah buat brade saya berjaya jadi komunis kolumnis di 
Harian Metro. Setiap minggu artikel beliau akan keluar berkenaan 
dengan kesihatan di bahagian Minda dalam akhbar tabloid ini..
hmm minggu ni apa pulak tajuknya ye.. saksikan nanti... :)))



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, September 18

Asyik bermimpi......... Apa kaitannya?



Sekarang lagi kerap pulak mimpinya.. boleh kata setiap hari!!
mimpi ape? saya selalu mimpi nak beranak la.. dah dapat anak la..
Dari sebelum mengandung mimpi dapat anak.. petanda nak 
mengandung kata orang.. bila dah mengandung lagi kerap mimpi..
pelbagai watak dan wajah yang dah muncul.. sekejap laki..
sekejap perempuan.. haha.. yang pasti budak/anak itu comel2..

Baru2 ni.. cik asven kejut bangun dari tidur.. saya bangun tidur
sambil tersengih2 dan berkata "kejap ek" pastu lelap balik.. 
punya semangat nak sambung balik mimpi tu.. haha..
dalam mimpi tu saya baru je bersalin dan sedang BF beliau..
lepas tu pegi letak dia dalam beg *ape punye mimpi tah*

dan saya tidur sampai terlupa beliau dalam beg berejam2..
bila terjaga dari tidur terus bukak beg dan dukung dia...
yang lawaknye.. baby tu boleh bercakap.. saya tanya...
"lapar susu tak?" dia pun jawab.. "ye lapar" sambil
angguk2 kepala laju2 tanda beliau lapar sesangat..
saya pun saun baby tu.. "kalau lapar kenapa tak nangis?"

lepas tu tak ingat dah ape jadi.... terjaga balik dari tidur 
yang sebenar sambil tergelak dan semangat terus cerita 
dengan cik asven haha.. ape punya mimpi tah di siang hari..





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, September 15

Tanda-tanda bersalin





Untuk pertama kali macam saya nak bersalin mesti tak berapa nak pasti
apa tanda-tanda nak bersalin.. lebih baik saya simpan info ni
untuk diri sendiri dan juga mungkin untuk ibu-ibu yang sedang menanti
kelahiran bayi comel anda tau bakal ibu suatu hari nanti....



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan
 menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses
apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk
membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin,
 satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1) Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut
 (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.

2) Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan
kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3) Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang
 dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4) Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan
 atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus
 yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau
mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun,
 ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5) Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.









Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, September 14

Bayi tersedak susu



Terbaca di FB tentang info bayi tersedak susu ni..
banyak kes pasal ni kan? terus baca dan simpan kat sini..
senang boleh rujuk semula bila dah beranak pinak nanti hehe..
nak share jugak untuk anda yang dah ada anak, bakal beranak
dan teringin nak ada anak nanti... ok cekidaut2...



1.Bagaimana terjadi?

-         Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik
menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.

- Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak.
 Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia
 bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

- Faktor yang boleh menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema,
bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam
keadaan yang tidak betul.

- Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan
masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit
 mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju,
 contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali
menyusu badan.Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak.



2. Apa yang harus dilakukan?

- Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu
akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia
yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta
(dipanggil spasm).

- Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat
 pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan
 tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

- Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk
 ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku,
bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi.
 Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR
 kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

sumber : FB








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, September 13

Senaman ringan untuk meredakan tekanan hahaha



Sesiapa yang mengantuk, stress, letih tak bermaya 
atau yang
 tengah bangang bengang, boleh la cuba senaman ringan ini..
Moga-moga boleh hilang segala-galanya....


Selamat Mencuba!!





ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..





tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..






wa..wa..aaa




gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..




dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..




kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…




buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..





hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…




akhir sekali

buat joget kucing…


--------------

kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...