Bukan Blog Kamu: July 2012

Tuesday, July 31

"Kau buat kau dapat.. kau tak buat apa cerita?"



Begitulah tajuk dari sebuah enrty terkini dalam versi kasar...
apa pulak dari segi lembutnya? haaa.. harini nak review sikit
entry terkini dari blog baru yang baru ditubuhkan pada ini tahun..

Entry ini bertajuk : Anda buat anda dapat... anda tak buat anda?

Contoh 1
"Abdul Naufal Kamaruzaman, tolong mak pergi ke kedai beli
kicap cap Jalen. Nanti mak bagi kamu upah RM 0.50 ye!”.....

Contoh 2
"Kalau anda dapat tender projek pembinaan tandas bergerak di
Bukit Belacan tu saya akan naikkan pangkat anda menjadi
pengurus projek". Kata bos kepada Khairul Malik Riduan.

Contoh 3
"Nah ambik duit nie.. terima kasihlah kerana hantar aku ke
rumah org tua nie.." kata Pak Ahmad Syafiq Haikal kepada
jirannya yang membawanya tadi ke rumah orang tua.




sambungannya DISINI..........................


psttt : ni blog cik suami saya haha.. saje nak promo sket.. moh terjah..
jangan mareeee.. hasil tulisan beliau sendiri.. dan saya sebagai pengepos
cerita dan sebagai editor di blog beliau.. sekian harap maklong :)))


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Keputusan Lee Chong Wei VS Ville Lang Olimpik 2012


Tahniah buat jaguh negara dalam arena sukan badminton kita
Dato' Lee Cong Wei yang beraksi di Olimpik London 2012
 pagi tadi waktu bersahur.. sape tonton????

DCLW berjaya menewaskan Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A
dengan keputusan penuh 21-8, 14-21 dan 21-11....
set kedua DCLW macam kasik can je si Ville Lang tu menang haha..
yang bessnya tali raket Ville Lang putus akibat menahan smash padu
dan berbisa dari Dato Lee Chong Wei.. haaaa amekkk kauuu...

Perlawanan seterusnya pasukan beregu kita iaitu pasangan serasi
Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong akan bertanding hari ini 31 Julai
menentang Chung Jae Sung dan Lee Yong Dae dari negara K-pop..
semoga mereka menang lagi macam sebelum ni menewaskan pasukan 
dari negara USA... gudlak la ye korang... kasik menang lagi okeh!!









Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, July 30

Kenali jenis kuih-muih dan maksudnya.. haha

AMARAN KERAS!!!!!!

Sekadar hiburan semata-mata.. 
tiada kaitan dengan sesiapa makhluk pun...


Kuih paling gangster= Lompat Tikam


Kuih paling sexy= Puteri Mandi


Kuih paling keji= Taik Itik


Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit

Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram= Kuih Makmur

Kuih paling lembap= Kuih Siput

Kuih paling munafik= Kuih Talam Dua Muka


Kuih pun jadi isu.. tercopy dari FB ni...
kesiyan kuih muih kita hehe.. ada pulak maksud tersirat.. :))
Saya suka makan kuih-muih.. terutamanya karipap panas!








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Jantina baby saya ialah............



Alhamdulillah selamat kembali ke halaman rumah sendiri
di perak semula jam 2.00 pagi tadi waktu Malaysia
setelah pulangnya dari negeri sembilan rumah bonda...

soalan saya minggu lepas sebelum pulang ke kampung...
nyata tidak lah sesak dan kami pulang dengan penuh aman sekali..
tapi malam tadi dalam jam 9.30 malam kami bergerak pulang,
kenderaan boleh tahan banyaknya.. dan jem di lebuhraya plus..

kenderaan bergerak perlahan tapi kami tetap meredahinya
dengan mengikut 'jalan orang jahat' hehe kenapa jahat?...
nak cepat sampai punya pasal kene la ikut jalan tu..
sape yang biasa memandu di highway yang jem banget tu tau la kot..

dah lari tajuk.. kalau buat karangan sekolah ni mesti gagal.. hewhew
sekembalinya saya ke N9.. dengan kesempatan yang ada  saya 
meminta kakak saya untuk menyeken (scan) perut saya untuk
menyekodeng baby saya apa yang dibuatnya dalam perut tu...
mana tau dia bersukan lagi ke macam saya scan sebelum ni...
dan pertama kali jugalah cik asven dapat tengok secara live..

sebelum ni saya scan tak belum pernah beliau berkesempatan
untuk menontonnya.. seronok tengok beliau teruja heh heh heh..
usia kandungan kini mencecah 7 bulan nampaknya...
nampak sudah jelas tulang temulangnya.. tubuh badannya..
kepala, tali pusat, jantung yang berdenyut serta urinya...

masa di sekodeng itu, nampaknya baby ni tengah tidur.. sebab
diam je dia tak bergerak.. cuma nampak dia tengah menghisap jari..
haiyya.. sorila anak.. amma kamu ni tengah puasa.. kamu pose jugak
lah ye.. bila dia diam.. dengan mudahnya kami nampak 'anu' nya...
memang jelas kelihatan haha.. dah tauuu dah tauuu yeayyy yeayy...

Lusa ada appointment di klinik kesihatan.. minum air gula dan scan..
nak tengok pulak apa kata dokor yang menyeken saya nanti..
adakah sama jantina yang disebut oleh kakak saya itu?
andaikata doktor KK itu juga mengatakan jantina yang sama..
maka insyallah kompom la tu gamaknya... senang la nanti
nak shopping barang baby lagi dan mengkompomkan nama... :))

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, July 27

Agak-agak sesak lagi tak kenderaan di jalan raya?

Cadangnya malam ni lepas berbuka saya dan pasangan sejiwa nak
pulang ke kampung mentua pasangan sejiwa saya di Negeri Sembilan..
Minggu lepas tak dapat balik..lagipun dengar cerita semua jalan
sesak dan jammed di sana sini... yela nak sambut satu Ramadhan kan..
 agak-agak sesak lagi ke minggu ni.. alaaaa jangan la sesakkk... 

andaikata sesak jugak terpaksa la ikot jalan alternatif tapi jauh sikit la..
tak sangggup nak redah kesesakan lalu lintas sampai tak bergerak..
rela lagi hati ini nak ikut jalan berhutan belantara serta jauh...

yang penting balik kampung harini saya nak lepaskan hajat mengidam saya
nak makan rendang daging raya mak saya..tahun lepas raya tak jumpa 
pulak rendang daging.. bila beraya rumah sedara mara semuanya
 sudah habehhh! apetah lagi di rumah mak saya sendiri... 
raya pertama selesaiiiiiii... dah kepingin sangat nak makan rendang 
daging raya yang pedas! makan pulak dengan nasi panas.. kecur air liyoooo!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Gaya Jika Tidak Bersahur!!




Hai kawan-kawan.... Puasa tak  harini?? saya kalau tak sahur di pagi hari
 alamak longlai la di siang hari... tiap2 pagi mesti nak bangun bersahur.. 
apetah lagi sekarang berbadan dua.. dah masuk 7 hari berpuasa..
Alhamdulillah.. masih kuat lagi untuk berpuasa nampaknya...
Janji tiap kali bersahur wajib ambik kurma 7-10 biji lepas makan nasi..


Tapi macam kes kat bawah ni kes puasa kategori macamana plak ye????
tak sahur kah?? terlebih sahur kah?? cirit birit kah?? 
gastrik kah?? atau berbadan dua juga kah?? lembiknya mereka!!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


kehkehkeh.. jgn marrreeee....takmolah jadi lembik macam mereka
maka bersahurlah anda sekurang-kurangnya seteguk air...
banyak kelebihan bersahur selain dari kenyang perut kan...
ambik tips ini jika anda ingin bersahur dan kuat sepanjang berpuasa!


Petua Kurangkan Rasa Dahaga & Lapar Ketika Berpuasa


Tips Berselera Ketika Bersahur


Tips Berpuasa Ketika Mengandung



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Petua : Kurangkan rasa dahaga & lapar ketika berpuasa


Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa
 amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. 


MESTI SAHUR!!!

Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. 

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan 
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita 
baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. 

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, 
Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii.. 

Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yang 

bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. 

 Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan 

segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. 

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan 

dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari 
memberikan tenaga kepada manusia alam ini...


Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam. 

(sekadar memanjangkan info yang dikutip dari email saya)

"Selamat Berpuasa"








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, July 26

Duit Kertas Baru.. Terkini duit RM6 juga yang terbaru!!



Bersempena duit kertas baru, kerajaan mungkin akan
memperkenalkan duit RM6 juga bagi menggantikan RM2 yang telah
lama lupus dalam tempoh masa yang terdekat. 


Estimate akan diedarkan bukan pada hari raya puasa,
yang akan menjelma tak lama lagi...


Lebih mesra alam dan tiada pembaziran.

mari kita saksikan bersama duit RM6.oo yang baru..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hahahaha larikkkkkkkkkkkk jangan marraaaaaaa!!!!!









Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, July 25

Wordless Wednesday # Gaya Selepas Berbuka Puasa



Jangan sampai kita macam ni ya kawan-kawan haha...
kenyang sangat nanti tak sembahyang pulak lepas tu :))

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Jururawat ditendang bayi.... haha

Alhamdulillah saya beransur sihat.. terima kasih doa dari kalian..
Kelmarin saya buat check-up untuk 26 minggu di klinik kesihatan..
Semuanya ok cuma berat naik 3 kilo pulak.. kalau bulan lepas 55.5kg
bulan ni terus naik jadi 58.5kg.. nurse cek sampai 2 kali sebab naik banyak..
kalau tak sebelum ni sebulan naik satu kilo aje.. pelik cik misi tu..

Bila dah masuk dalam bilik untuk diperiksa maka saya disuruh baring
untuk nurse itu cek satu badan ni termasuk la peyut yang membukit..
dia ukur-ukur.. dia tekan-tekan satu perut ni.. dan terasa sesuatu..
"yang tu dia tendang kan?" tanya cik misi tu.. "aah" saya jawab..

Kendian, nurse tu ambik alat untuk mendengar jantung bayi..
bentuknya macam kon aiskrim.. satu perut ni dia letak alat tu untuk
mendengar degupan jantung bayi ni.. asyik tak dengar..
"tak berapa dengar tapi asyik kene tendang je" rungut cik misi tu
saya gelak je dan jawab dalam hati "anak saya ahli sukan kot"...

setelah beberapa kali cuba.. akhirnya cik misi tu dapat jugak dengar
degupan jantung bayi saya.. barulah dia senyum kelegaan..
yang kelakarnya.. tiap kali beliau nak dengar.. tiap kali tulah baby ni
duk tendang nurse tu.. barangkali baby tu geli kot terkena alat tu..

sorila cik misi hehe... jangan marah naa... minggu depan check-up lagi
untuk scan dan minum air gula.. adoii.. baru cadang nak puasa penuh 
tahun ni tapi apakan daya kene la ponteng sehari untuk minum air gula tu..
harap2 scan minggu depan boleh la nampak jantina.. nak shopping 
barang baby ni.. dah tau jantina macam besst je nak beli barang kan hehe..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, July 24

Bahana minum ais ketika berbuka puasa!



Merujuk kepada tajuk di atas.. first day pose haritu sedap betul
saya berbuka dengan pelbagai minuman sejuk.. ada air bandung cincau,
ada air soya sejuk, jus oren, air asam dan tah ape lagi lupa...
berbuka secara berjemaah memang seronok kan.. 

lepas makan.. hmm ape jadi.. kepala naik sakit.. badan dah tak sedap..
sakit tekak mula terasa... nak pegi terawih tak larat.. cik asven dah pegi masjid..
solatlah sorang2.. sah lah saya demam!!makan ubat sebab dah tak tahan..
masuk kedua Ramadan.. sakit tekak makin teruk.. selsema tak jadi pulak..
demam beransur pulih.. hanya kepala sahaja yang sakit..

harini saya ke klinik untuk check-up.. terus nak cek sekali sakit tekak
yang masih tak baik2.. takut dah jadi macam bulan lepas... bila sakit buat 
rileks aje.. bila kuman dah merebak haaa kene pulak tahan wad...
tanak dah duk wad... ohh tanak dahh...

kesimpulannya... bila berbuka takkan ku sentuh lagi minuman berais..
boleh jadi air yang dibeli kat PARAM (pasar ramadan) tu tak masak..
ais tu pulak tah kotor ke ape ke.. guna air paip je kot barangkali..
nasib baiklah masih boleh tahan berpuasa.. harap saya boleh bertahan
untuk ketiga ramadan hari ini... sekian... selamat berposee!!

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, July 23

TIPS BERSELERA KETIKA BERSAHUR!!!

Tips ini diciptakan dan dikaji oleh saya sendiri..
dimana saya akan jadi penuh berselera ketika bersahur
sehinggakan saya akan menambah nasik 2,3 kali sepinggan
sehingga habis waktu imsak.. percayalahhhhhhh.... :))

Kebanyakkannya umat yang sedang bersahur tidak lalu makan
 dan kelihatan lemah tidak bermaya... Saya boleh kasik tips 
cemana nak makan dengan berselera kerana saya akan berselera
 ketika bersahur jika saya lakukan perkara-perkara seperti berikut....

GIGI
Pastikan gigi anda dicuci terlebih dahulu sehingga tiada lagi sisa 
kotoran degil yang melekat di gigi anda.. Pastikan tengok muka di cermin
bagi memastikan tiada sisa sabun ubat gigi yang meleleh di pipi anda.. haha
Bagi yang bergigi palsu mudahlah anda memberusnya sebab anda nampak
 jelas kelihatan dimana kekotorannye.. Gunakan polident lepas tu.. hehe

PERUT
Pastikan perot anda 'clear' dulu dengan membuang najis kecik dan
 najis besar supaya mereka tidak menggangu anda makan dalam
 program bersahur dengan penuh berselera.. lepas tu baru selesa :)

MUKA
Cuci muka menggunakan air bukan cuka agar wajah anda tampak
berseri dan segar sepanjang program bersahur di pagi hari berlangsung..
Jika tidak, muka anda tidak bermaya dan kelihatan mengantuk
dan takut pula termakan bangkai lipas di tepi pinggan...

TANGAN
Cuci tangan anda sebelum menjamu selera dengan penuh berselera
supaya tangan anda bersih suci murni ketika memegang makanan..
Ini bertujuan anda tidak sakit perut kerana memegang makanan
yang kotor tanggannya sebab baru keluar dari bilik air kan tadi??

PANAS
Sebelum memulakan program ini.. haruslah memanaskan
lauk pauk jika ada lebihan semasa berbuka puasa malam tadi..
Jika tidak haruslah anda memasak lauk baru tanda syarat
penting dalam bersahur dengan penuh berselera...

Nak lebih sedap lagi menyelerakan, anda perlu masak nasik baru..
jangan pakai nasik rolling atau ulang tayang kerana nasik yang diguna
 semula dan dipanaskan tidak berapa menyelerakan dan agak kan?

Membazir?? tak perlu risau.. Jika anda tidak mahu nasik anda keras
kematu.. sewaktu memanaskan nasik itu.. bubuh sikit air mengikut
kadar masing2.. kalo nasik banyak bubuhla separuh cawan atau penuh..
kalo nasiknye sikit je.. bubuh la 2,3,4,5 sudu air masak atau ditapis...
Dan hasilnya?? nasik akan kembali kembang semangkuk dan panas
sejibik macam kita baru masak nasik tu.. tak caya cecube cecube...

LAUK
Lauk adalah asset penting dalam pemakanan sahur yang efektif..
Kenapa?? sebab kalau lauk tak best dah tentu kita takde selera nak makan..
Yang paling penting, lauk itu mestilah hasil tangan sendiri atau mak kita..
Jika anda tidak pandai masak.. anda belila lauk kegemaran anda contohnye
siakap 3 rasa.. tomyam campur.. kailan ikan masin.. ayam masak merah
 pedas gile tak hingat.. udang sambal.. dan sebagainya.. ikut sukalah!

AIR
Air juga mesti panas.. ikotla tekak masing2.. nak teh o ke.. teh tarik ke..
kopi.. milo.. ho ho ho horlicks.. air panas puteh.. dan sebagainya..
Jangan minum sejuk di kala pagi akibatnye nanti anda boleh lembik
 sepanjang hari meskipun anda minum 8 botol air sejuk.. 
Lepas anda minum air panas itu haruslah minum air putih biasa
secukup rasa.. kalau suka sampai kembung pon takpe haha..

KURMA
Yang ni paling penting.. makanlah kurma sekurang2nya 3 bijik
selepas makan.. (saya makan 7,8 bijik) kenapa banyak??.. saje..
bila saya makan kurma.. memang badan kita akan bertenaga
sepanjang masa... saya tak rasa lapar mahupun haus..

Cuma jika kita melakukan perbuatan yang sangat agresif seperti
memanjat gunung.. memburu binatang atau berolahraga 100 meter
mungkin jugalah akan cepat dahaga atau lapar...

Jika saya lewat bangun.. cukup hanya kurma dan air mineral
sahaja yang jadi peneman setia di kala sahur...tak caya cubala!
siyess tak berapa lapar.. berbanding saya tak bersahur..
sepanjang hari perot saya akan mencarut2 mahu mintak makanan...


Tips ini saya biasa buat setiap kali bersahur.. dan Alhamdulillah..
sepanjang berpuasa tidak lembik dan haus.. tapi tahun ni saya 
dah mengandung pulak... kene ikut tips yang share sebelum ni..
Selamat bersahur dengan penuh berselera dengan beriya-iya..!!








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, July 20

Nak buat apa bulan puasa ni ye??




Untuk perkongsian bersama... Selamat Berpuasa!!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, July 19

Pengalaman 'jumpa' malam LAILATULQADAR



"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid"
kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung
tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh,
aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia
dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah.
Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatulqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.


"Kepala otak hang. Berapa lama hang tak pi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Depa tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor..
pasal tu kubah tu depa angkat letak kat tanah!" 
sambung Abah berleter lagi dengan penuh rasa geram dengan anaknya.


Moral opdestori– Rajin2 lah ke masjid atau surau untuk solat berjemaah….


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...
sesamelah kita 'menjumpai' malam lailatulqadar pada bulan puasa ni..
aminnnn.. Selamat Berpuasa...!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Mencari calon menantu untuk doktor



ada sesiapa yang layak seperti yang dimahukan?
jika anda layak.. sila hadiri temuduga ini mana tau
rezeki anda nak bersuamikan doktor lagi tercapai...

nak cari calon menantu pun pakai iklan.. super duper kreatif haha..
jumpa gambar ni dalam fb la.. takde kene ngene ngan hidup saya pun..
tapi jika berminat boleh la hubungi talian yang tertera ya haha....








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, July 18

Kenan... Suratan atau Kebetulan?


Saya cukup suka baca kisah2 atau pertanyaan dari ibu2 hamil 
dalam group Komuniti Ibu Mengandung dalam pesbuk..
banyak benda saya boleh tau dari pengalaman mereka yang pernah
hamil, beranak, berpantang dan membesarkan anak mereka..

Salah satunya saya tertarik dengan satu pertanyaan dari sorang mummy ni..

"Kalau masa peknen kita suka sangat tengok seseorang itu atau 
mengharap ada sikit2 ikut rambut ke mata ke atau2 apa2lah.. 
mungkin ada yang terkenankan? macam masa saya peknen yang sulung
suka tengok sorang budak lelaki tu macam mat salleh dengan 
bulu mata lentik.. alih2 anak saya keluar lebih kurang macam tu jugak..
rambut perang dan bulu mata lentik.. ishh suka yang amat.."

Lepas tu ramai la komen bagi pendapat yang sama...
yang nak anak mata korea la.. dapat pulak anak iras korea..
yang benci tengok muka bangla.. pastu dapat anak muka bangla..
suke tengok muka anak cina.. pastu dapat anak muka cina..
dan macam2 komen lagilah..

pernah jugak mak mentua saya bagitau dulu masa peknenkan 
cik asven saya dia suka sangat tengok muka anak orang puteh..
selain dari minum soya dan makan tofu fa tiap hari.. memang keluar je
beliau kat dunia ni berkulit putih.. saya pun kalah hohoho.. *jeles*

Saya pun gigihla menggugel gambar2 baby comel dan simpan dalam 
desktop.. hari2 tekan aje slideshow gambar tu bergerak la sendiri 
sambil saya menontonnya dengan penuh rasa geramm!! comel bangett!!
dengan harapan moga baby saya pun terkenan la dengan baby2
yang comel tu seperti yang dikisahkan oleh mak2 budak itu..

cik asven rikuwes nak anak mata biru.. maka beria la gugel 
anak2 orang puteh yang bermata biru.. haha agak2 dapat ke.. 
macam pelik je kami warga melayu nak dapat anak mata biru..
bila tengok wajah baby comel ni boleh jadi terapi minda...
nyaman aje tengok muka baby yang indah diciptakan Tuhan..

tak kisah la cemana wajahnya.. yang pasti wajah anak tu mesti
ikut muka mak dan apaknya kan.. yang penting beliau keluar
nanti sihat walepiyat, sempurna dan comel semestinya hehe..
sembahyang, berdoa, mengaji dan berzikir pun salah satu
 benda yang best buat masa peknen ni dan seterusnya...

Kepada yang suka tengok muka baby comel atau ada anak yang
comel boleh la layari www.cutenewbaby.com ....
macam2 muka budak dari serata dunia somel2 ada kat situ... 






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...