Bukan Blog Kamu: May 2012

Thursday, May 31

Macam ni punya cari pun ada? kahkahkah


lame tak buat entry pasal keyword nuffnang ni...
sajela tengok ada apa yang dicari oleh manusia internet..
hmm rasanya ada yang menarik dan pelik untuk dikongsi disini..
macam-macamlah diorang gugel sampai ke sini pulak datangnya...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Mengidam : Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api


gambar yang dirakam ketika lauk ini sudah separuh dibaham.. hoho..

pulang sahaja saya ke tanah air di negeri sembilan sabtu yang lalu
saya telah disajikan dan dimasakkan oleh bonda tanpa kupinta
pun... bagai pucuk dicita ulam mendatang.. macam tetau je
ni lauk peberet yang wajib dimasak oleh bonda...hihi...

legaaaa dapat makan ni.. disertakan ulam salad sebagai sayurnya..
bertambah-tambah nasik yang dimakan.. perghh memang kenyang!!
punya lama tak makan ayam kampung salai.. masak lemak plak tu..
buatan mak sendiri lagi.. memang lauk tradisi di negeri sembilan..

tengkiyu la wahai amma sebab masak lauk peberet nih..
sekali cuba pasti nak lagi... nyumm nyummm nyumm..







Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 30

Meronda di hari ulangtahun yang pertama






hari ini 30 Mei.. kejadian ni Isnin, 30 April.. sebulan sudah berlalu....
hepi ulangtahun enibeseri buat kami berdua..... setahun 30 hari.....
pada hari kejadian.. saya ditugaskan untuk pergi ke klinik dari pagi 
hingga ke petang ditemani oleh cik suami untuk pemeriksaan bayi ini... 


selesai di klinik.. cik asven terus membawa saya meronda ke beberapa 
kawasan yang mana pernah kami lewati dulu contohnya air tawar,
manjung dan juga setiawan, Perak.. sudah lame sungguh tak berkunjung..
sungguh terkinja-kinja saya melihat panorama di kawasan yang saya 
sebutkan tadi.. kerana di kawasan ini lah kami dulu selalu meronda
kira-kira 8,9 tahun yang lalu... sungguh nostalgia la tempat2 itu...


akhirnya kami singgah jela di kfc setiawan untuk minum petang
di mana ada kenangan di tempat itu bersama suami dulu... 
cukup rasa terharu bila sampai sana..memang menggamit memori silam.. 
sekian laporan di hari ulangtahun kawen kami yang pertama...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Kedudukan terkini peserta Super spontan





sampai sudah minggu ke yang terakhir program super spontan..
undian terkini di hari isnin yang lalu... zizan mendahului semuanya..
agak-agak zizan kah juara super spontan kali ini yeee?
mampukah peminat johan mengundi johan untuk memenangi RM100k
dan sebuah Toyota Camry itu??? ohh.. sapelah yang menang kan?

peluang sangat tipis kepada peserta lainnya untuk memenangi hadiah
yang lumayan itu.. sama2 lah kita nantikan siapakah pemenang
utama rancangan super spontan pada hari Jumaat ini jam 10 malam..
kita layan di Mustika HD la ye.. baru la cantekkk gambornyee!!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Review Blog Baru : Blog Encik Amirul Khairudin


Akhirnya siap juga setelah 2 minggu saya menolong menyiapkan dan
mengemaskinikan blog baru ini hasil tulisan daripada encik amey..
siapakah encik amey ini? beliau ialah suami saya sendiri kehkehkeh...
berjaya jugak saya menghasut beliau supaya menulis dalam blog semula..

Untuk makluman, ini adalah blog ketiga yang dihasilkan.. kerana
blog pertama dan blog kedua yang saya buatkan dulu tidak aktif serta
saya telah bekerja kuat dalam berfikir apakah email dan password blog itu..
tiada jawapan dan akhirnya kami berbincang dan memutuskan untuk 
membuat blog baru ini... boleh lah anda terjah nanti ye hihi..

sepenuhnya saya sebagai editor dan beliau sebagai sutradaranya..
berkonsepkan menulis apa sahaja yang terfikir di kotak fikirannya..
jom terjah ke blog beliau.. sebagai sokongan moral yeayy.. !!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 29

Ustaz Don sudah pulang dari Umrah


Kembali sudah Ustaz Don ke Malaysia setelah selesai menunaikan Umrah..
dah 2 minggu lebih rancangan 30 Minit Ustaz Don disiarkan secara
ulangan sahaja... dan buktinya beliau dah kembali ke Malaysia
apabila rancangan itu disiarkan secara langsung malam tadi..

lepas ni boleh la sambung menonton rancangan 30 Minit Ustaz Don
yang telah tertunda sejak 2 minggu yang lalu... setiap hari jam 9.30 
malam di TV Al-Hijrah.. banyak ilmu yang boleh kita peroleh..
syabas Ustaz Don... saya mesti pilihhh.. heh heh heh... 

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Permainan Nostalgia : LOMPAT TIKUS






terjumpa gambar ni dan sangat teruja dan otometik teringat zaman
masa saya kanak2 ribena dulu cukup suka main dengan lompat tikus ni..
tak kira di mana pun boleh bermain sama ada secara outdoor adatau indoor..
tapi pastikan kalau indoor itu kawasannya agak lapang dan luas..


kanak2 alaf baru sekarang ni main lagi ker permainan ni ha?
ntah saya tak pernah tengok pun.. yang saya selalu tengok budak2
zaman sekarang lebih suka mengadap ipad la.. tab la.. play station..
komputer.. gameboy dan tah ape lagi permainan digital dan lain2nya...

cara permainan ni pun dah lupe.. memerlukan 2 orang dari ahli kumpulan
untuk dijadikan bahan sebagai halangan untuk melompat...
kalau lepas untuk melompat semuanya bersorak.. kalau tak lepas nak lompat?
maka terjatuhla dan boleh 'mati' dari kumpulan itu haha...
yang tau main permainan ni mesti seronok kan...tapi siyes dah lupe
dah step2 yang harus dilompat untuk sampai ke kemuncaknya..

yang bagusnya permainan dulu2 ni.. kerjasama antara kumpulan tu penting
selain daripada menyihatkan badan kerana permainan ni pun dah
macam bersukan sebab boleh mengeluarkan peluh juga...
permainan sekarang? dah la main sorang2.. kene berebut2, bergaduh dan
tunggu turn bila bermain dengan pc, tab, ps dan sebagainya kan.. betul tak??




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, May 28

Seronok juga kene injection sekali sekala haha

pagi tadi buat checkup lagi kat klinik.. tapi saya berada di negeri sembilan..
maka saya pergi menumpang checkup kat klinik desa depan rumah ni...
dengan mengadenya saya ajak mak saya sebagai peneman..
kalau di perak ajak cik asven yang meneman... nak pergi sorang2 malu boleh?

memang cepat dan tangkas kalau pergi klinik desa ni.. sebabnya tak ramai
orang pun.. tak sampai sejam siap segala pemeriksaan berbanding kalau
pergi klinik kesihatan yang harus tunggu paling sekejap pun sejam
belum masuk cek ape semua lagi kan... memang sangat lama.. ramai kan..?

cek tekanan darah, air kencing, perut, berat dan kene injection..
sebulan sekali naik 1 kilo... bulan lepas 53.5 bulan ni 54.5...
agak2 berapa berat masa kandungan sudah 9 bulan ye...?
mesti saya kembang dan melebar kehkehkeh.. teringin nak tengok
diri sendiri gemok cemana rupanya.. dan wajiblah lepas beranak
nak kurus semula.. boleh ke tak.. haiyya.. tanak la devab2...
cik abbey tak gemor saya devab.. kurus sangat takle bagus jugakk kan..

rasanya kali terakhir kene inject di bahu masa tingkatan 3 kot..
(gambar atas tu bukan bahu saya pulak ye.. jangan salah paham)
kali ni kene lagi.. dapat pulak jururawat yang tengah praktikal..
cantik, lemah lembut dan sopan orangnya.. maka setiap tindak tanduknya
semuanya sopan-sopan belaka.. sampaikan bila cik misi cantik
tu inject saya pun tak rasa sakit.. kehkehkeh.. terima kasih cik misi..
ingatkan sakit macam dulu-dulu tu.. rupanya tidak.. tak silap saya tadi
injection tu untuk mengelakkan dari terkene kancing gigi...

yang paling bess masa misi tu mengecek perut.. di ukur-ukurnya...
di belek-beleknya tah apa dia cek tah.. pastu dia dengar jantung bayi
berdegup kencang menggunakan alat khas.. saya pun dengar..
oo macam tu ke bunyi jantung kata saya penuh keterujaan... hihi..

Alhamdulillah.. selesai sudah check-up 19 minggu.. Jumaat ni 1 June pulak
saya wajib harus mesti ke Hospital Manjung untuk pemeriksaan jantung
seperti yang diappointmentkan dulu macam saya cerita sebelum ni..
dulu pernah ada sejarah masalah injap jantung yang tidak seriyus mana..
disebabkan mengandung.. pemeriksaan semula kena la buat..
untuk memastikan kesihatan mak buyung ini lebih terjamin hendaknya..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Orang tua pun bernafsu jugakk.. kau ada?


eleh.. ingat orang muda je ada keinginan macam ini?
orang tua pun ada juga.. biarlah dia.. dia nak jugak...
jangan la gelak... pleaseeee.. jangan gelak ek....



sekadar mencuba.. atau juga melepaskan gian yang sekian lama
sudah beliau pendam mungkin jugak dari sejak muda sudah lama tinggal..



ape pon.. u tetap rock la wahai atokk...
selamat melepas kan gian ye... heh heh :))))

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

cayalahhhh :))))))








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, May 27

Kalau dah kahwin mesti pasangan tu berubah kan?


Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

****************************************************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

**************************************************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

**************************************************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

*********************************************************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

************************************************************

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

saya dan cik asven masih di awal perkahwinan.. maka tidaklah tahu betul ke tak di bahagian pertengahan dan penghujung tu.. anda yang dah kawin lame.. betul tak camni? kalau tak betul baguslah kan.. semoga perkahwinan kami dan anda bahagia dan aman sentosa hingga ke sorga hendaknya hehehe.. aminnn.... tanak la jadi macam kat atas tu... mesti sedih sikit hehe...





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, May 26

Ceritera : 7 KEAJAIBAN DUNIA yang hebatttt!


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari

"Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk

membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia"

ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian,

sebahagian besar senarai diperolehi:


1) Piramid

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan

seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan

kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah

dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.


Gadis pendiam itu menjawab,

"Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."


Pensyarah berkata,

"Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki,

dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."


Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca,

"Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah....


1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi,


Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,


5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai



Ruang kuliah tersebut sunyi seketika...........................................



Pengajaran Cerita Ini:


Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia
dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah
Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".


Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang

betul-betul ajaib dalam kehidupan anda....





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, May 25

Cubaan berpisah seminggu.. anda kuat?

aksi mengade sikit boleh kah?

Malam ini saya akan digerakkan oleh pertubuhan lakimini
ke negeri sembilan untuk program balik kampung usahasama
antara mereka berdua.. tetapi esok cik asven akan pulang ke tanah air
beliau iaitu perak secara bersendirian dan kesepian setelah menghantar
bininya ke rumah amma kandungnya di negeri sembilan..

Ini adalah kerana cik asven beliau ada mengikuti program motivasi
dan kejurulatihan sebagai motivator dan jurulatih pagi pasukan yang
mewakili negeri perak ke pulau pinang 3 hingga 7 june nanti untuk
sukan peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Sukan Kesuma..
ketika di pulau pinang nanti.. sudah pasti bininya terkinja-kinja mahu
jugak mengikuti di sana untuk makan angin barangkali..

selama seminggu bininya itu akan ditinggalkan di negeri sembilan
kerana program latihan dan motivasi akan dijalankan di ipoh mulai
27 mei ini sehingga 2 june nanti sebelum pasukan perak akan bertolak
ke penang pada 3 june nanti...bayangkan cukup banyak kenduri
yang kami terima pada 2 dan 3 june itu maka tidaklah dapat menghadirkan
diri di semua jemputan kenduri kendara yang telah ditawarkan
termasuk lah kawan taulan dan sedara mara kami.. harap mahap dipinta..

hanya hadiah sebagai pengganti diri kami yang terpaksa bertugas
pada cuti sekolah nanti.. bininya bertugas sebagai peneman aje kehkehkeh..
sekian laporan dari bininya yang relahati dihantar ke N9 memandangkan
amma beliau tinggal keseorangan selama seminggu juga akibat daripada
kakak ipar cik asven (kakak saya la yang duduk dengan mak saya)
akan terbang ke ostolia selama semingu juga untuk program cuti2 ostolia..
jangan lupa bawak kanggaru balik ye.. patung pon jadila.. buat jadi
bahan mainan anak nanti yang keluar dari perot ini.. tissstissstisss...

oh mampukan saya berpisah selama seminggu.. 2,3 hari kene tinggal
pon ada macam sedih je.. nikan seminggu.. boleh kot.. kuat yeah kuat!!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Orang bukan Islam lebih memahami Islam.. *senyum*

hanya mampu tersenyum dan berfikir tentang pandangan orang
kristian ini terhadap orang Islam yang sendiri menentang Islam..
sedih dan rasa malu bila kita sendiri yang Islam tolak Islam..
sedangkan mereka lebih memahami dari kita... nilai lah sendiri..
tak pandai nak cerita lebih-lebih... nanti takut salah ngomong :))))




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, May 24

Mengamuk mencarut di FB.. kan dah kene main!! haha


suka sangat luahkan bermacam perasaan di FB?
perasaan marah, geram, sedih, kecewa, gembira semuanya nak
dikongsikan dalam FB.. ikut suka andalah.. hak anda.. takde sapa
yang nak halang.. cume berpada-pada.. takut ada kawan yang meluat nanti..

cemana boleh meluat? yela setiap 5 minit diluahkan macam2...
setiap hari penuh dengan rasa kecewa geram dan marah sahaja..
jenuh wall tu semua dia punya luahan.. dalam frenlist saya ada yang macam tu..
tak kenal pun.. dah meluat saya hide kan news feed dia haha.. tak semak dah!
setiap luahan yang dikeluarkan mencerminkan peribadi anda sendiri..
saya? lame tak buat status luahan di FB.. tapi dalam belog ada pulak tisstiss..

saya nak sentiasa beringat macam entry saya sebelum ini..
kenapa bahaya baca la sendiri.. sama la macam kes kat bawah ni..
duk mencarut memaki hamun.. dah kene main dengan kawannya..
mesti bengang gila kan? kita yang melihatnya cume ketawa je haha..

cube klik kasik besar sikit boleh tak? kalau tak nampak la...


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, May 23

DEBAT PTPTN : SIAPA RAFIZI RAMLI???


sumber gambar

tengok Debat PTPTN semalam antara Rafizi Ramli dan Khairy?
tengok dan nilai lah sendiri.. yang tertinggal boleh tengok ulangannya
hari ini jam 11.30 pagi ni.. (cek dekat info di astro awani)..

semalam masa menonton.. saya tertanya-tanya.. siapa pulak
Rafizi Ramli ni.. hebat sungguh beliau berdebat.. nampak tenang dalam
menyampaikan hujah beliau dan sedikit emosional dari Khairy..
ape-ape pun mereka berdua tetap hebat dan berani berebat...
dah cari.. akhirnya saya jumpa.. siapa sebenarnya Rafizi Ramli ni...


LATAR BELAKANG RAFIZI RAMLI

1) Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992
dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh..
2) Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
3) Presiden, Badan Revolusi Agama
4) Presiden, Pancaragam Tentera
5) Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
6) Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
7) Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan
Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

PENDIDIKAN

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996-1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997,
Pelajar terbaik tahun pertama Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik


LATAR BELAKANG KERJAYA

1) Jeffrys Henry Chartered Accountants, London (1999-2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered
Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima
sebagai ahli ICAEW pada 2003. Selepas tamat tempoh minima latihan
di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of
Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia....

2) PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
- Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
- Pengurus termuda semasa dilantik...

3) PETRONAS/Pejabat Naib Presiden
- Urusniaga Petrokimia (2005-2007)
- Pengurus Kanan
(Perancangan Perniagaan, Operasi & Teknologi Urusan Petrokimia)
- Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
- Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga Petrokimia
PETRONAS dengan aset melebihi RM30billion...

4) PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan & Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak
syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di
peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi 20 bilion

sumber

debat tetap debat.. tapi boleh duduk semeja makan sesame.. bagus la kan :)





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Petua-Petua Tradisional Bakal Pengantin Baru


Cuti sekolah sudah hampir tiba.. kenduri kawin tak kurang hebatnya..
tiap2 hujung minggu penuh dengan undangan sampai bertindih-tindih..
meh saya kongsi sikit petua untuk bakal pengantin yang bersumberkan
dari email saya.. moga anda boleh gunakan sebelum hari bahagia anda nanti..

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah
didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin
perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum
melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:

BUNGA MAWAR

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua
memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan.
Dahulukan dengan bacaan Selawat ke atas Nabi, Surah Al-Fatihah dan
ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.... cubalah!!!


TIMUN

Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam.
Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta
menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan
otot bawah mata.


LOBAK

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan
parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan
kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada
wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

TOMATO

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan
bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah,
lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas...lihatlah nanti hasilnya!!

AVOCADO
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi
serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada
seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

LIMAU PURUT

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan
hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat
mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap..

SELAMAT MENCUBA.. DAN SELAMAT PENGANTIN BARU YAA!!





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Segmen : Saya Blogger Awesome & Cool

lama tak kena tag.. semalam saya telah di tag oleh teman blogger saya
yang bernama cik Linda kita.. segmen pon dah lame tak join..
maka kini saya terjoin semula akibat di tag kehkehkeh.. tq linda!! :))

mengikut kata linda.. ade sedikit prasyarat yang harus dibikin untuk join..
1) Follow blog encik shawal.. penganjur segmen ini...
2) Like fanpage encik shawal..
3) Buat satu entry macam saya buat ni jugak tajuknya..
4) Copy banner tu dan letak dalam entry...
5) Tag ikut suka bape orang.. sekurang2nya sorang...
6) Tinggalkan link entry tu kat dalam entry beliau...
7) Follow sponsor anda juga... tu je...

hmm sape saya nak tag ye... okla saya nak tag cik nur & cik masz boleh?



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, May 22

Keputusan Piala Thomas : Malaysia vs Denmark

selesai sudah.. perlawanan hari ini Malaysia menentang Denmark..
mata yang kita perolehi cuma 2 dan Denmark 3.. (Mas 2 - Den 3)
mata yang diperoleh oleh kemenangan perseorangan Liew Daren dengan
keputusan yang diperolehi 21-15, dan 21-13.. dan seorang lagi pemain hebat
perseorangan Hafiz Hashim yang baru je menang sekejap tadi
dengan kemenangannya 17-21, 21-17 dan 21-19...
ini bermakna kita memenangi naib johan untuk kumpulan hari ini...

bergu tadi kalah la.. sadis betul tengok si Hoon Thein How tadi main..
banyak kali buat silap.. tertanya2.. napa Tan Boon Heong tu
tak digandingkan dengan Koo Kien Kiat?? lebih bagus rasanya.. arghh!!

kalau Chong Wei dapat main tadi alangkah bahagianya kan..
malang tak berbau bila kecederaan datang kepadanya tanpa diundang..
takpelah.. semoga beliau dapat bermain untuk sukan Olimpik Julai nanti..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Jahat punya makhluk.. demi duit sanggup buat macam ni?


sekadar memanjangkan berita jahat dari sini untuk sesapa sahaja
supaya kita lebih berhati-hati.. tapi kalau dah terkena macam mana ye?
menurut sumber ini, mereka memaklumkan bahawa..

"dah dua kali member saya kene kat sini.. diletaknya minyak atas jalan,
celik je mata, mamat towing ni mesti ada.. apa kehal nya minyak atas jalan?"
berhati-hati dengan mamat baju biru ini si kaki towing car..

Lokasi : Seri Kembangan, Selangor

sebenarnya dah banyak dengar cerita jahat dari towing car buat camni..
saje bikin orang eksiden pastu datang dengan bangga sekali..
gile betul buat duit dengan cara menganiaya orang.. benci kejahatan begitu!!
semoga kita dilindungi dari manusia yang tamak haloba...
mereka yang dah pernah buat.. belum kena kat diri sendiri memang la kan..
dah terkena nanti haaa.. baru tau jering tu rasanya manis ke payau!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Piala Thomas : Lee Chong Wei tarik diri - Peter Gade menang!


baru je semangat nak tengok perlawanan di antara Dato Lee Chong Wei
dan Peter Gade dari Denmark tadi.. terus rasa semangat jatuh !!! arghhh...

LCW dah tarik diri.. beliau baru je dapat 2 mata dan kakinya tergelicik
lalu terjatuh ke belakang... sakitnya bila tengok keadaan kaki beliau..
apetah lagi beliau yang merasainya... jelas depan mata kakinya terlipat
dan buku lalinya membengkak... aduhhhh sakitnyaaaa!!!

bak kata pengulas sukan arena ni.. nampaknya kasut yang dipakai itu
mungkin baru mungkin juga tak sesuai dengan kakinya...
alaaa sedihnya.. nampak LCW menangis kekecewaan..
saya pulak rasa nak nangisss... isk isk isk isk..

akhirnya LCW terpaksa mengalah dan memberi kemenangan kepada
Peter Gade... eee tak sukeee tak sukee... dah tade rezeki nampaknya..
kene tunggulah kaki nya sembuh semula.. kesiannya!!!

semoga pasukan Malaysia yang lainnya dapat memenangi dalam Piala Thomas,
harapan penuh kepada pasangan Tan Boon Heong dan Hoon Thien How
sekarang ini sedang beraksi.. semoga berjaya pasukan Malaysiaaa!!!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...