Bukan Blog Kamu: June 2012

Wednesday, June 20

Senarai Barang Keperluan Asas Bayi - Siri 4





sambungan dari siri satu, siri dua dan siri tiga..
sebelum ni saya kongsikan barang keperluan yang utama..
tapi kali ni saya nak sharekan barang2 yang kurang penting..
kira boleh tangguh la kalau nak beli.. beli yang penting dulu ye..
dah cukup nak beli barangan yang kurang penting terpulang...

BARANG BAYI YANG KURANG PRIORITY

1. Baby Stroller
tunggu dia besar sikitla sempat lagi beli kan...

2. Baby cot
 sesetengah orang dah beli untuk anak sulung.. banyak belanjanye kalau 
beli 
baby cot nak kena beli tilam.. pastu teringin nak beli kelambu rambu ramba..
pastu kena beli stand untuk kelambu..kena beli circuiting untuk elak bayi
 terhantuk, jadi bukan priority la.. baby pun rasanya kurang selesa 
kalau awal2 sangat tido kat cot, kadang2 kita sendiri tak selesa asyik 
risaukan baby kot dia muntah dalam cot tu tak nampak la pulak kan..
 sebab ada bumper pad..

3. Play pen
dah besar sikit nanti belila.. bayi2 tak sesuai lagi lah hehe

4. Baby car seat
maybe akan dipakai, tapi bukan dalam masa berpantang kan.. 

5. Buaian
jangan beli yang bentuk curve tu..beli yang stabil macam empat segi..
takut dikhuatiri akan terbalik kalau baby dah berat.. ha jaga2 ya...

6. Beg baby
untuk isi peralatan bayi.. bukan priority sebab kadang2 orang akan hadiahkan..
nanti banyak pulak.. lagipun beg ni kegunaanya untuk hantar ke
 nursery/baby sitter... after 2 months la kan....


tertinggal??? sila layari siri satu, siri dua dan siri tiga.. sumber :))










Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, June 14

Senarai Barang Keperluan Asas Bayi - Siri 3



sambungan dari siri 1 dan  siri 2 khas buat ibu-ibu hamil ya.. hehe..
senarai keperluan barang bayi yang mesti ada...
saya dah senaraikan 12 barangan asas yang penting sebelum ni..
meh saya sambung lagi setelah sekian lame tertinggal..

BARANGAN BAYI YANG UTAMA - sambungan -

13. Botol susu
Beli botol kecik aje dulu sebab baby minum sikit je.. 
kalau boleh beli botol yang paling kecik untuk isi air masak.. 
pastu untuk susu beli yang medium tu... sekarang dah ada jual botol BPA free.. 
selamat untuk baby.. tapi zaman dulu2 kurang alert pasal ni kan?..

14. Breast Pump
Penting untuk dibawa ke hospital semasa nak bersalin tu, sebab untuk
 breastfeeding mungkin perlukan bantuan pump untuk keluarkan susu.. 
kadang2 bukannya baby terus pandai menyusu kan.. jadi kalau dah stimulate
 dan keluar susu baru la baby boleh menyusu dengan mudah dan enak..

15. Toileteries untuk baby
 contohnya : baby shower, sikat, baby oil dan bedak...
biasanya tak pakai shampoo lagi untuk awal2 nie.. tapi takpe beli je siap2.. 
info tambahan : pakai la minyak zaitun.. in case nak sapu kat kepala kalau ada
 putih2 kat kepala baby..kalau takde tayah la letak, kadang2 minyak zaitun ni
 boleh guna untuk urut2 baby, biasa beli jenis Pureen ni pun akan pakai lama..

16. Tisu basah/baby wipes
sangat penting untuk lap kalau baby buang air, especially baru2 tu kan..
takkan nak basuh dengan air selalu kalau baru lahir tu..nanti sejuk hihi..

17. Lampin
untuk selimut/bedung/lap2 bayi sebab lampin kan lembut

18. Baby bouncer
kegunaannya untuk meletakkan bayi dalam 'kerusi bermain' supaya kita
boleh buat kerja lain tapi jangan tinggal terus.. awasi anak anda itu ya..
boleh google gambar baby bouncer ni kalau tak pasti apekemendanya..

19. Liquid cleanser
jenis Pureen, detergent untuk basuh botol susu bayi..

20. Besen mandi (tab)
bukan untuk dibiarkan mandi sensorang pulak.. untuk tangkungan 
air suam.. bayi baru lahir tak mandi air paip.. sejukkk budak tu nanti..

21. Berus botol baby
untuk cucian yang optimum pada botol susu  bayi

22. Puting susu
pakai jenis silicon, kalau nak lembut beli yang warna kuning jenis pigeon

23. Storage
untuk isi semua barang2 di atas.. awal2 nie biasanya orang letakkan
 dalam storage box yang ada roda tu.. senang nak tolak ke sana ke sini..

24. Tikar getah
untuk lapik waktu nak tukar diaper baby, takut basah tilam..

yeay.. selesai untuk barang utama keperluan bayi..
lepas ni siri untuk barang2 keperluan bayi yang kurang prioritynya...
tertinggal?? layarilah siri satu dan siri 2..











Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, June 13

Menunggu giliran di hospital kerajaan memang lama kan!!





Menunggu rawatan atau pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
memang memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi... kalau jenis tak tahan 
untuk menunggu lelame, bizi dengan kerjaya dan berduit baik pergi swasta..
sangat pantas dan tangkas.. sesuai dengan bayarannya lah kan..!


jadi kalau inginkan rawatan kerajaan sabar itu perlu..
buatlah sebarang aktiviti semasa proses menunggu itu supaya anda
tidak bosan dengan masa yang berlalu begitu sahaja...
membaca, berbual, bermain internet, bermain game atau apa sahaja
yang anda boleh penuhkan masa itu supaya anda dapat rasakan masa 
itu pergi berlalu begitu sahaja dengan begitu pantas... yeayy!!


sehubungan dengan itu, minggu lalu saya dan cik laki saya menghadapi
situasi yang sama kerana kami ditemujanjikan di hospital seperti yang 
diarahkan oleh klinik di sini.. nak tanak kene pegi jugaklah...


bagi mengisi ruang masa untuk menunggu itu.. kami berbual..
pegi lepak kedai makan lelame sambil tengok bola secara langsung
serta cik laki saya telah membaca satu pamphlet di ruang menunggu itu
tentang suatu penyakit yang tak pernah kami heran langsung... tapi bahaya!
akibat dari pembacaan itu.. maka beliau telah dapat idea dan telah 
menghasilkan satu entry berkenaan dengan penyakit tersebut...


meh saya copy sikit permulaan entry itu... nak baca dengan lanjut
sila klik pada link yang disertakan... hehe terima kasehhhh!!




uhuks uhuks.. Penulis ada sedikit bunyi batuk untuk dikongsikan bersama...
agenda pada hari ini ialah penulis ingin menjadi seorang doktor part time
dengan berkongsi sedikit maklumat mengenai penyakit TB.
Minggu lepas, penulis menemani isteri tercinta ke Hospital Manjung, Perak
untuk ke Jabatan ECHOCARDIOGRAM (hal ehwal jantung), penulis agak laa...

Setelah mendaftarkan diri, penulis dan isteri telah ditunjukkan bilik echo yang
 berkenaan. Sedang asyik menunggu angka giliran yang main pakai sebut jer...
tetiba penulis terpandang akan tempat letak broucher/pamphlet/risalah
yang boleh pusing2 itu. Maka, terambilah satu risalah yg bertajuk...
"HINDARI DAN PERANGILAH TB"...


sambungannya disini.........

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, June 12

Ditahan wad akibat demam



Sepulangannya saya dari Negeri Sembiilan kira2 jam 2 pagi tibanya 
saya di kediaman kami di Perak pada pagi Jumaat 1 June yang lalu...
pada pagi itu juga saya ditemujanjikan di Hospital Seri Manjung Perak
bagi membuat pemeriksaan echo yang telah dijadualkan kepada saya..

Sepulangnya dari pemeriksaan itu, saya mula tidak sedap badan..
kepala mula sakit dan sakit tekak mula terasa.. mungkin tidak cukup tidur..
bermula hari Jumaat itulah saya mula sakit kepala, demam dan sakit tekak..
hanya panadol dan ubat sakit tekak sahaja dimakan bagi melegakannya..

tapi sayang.. penyakit itu kebah hanya sementara.. kemudian datang balik..
ahadnya saya dengan tak berapa sihat tu ikut jugak ke Penang mengikut
cik suami bagi menjayakan program sukan Kessumanya di sana..
saya cuma berehat di hotel tidak kemana.. sepanjang masa tidur makan..
sekejap panas.. sekejap ok.. tapi sakit kepala sepanjang masa...
sudah diajak ke klinik saya pulak taknak.. alasannya ubat ada...

selasa malam kami gerak pulang ke perak dengan segera...
tidak jadi kami menginap sehingga khamis sepatutnya..
kerana hari rabunya cik suami ada program mengenai peti undi..
memandangkan beliau ada memegang jawatan semasa pilihan raya nanti
maka terpaksa lah kami balik selasa malam itu jugak..

saya mula tak tahan..sakit datang balik..macam nak pecah kepala dibuatnya..
kami singgah di hospital daerah yang berdekatan dengan kawasan rumah..
setelah diperiksa.. maka doktor itu memaklumkan saya mengalami 
tekanan darah yang rendah, demam, tekak yang sudah bernanah dan
darah pula telah dijangkiti kuman.. saya sangat2 terkejut sehingga terkentut..

saya dimasukkan air macam gambar atas ini.. sejam sudah berlalu..
kesian cik asven yang menunggu luar dari jam 2 pagi hingga 3.30 pagi..
datang pula seorang doktor dan menyarankan agar saya ditahan wad
untuk mereka membuat pemeriksaan yang rapi kerana saya mengandung..

nak taknak saya masuk juga lah wad masa tu jugak...
jam 4 pagi saya dimasukkan ke dalam wad.. hati cuak gilaaaa!!
oh seriyus sangat ke penyakit ini.. air mata pun keluar sikit-sikit... kihkih..

setelah memunggah barang2 keperluan saya pun diletakkan di dalam wad
perempuan kerana tak mungkin masuk dalam wad lelaki mahupun kanak2...
setelah menyalam2 pelok ciyom bagai haha.. maka cik suami pun pulang..
kerana nurse disitu tidak membenarkan beliau menemani saya kerana
itu wad perempuan.. tidak manis nampaknya...




pulangnya beliau dah tak boleh tahan dah... ada nanges kepiluan
macam budak kecik sebab ditinggalkan ditambah pula kerisauan..
maka di tengah pagi itu juga saya menelefon kakak saya dan mengadu
untuk bertanyakan tentang penyakit saya itu sama ada seriyus atau tidak..
mujurlah beliau kata tidak seriyus dan jika saya dirawat maka saya akan pulih..

saya mula kepanasan.. jam 5 pagi ada nurse datang hantar baju spital..
maka saya meminta untuk mandi akibat panas yang amat sangat..
kipas yang ada pun tak  mampu nak menyejukkan badan...
jam 5 pagi saya pun mandi.. lega.. nak tidur dah tak boleh segar sesangat..
tunggulah sehingga subuh masuk.. selesai bersubuh maka saya termanggu2
dalam wad tu.. kelihatan hanya 4 orang sahaja dalam wad itu.. semuanya 
warga emas belaka kecuali saya sorang kihkihkih...

jam 7 pagi saya telefon mak saya pula.. mengadu hal yang sama..
kerisauan mula terkurang apabila saya mengadu lagi pada abang saya pula
dan bertanyakan sama ada seriyus atau tidak penyakit yang saya hidapi itu..
beliau juga berkata tidak seriyus janji saya makan ubat dan rehat banyak2..
fuhh lega.. apabila 2 orang doktor itu menyatakan saya tak seriyus..
cuma kesilapan saya telah ditegur akibat lewat datang ke klinik.. hihi.. 


bersarapan jam 8 pagi.. diperiksa jam 9-10 pagi oleh doktor disitu..
yang bessnya, pengarah hospital itu sedang memberi tunjuk ajar
kepada doktor baru yang sedang buat housemanship..
saya diperiksa dengan detail.. serta pengalaman yang paling menarik
saya dijadikan bahan ujikaji.. terutamanya ketika perut saya discan..
kelihatan budak dalam perut saya sedang aktif bersukan..

saya tergelak2 dengan nurse dan doktor yang mengecek itu.. haha..
budak itu bagai menghayunkan tangan macam sedang main badminton..
adakah pengaruh daripada saya selalu menonton pertandingan badminton
serta juga cik suami yang boleh kata setiap hari bermain badminton?

kemudian kelihatan budak itu bagai berlari 100 meter.. 
menggeletek kakinya macam berlari atau bermain bola barangkali..
masa tu memang saya terasa perut saya ada geli2 akibat pergerakan itu..
hmm.. boleh jadi budak ini akan menjadi atlit suatu hari nanti macam 
mak dan appaknya suatu ketika dahulu.. bagus juga nakk.. ammak suke kau!





setelah diperiksa saya diarah kembali ke wad..
saya semakin pulih dan semakin sihat nampaknya...
saya masih belum tidur-tidur.. tangan dah semakin sakit..
air dah bercampur plak dengan darah (tengok gambar atas tu)..
doktor yang merawat saya pun bilang yang saya boleh discharge pada 
petang itu jugaa... yeayy!! maka jarum di tangan sudah dibuka...
tangan dah membiru.. mak ai sakit sungguh masa tu wooo!!

setelah dibuka barulah saya lega dan akhirnya terlena juga jam 11 pagi..
terjaga semula jam 2.30 petang.. ada bubur nasi pula di atas meja.. nyum2..
memang lapar la bangun dari tidur terus aja makan hehehe..
pelik.. cik asven tak kunjung tiba lagi.. setelah ditelepon, rupanya programnya
tak selesai lagi.. kira2 jam 3 lebih barulah beliau muncul bersama
mak mentua saya merangkap ibu kandungnya...





kami pun menunggu surat discharge yang diberi oleh nurse...
selesai dapat surat, kami pon kemas2 untuk cabut lari dari
spital itu.. sebelum itu ubat haruslah diambil di farmasi..
jam 4 pagi saya masuk wad.. jam 4 petang la saya keluar wad...

fuhh lega.. nila kali kedua saya duduk dalam wad..
pertama kali dulu masa saya dajah satu kalau tak silap..
tak ingatlah duduk berapa lama.. tapi kali ni 12 jam sahaja..
bess jugak duk lam wad.. ada orang jaga.. semua nurse memberi 
layanan yang bagus dan baik sekali.. tengkiyuuu nurse!!

moralopdestori : jangan pandang remeh dengan penyakit meskipun 
sekadar sakit kepala sahaja.. atau demam.. mungkin dari sakit yang sikit 
itulah boleh melarat dan boleh mengundang bahaya.. pasni kalau 
saya sakit lagi haruslah ke klinik dan dirawat dengan segera.. hihihi..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Memori : Menjemur kasut sekolah di bawah peti ais



sape ada pengalaman macam ni.. meh habaq mai.... haha..
gambar ini di tag oleh anak buah saya di fb dan terfikir nak share disini..


memang terkenang di zaman sekolah dulu.. pernah terbuat macam ni
kesnya kalau malas atau lupa basuh kasut sekolah yang dah 2 hari cuti
tak basuh2... dah masuk hari ahad baru terhegeh-hegeh nak basuh..


kalau masih lembab atau basah.. mula la letak di belakang atau bawah 
peti ais.. yang peliknya takde pulak short ke hape.. selamber je letak..
dan yang mujarabnya memang kering la.. sebab pinjam haba dari peti ais tu..


kalau sebelum tidur sudah kering maka boleh la dikapur kasuh itu
pada malamnya.. kalau terlupa atau tak kering lagi maka besoknya 
sebelum pegi sekolah dikapur la sekejap kasut itu.. jangan pakai yang biasa
pakaila kapur yang cepat kering tu.. 5 minit je dah kering.. hiksshisshisk..


tapi kes ni masa saya sekolah rendah.. sekolah menengah dah duk hostel..
pastu ada jadi pengawas.. tak pakai dah kasut putih sebab pakai kasut hitam..


moral opdestori : selamat kembali ke sekolah setelah 2 minggu cuti... :)))

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, June 11

Pemeriksaan ECHO di Hospital Seri Manjung




1 June yang lepas ditemujanjikan di spital manjung perak..
untuk diperiksa setelah 10 tahun dah tak cek.. cek pun sebab mengandung..
spital ini pernah didiami oleh cik asven saya satu ketika dahulu 
kerana beliau telah tereksiden di manjung kerana ingin pulang dari tempat
praktikalnya menuju ke rumahnya di kampung gajah...

kalau diceritakan punca kemalanggannya memang agak misteri..
beliau dengan baik hatinya menumpangkan 2 orang warga emas
yang duduk di bus stop yang ingin pulang ke rumah..

dalam perjalanan beliau eksiden dan 2 orang warga emas itu hilang..
setelah sedar dari kemalangan pelanggaran antara kereta dan kereta
sehingga terbabas ke longkang sehingga hancur kereta itu..
beliau menanyakan kepada maknya dan juga saya dimana orang tua itu..
hilang dengan misterinya sampai sekarang tak tau lah sape... mistik sungguh!

aiseh............... lari tajuk pulakkkkkkkkk...
sesampainya di hospital ini kami ketawa.. kerana banyak kenangan 
di hospital ini dan kawasan-kawasan terdekatnya....




di depan pintu untuk menunggu giliran.. nasib baik tak ramai...

pesakit tersenyum gembira di samping laki terchenta...


dah pagi gerak ke spital... memang mengantuklah nak menunggu...
tak tido pon tapi purak2 tido untuk merelaks hati yang gundah gulana...

baju pesakit sudah disalin.. saya bukan datang pakai baju ni pulak ye..
saya diarahkan untuk menukar baju ini supaya baju saya tidak kotor..

terbaring kesengihan sementara menanti doktor yang sedang membelek
buku pink di sebelah saya itu.. tidak kelihatan doktornya..


sekejap je ceknya.. ada la dalam 10-15 minit gitu..
dan selesai.. report pun dibagi dan kata doktor itu..
meskipun sudah lama.. tapi ia tetap ada.. cuma tidak seriyus
malah bila masa nak bersalin nanti mungkin akan dicek semula
bagi memastikan saya kuat untuk bersalin normal atau sebaliknya..

sepupu saya ada masalah yang sebijik macam saya jugak..
pun sama tak seriyus malah baru je lepas bersalin normal 2 minggu lepas...
harap saya pun mudah bersalin macam beliau jugak.. aminnnn..








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, June 8

Kesan sikap ibu bapa ketika ibu mengandung


ini adalah kesinambungan daripada entry yang lalu...
sebelum ni saya sharekan tentang pendidikan semasa mengandung..
kali ni kesan sikap ibu bapa ketika ibu mengandung pulak...
semoga saya sentiasa beringat teringat dan mengingatkan hehe...

KESAN NEGATIF

1) Ibu bapa sering bergaduh 
=> Anak menjadi ganas dan panas baran

2) Ibu mengidam benda pelik 
=> Petanda tidak baik terhadap sikap anak

3) Ibu bermain kayu tiga 
=> Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat


KESAN POSITIF

1) Ibu bapa sering bersedekah 
=> Hati anak lembut

2) Ibu tidak meninggalkan solat 
=> Anak mudah mendapat hidayah

3) Ibu sering membaca al-Quran 
=> Dapat anak yang bijak


4) Ibu mengawal emosi 
=> Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, June 7

Suke tengok budak kecik ni


mengikut sumber ibu pada budak kecik ini.. gambar ini dirakam
ketika berada di rumah keluarga salah sorang dari ahli kumpulan rock May..

semenjak jumpa gambar budak kecik ni.. hari2 saya menatapnya..
oh tak sangka beliau masa kecik rupanya begitu.....
mau nanti anak saya terkenan dengan muka beliau sebab hari2
saya tengok gambar budak kecik ni.. ada lagi 2,3 keping..
tapi share satu ni lah dulu...bila tengok gambar ni mula la saya berangan..

kan bess kalau saya ada ketika sejak beliau lahir dan membesar sehingga 
lah sekarang ni...tapi saya dan beliau ni sebaya.. kalau dia umur setahun 
ketika ini.. maka saya pun setahun juga.. cemana nak jaga diaaa??
teringin nak berkawan dengan beliau sejak bayi sehinggalah sekarang..
tapi semuanya itu adalah mustahil.. saya memang suke berangan
benda2 yang mustahil akan berlaku.. saya suka budak kecik ni yeayy!!








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, June 6

WW # Pertandingan bola menang hamper je?

berlatih sebelum bertanding .. mana belaiau?

acara selingan  - acara timbang bola

adik bongsunya turut menimbang bola

adik yang no 6 juga masuk acara timbang bola..

johan acara timbang bola.. tahniah..

tenpat ketiga acara timbang bola...

tempat kedua acara timbang bola...
ke 4 dan kelima ntah sape takde ambik gambar.. hehe

habuan di tengah jalan.. jadi la kan,,, :))

mak buyung juga turut menyibuk jadi penonton pertandingan bola ini..


pertandingan bola ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam
setiap negeri bertempat di UM pada bulan 3 yang lalu..
cukup banyak kumpulan yang masuk bertanding...
dan cik asven wakil daripada JAIP nampaknya telah kalah..
tapi mereka 3 beradik masuk acara selingan dan menang.. 
jadilah.. takdela pulang dengan tangan kosong..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, June 5

Dalam Kenangan : Kotak pensel warna warni


masih ingat kah anda dengan kotak pensel ini???
zaman sekarang budak2 ni dah tak pakai dah kotak pensel ni..
semuanya pakai yang ada zip ataupun kotak besi ada gambar kartun tu..

tak silap.. dulu masa tadika saya pernah dapat hadiah ni..
dan pernah juga pakai masa di sekolah rendah...
tapi saya tak suka sangat.. bukanlah tak bersyukur..
tapi tak muat nak letak macam2.. ruangannya sangat terhad kan??
hanya sebatang pembaris, 2 pensel 1 pen ke.. dan pemadam satu..

tak sangka ada lagi jual pensel kotak ni rupanya.. saya tak pernah pun jumpa..
tapi gambar ini dijumpai oleh rakan saya di sebuah kedai alat tulis..
sungguh nostalgia la ini kotak pensel.. rindu pulak zaman kanak2 ribena..
anda bagaimana... pernah pakai?? ke tak pernah tengok pon? ehehhe









Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, June 4

5 hari 4 malam di Pulau Pinang

bermula semalam kami sudah gerak ke pulau pinang bagi
menjayakan sesi acara sukan kesuma di politeknik seberang prai..
ohh.. lupe nak maklumkan.. sepanjang 5 hari ini.. hanya entry autopublish
sahaja disediakan.. kerana takut tidak dapat online di sana.. 

cik suami ditugaskan sebagai motivator dan jurulatih untuk pasukan
dari negeri perak.. maka saya ditugaskan untuk jadi penyibuk sahaja..
hanya duduk di bilik hotel makan tidur.. kalau ada wifi boleh la online..
boleh la update blog dan blogwalking.. andai tiada wifi alamatnye,
seminggu la tak dapat bw dan update blog.. entry autopublish
sahaja sebagai penyelamatnya kihkihkih.. balik nanti saya bw okeh tata






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, June 1

Jalan-jalan di Mydin Ipoh

pernah satu ketika saya membuat entry tentang mydin ipoh 
telah dibuka secara rasminya pada 18 Mei yang lalu...
maka sebagai suppoter kami pun terjah la juga di mana kami sesat
dulu barang setengah jam dan akhirnya jumpa juga bangunannya..

kami pergi pada sebelah malamnya.. memang nyata sangat besar..
saya pernah pergi mydin di mitc melaka pun besar jugak..
di mydin subang jaya pun memang la besar.. dan nyatalah di mana
mydin ipoh ini lagi sangat besarrrrr katanya paling besar di Malaysia...

hanya gambar di luar sahaja.. nak ambik gambar dalam bangunan 
ada rasa segan pulak.. memang ramai je orang bergambar dalam mydin tu..
kami dok gelak2 je kat orang yang bergambar2 tu hehe.. sendiri segan..
padahal hati meronta2 sebab hajatnya nak masuk dalam blog hehe..

banyak lagi kedai yang masih belum dibuka.. sesape nak berniaga bagus ni..
nampak macam banyak kedai kosong.. tapi tak taula bertuan ke tidak..
yang pasti besarnya mydin ni tak abih pon jalan.. lagian kaki pon 
dah lenguh2 sebab satu pasaraya mydin kita pusing..
dah bukak pusat bowling dan pusat karoke hiburan keluarga
lagi lah ramai orang datang nanti gamaknya...

masa kami sampai jam 9 lebih malam.. cukup penuh parkingnya..
kat bahagian kaunter pembayaran cukup ramai orang beratur..
semua mall rasanya lengang.. oh kesiannnn....

ape yang saya peratikan.. takde la semua barang mydin ni murah..
ada je harga standard.. dan ada juga harganya lebih mahal dari mall lain..
maka bijak membeli menang la memakai.. pandai2 la memilih ye.. :))


setelah penat dan hampir tutup.. kami pun pulang..
saya dah kepenatan sangat2.. sampai kereta terus duduk..
siyan cik abbey punggah barang sorang2 masuk dalam kereta..
boleh bagi alasan.. "mak buyung penat la bangggg" kehkehkeh..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Cara Pendidikan Semasa Mengandung



Buat rujukan saya dan juga kepada ibu-ibu hamil yang lain...
terjumpa di FB ini dan sekadar memanjangkan info yang baik ini..
semoga kita memanfaatkannya dan mengamalkannya Insyallah..

Mengamalkan solat wajib dan sunat

Mengamalkan zikir

Membaca al-Quran

Mendengar muzik yang tenang

Membaca buku-buku ilmiah

Berbual dengan anak dalam kandungan

Menjaga adab dan emosi

Tidak tertekan atau stress

Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...