Bukan Blog Kamu: March 2012

Wednesday, March 28

tak sihat? rehat jela.. tu pun nak kecoh! haha

2,3 menjak ni kureng sihat pulak.. takde la demam, pening ke..
cuma badan tak berapa nak kuat.. makin lama makin lembik..
malas pun mula menjelma bila terlebih rehat...
bila dilawan sakit tu dengan buat kerja bertambah pulak sakitnye..
sudahnye kene saun dengan cik asven sebab buat jugak kerja..

bosan.. asyik baring je.. main internet? lame2 pun bosan jugak..
nak tengok TV? siang2 hari memang tak layan TV..
ntah takde cerita bess pun nak dilayan.. tapi malam2 ada la..
selera makan yang haritunya dah pulih jadi tak pulih pulak..
nak makan ape pon tak tau.. malas nak makan...
tapi perut lapar mintak diisi.. haiyya.. cemana tu..

minggu depan ada check-up di klinik sini..
nak cek peyut kata nurse masa saya cek awal bulan aritu..
kene buat reminder ni.. takut lupe plak ada temujanji..
harap klinik sini dapat permudahkan urusan untuk
menghantar saya ke hospital besar untuk buat echo..

ade ke suruh saya carik report dari IJN yang dah lebih 10 tahun
dulu dan ntah mane menghilangnya report itu...
setelah berbincang dengan abang serta akak saya maka saya
akan turut kata mereka yang menyuruh saya agar meminta
surat rujukan dari klinik untuk dihantar ke hospital besar
untuk membuat pemeriksaan jantung yang baru...

dah mengandung.. jantung perlu diperiksa sebab ada sejarah..
mungkin sudah baik.. mungkin belum pulih lagi...
tapi saya tak suka la buat echo itu.. sakittttttt wooo!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wordless Wednesday # Subang Jaya ada di Kelantan!


setahun lebih saya duduk Subang Jaya masa kerja dulu..
ke ada daerah Subang Jaya di Kelantan yang saya tak tahu?


kihkihkihkihkihkih




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Pengantin paling serasi dan sensasi di dunia!

terketawa sikit bila tengok pasangan pengantin 2 sejoli ini..
jahat tau.. ada ke muka mr bean ni di edit jadi pengantin melayu..
mentang-mentangla wajah beliau lucu dan tidak lucah..
siyan kat mr bean kene sakat dengan wajah yang sebegini rupa..

teknik super impose yang boleh tahan menjadi hahaha...
tak tahan tengok muka mr bean yang jadi perempuan tu..
nampak real pulak.. kihkihkih.. ayu gituuuuuuuu hehehe...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, March 27

Bosan la dengar kes culik.. banyak menipu je!

buat penat je 'rasa kesian' kan bila dapat tau berita
penculikan.. mana tak cuak dan takut haritu baru je dapat
berita tergempar tentang adik dirang yang diculik dan
dibunuh lalu dibakar dengan sangat kejam...

banyak pulak kes culik sekarang ni...
lepas ni kalau ada kes culik melibatkan remaja harap
mahap dipinta la nak kesian ke.. nak sebarkan berita
kehilangan ke atau apa2 jela perbuatan yang kejam haha..

tapi laporan semalam dari kakak ipar saya mengatakan
ada lagi kes culik budak 8 tahun di sekolah rendah
di batu berendam melaka yang lari diculik oleh van putih..
sekolah itu dihuni oleh anak-anak buah saya disana...
oh risau jugak dengar kan...

kalu kes culik melibatkan budak2 sekolah rendah dan ke bawah
memang sangat takut sebab mereka masih mentah dan kecik lagi..
tapi kalau kes culik melibatkan remaja.. hurmmmm....
malas la nak ambik port sangat dah sekarang ni...
hilang bukan diculik tapi lari pulak diorang ni... haiyyaaa!!!!!

saya copy sikit berita yang budak hilang di shah alam dan
jumpa di Thailand tu ingat lagi takkkkkkk???

.......................................................................................................

“Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.

Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.

“Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.

“Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit,” katanya.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.


baca berita sepenuhnya disini




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Susu ibu hamil mana yang bagus?



selaku ibu mengandung di kala ini adalah digalakkan untuk
meminum susu baik untuk ibu dan anak dalam kandungan..

maka saya pun tercari-cari susu mana yang bagus untuk diminum..
selaku penggemar susu maka rasanya takde masalah nak
minum susu.. selama ini pun saya cuma bancuh susu dutch lady
aje dirumah sebagai sarapan pagi atau sarapan malam.. 

lalu saya pun buat survey untuk susu yang saya kira agak
femes untuk ibu-ibu yang mengandung.. 3 cukuplah ye...


semua produk akan kata merekalah produk yang terbaik...
bila dibuat survey tentang susu ini katanya rasanya manis..
harga pasaran RM9.90 - 200 gram dan RM19.90 - 480gram..
saya pernah rasa susu ni... hmm rasa susu la tapi tak minat la rasanya





susu enfamama menurut kawan saya rasanya takdela sedap..
harga pun boleh tahan maa.. dalam RM51.90 untuk 900gram..
ada perisa coklat dan perisa asli.. yang coklat manis pulak..
tak pernah try susu ni.. mahal jugak sebab isinya sikit..
orang kata kalu produk mahal ni bagus ya?.. terpulang... :)



susu anmum la paling femes sekali untuk ibu mengandung..
ramai yang kata rasanya paling sedap antara banyak susu
ibu hamil yang lain.. saya pengguna setia anmum la masa peknen..
harga sekotak pun dalam RM22.50 untuk 350 gram...

harga-harga untuk semua susu di atas bergantung pada kedai jugak.
ada yang jual mahal.. ada yang jual murah sikit..
tapi dalam sekitar itu lah bajetnya untuk susu-susu ni...


selain dari susu untuk ibu di atas, saya juga minum susu anlene..
memang bagus! bila saya minum anlene sakit tulang punggung saya
ketika hamil hilangg!! tambahan pula dapat juga membekalkan kalsium
yang banyak untuk bayi saya.. memang anak saya lepas dilahirkan
tulangnya agak mantap.. baru je lahir.. tapi bila pegang lama terasa
lenguhnya tangan saya.. kesan susu anlene dan vitamin kalsium
yang saya makan kot... hehehe... cubalah!!

Nak cari lagi banyak info kehamilan? klik SINI atau tengok je
di sidebar sebelah kanan blog ni boleh nampak kan kan kan!






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Senarai Peserta Super Spontan

pelanggan-pelanggan pakej mustika terutamanya
mesti dah sedia maklum tentang sebuah rancangan baru
yang menggantikan rancangan raja lawak 6 yang berakhir sudah..

Super Spontan yang bermula Jumaat ini jam 10 malam...
program spontan ni dah lama muncul cuma dalam 2 musim aje..
kalau dulu pemain tetapnya mesti ada dalam 4 orang dan
seorang akan jadi pemain jemputan... musim pertama
yang paling syok sebab masa tu ada Arwah Din Beramboi...
dialah salah sorang penghidup dalam rancangan tu..
masuk musim kedua ada kurengggggg sikit la huhuh..

super spontan kali ini menampilkan 14 peserta yang terdiri daripada
pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio..
mereka ada dua kumpulan, Beruang Comel dan Angsa Ganas yang
diketuai oleh Rashid Salleh dan Reza Zainal antara perserta hebat
masa program spontan satu tika dahulu hehehehe...

Kumpulan Beruang Comel (Ketua : Reza Zainal)
Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish Ropie & Shahrol

Kumpulan Angsa Ganas (Ketua : Rashid Salleh)
Zizan, Daphine Iking, Suhaimi, Riezman, Zahid, Tauke dan Rahim R2

(aisehhh... jozan tak satu kumpulan laaaa)

selaku penerbit Afdlin Shauki akan jadi pengkritik tetap
bersama teman boboywe nye Harun Salim Bachik..
sorang lagi nak tau sape jadi pengkritik hahahhahaha...
si budak Im sorry tu.. AMIRRRR yeahhh....!! jadi juri kau!

kalau spontan yang dulu kedua-dua musim dihoskan oleh
Sharifah Shahira kan? kali ini ditukar kepada Adibah Nor pulak..
penjurian akan dibuat berdasarkan sms 100% untuk kedua kumpulan
dan penyingkiran akan berlaku dari suara ramai ahli kumpulan..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, March 26

Nak seribu daya, kalau tak nak banyak la dalih kau!

amati gambar ni betul-betul...
ni bukan lawak tapi ada motivasi disitu nampaknya heheh..

meskipun hidup mereka nampak susah..
tapi jika hati sudah mau, kita pun boleh bikin maa...
orang lain rumahnya ada pool atau snooker set..
atau kalau takde pun boleh pegi pusat snooker
yang berhampiran tapi mereka tak ada...

jika hati dah berkehendak.. sendiri pun boleh bikin...
orang kata.. sama tapi tak serupa..
hendak seribu daya tanak seribu dalih kan kan kan?
tak dapat set yang betul2.. yang ala-ala real punya
pun boleh kan? konsep yang sama mungkin
keselesaan itu kurang.. ala nak seronok dengan kawan2..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Selamat Hari Jadi buat diri sendiri haha

gambar saya ketika dipetik bersama sebuah kek harijadi
bukan sendiri punya ketika majlis hari jadi anak buah saya
hmm tak silap tahun 2010 dulu hehehe...
oh bahagianya kalau saya dapat kek camni wuuu sedappp!!!

saya pun tak tau ape aktiviti saya pada hari ini kerana entry
ini ditaip pada 23 mac yang lalu bersamaan hari jumaat...
mungkin saya duduk rumah sahaja dan berehat..
atau keluar berfoya-foya dengan cik asven sendiri...
hakikatnya saya tak suka la keluar jalan2 skang ni...
masih dalam keadaan mabuk kepayang...

kalau nak ikutkan, hari ini merupakan hari pertunangan
anak buah saya dan pasangannya di Melaka..
mintak mahap sarah, maktam mu tidak dapat hadir di sana..
dah besar2 anak abang saya itu... tak lama lagi nak kawen..
kompom taun depan saya plak dapat cucu.. haha nenek mude yuu!!
otometik mak saya pulak jadi moyang.. wahwahwah...

bayangkan saya dah beranak nanti.. anak buah saya pun beranak..
dapat panggilan emak dan panggilan nenek.. haha.. nenek!!
eh jauh pulak tersimpang... hmm ape ye seprais yang cik asven saya
untuk saya hari ini.. kalau ada nanti2 saya buat entry lain keh hehe..

tapi hadiah saya yang cukup bermakna untuk tahun ini...
saya bakal jadi amma nanti... itulah anugerah yang tidak ternilai..
tak sabar nak menanti kelahiran baby sulung..
yang paling eksaitet kalau dah tau jantina nanti nak sangat
pegi shopping barang baby.. ohh saya sangat suke barang baby
sebab comey dan kiyut miyutttt...tapi skang ni awal lagi..
buat rileks aje sudah kan.. hehee..

semoga Allah memberkati dan membahagiakan kami sekeluarga
dipanjangkan umur, diluaskan rezeki dan dikurniakan
anak soleh dan solehah... aminnnnnnnnn

selamat berhujung mingguuuuu :))




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, March 24

Bahasa Kiasan Moden hehehe



Simpulan bahasa atau perumpamaan, hasil daripada ciptaan

orang melayu lama.. maknanya bahasa kiasan untuk

mengatakan sesuatu.. kira care modennyer.. bukan sound direct la…

yerla dulu-dulu penuh dengan adab sopan santun..

bahasa sekarang pun dah habis dirojakkan….


bende ni dah lame.. dan mungkin dah ramai gak yang tau pun…

bonus pader yang tak tau la… mari kiter layan bahasa kiasan yang

telah dirosakkan dilawakkan & di cacamarbakan…


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,

terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.


2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.


3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga
lepas tu tercium pulak tahi ayam.


4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.


5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)


6. Sebab mulut santan binasa sebab
mulut juga... nasi pun habis.


7. Biar putih tulang jangan kuning gigi
(gosok, jangan tak gosok tau)


8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu


9. Malang tak berbau tapi kentut boleh
berbau walaupun tak berbunyi.


10. Biar mati bini jangan mati anak
(boleh kahwin lagi ape)


11. Alang-alang menyeluk perkasam
biar sampai kepangkal ketiak.


12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang
ketepian lama-lama jadi letih.


14. Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri kahwin lagi satu.


15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti,
kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah!


16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.


17. Tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pula tempat kena saman.


18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri,
kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.


19. Biar lambat asalkan perlahan.


20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....


21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi
bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.


22. Air dicincang takkan putus tapi kalau
daging dicincang tandanya ada kenduri


Gelak2 jugak… tapi bende ni sekadar hiburan sahaja okey..

malu jer kat karam singh walia… walopon berbangsa lain..

tapi tgkla bahasa kiasan yang dia gunakan.. mabelesssss!!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Fakta tentang KENTUT - 18PL

Ini bukan lawak.

Ini kenyataan!

Tapi nak tergelak pecah perut !!!

.......................................................................................

S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara

yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari

darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam

perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang

tinggal dalam perut.


S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?

J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran

gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak

pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih

banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan

oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau

kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan

menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam

jumlah yang besar.


S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan

dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada

kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di

dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan

penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini

adalah suatu kesilapan.


S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih

panas dan senyap daripada kentut biasa?

J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara

yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen

pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur.

Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian

yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan

dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola

(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh.


Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik

(pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah

kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria.


Pembiakan dan proses penghadaman oleh

bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis

gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih

kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil

proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah

yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-

But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk

menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

J: Secara puratanya, seseorang boleh

menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan

kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.

Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu

kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut

dalam sehari adalah lebih mudah.


S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk

kentut kita dihidu oleh orang lain?

J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor

atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan

angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan

jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak

dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan

hilang ke persekitaran.


Namun ianya terkecuali

jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil

dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik

yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang

penyerapan ke persekitaran dan akan kekal

berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga

diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela

masa 13-20 saat antara pelepasan dan

pengesanan bau oleh hidung?


Sebenarnya kentut

berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi

mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu

oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh

bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh

bau pada masa yang sama kita kentut.


S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

J: Tidak benar selagi mereka hidup


sumber : email saya hehehe


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, March 23

Senarai Universiti Terbaik di Malaysia


khas buat untuk pelajar-pelajar yang nak sambung belajar..
nak pilih universiti terbaik ada aje di Malaysia..
nak ke luar negeri pun bagus la juga..
pandai jaga diri Insyallah pulang dengan kejayaan...

tahniah semua pelajar yang baru dapat keputusan SPM..
ada jugak dapat berita meninggal dunia lepas amik
keputusan.. kemalangan pun ada jugak...

yang tak dapat berapa bagus jangan putus asa...
keputusan cemerlang hanya pada kertas sahaja...
tetapi itu sebagai bonus untuk diri kita..
ada jugak yang kurang berjaya masa spm tapi
berjaya di hari kemudiannya akibat kesungguhan
dalam nak mengubah hidup dan diri...
pokok pangkalnya hati la kan..

untuk yang dah habis belajar dan sedang belajar..
universiti manakah yang pernah anda masuk?
tak kira mana pun anda masuk.. tak kira bagus mana
pun universiti tu.. pokok pangkalnya hati kita
yang nak belajar.. bagus U itu kalau anda tak bagus
pun susah jugak.. kalau ranking bawah atau belajar di
kolej swasta biasa aje pun tapi kalau berusaha nak
jadi pelajar cemerlang pun boleh dapat jugak kan....

selamat menempuh alam baru atau alam universitas..
selamat menjadi mahasiswa dan mahasiswi..
andalah tonggak negara di masa hadapan...

(apekehey semangat pulak saya petang2 ni hahahahahhaa)






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

" Kau mengandung teruk tak alahnye???"

sebelum kawen.. tanya bila nak kawen...
dah sudah kawen.. tanya bila nak mengandung...
bila dah mengandung.. tanya alah mengandung plak..
bila dah beranak.. tanya pasal anak pulak...
bila dah besar anak sikit.. tanya bila nak tambah anak pulakk..

alah biasalah tu tanya... jangan hati tensen.. layankan aje..
kita sendiri pun suka bertanya kan.. tak suka ditanya
duduk la mana tempat yang tak ade orang...
jangan bersosial langsung dengan manusia..
gerenti takde sapa nak tanya hehehhee.. gurau2 je ye...

nak masuk 3 bulan saya peknen.. eh yeke 3 bulan..
oh belom2.. masuk april nanti baru 3 bulan...
maka saya masih dalam mabuk kepayang..
lemah lembut gemalai bak sotong goreng tepung...
nak cerita sikit pengamalan alah mengandung..
asyik tanya je penat nak cerita banyak kali...
baik saya buat satu entry baru senang hati hihihi...

muntah? boleh katakan beberapa kali je muntah sebulan 2 ni...
ikut suka la dia bila nak keluar.. kadang2 pagi..
kadang2 petang.. malam pun ada.. tak macam
morning sickness dah orang puteh kate...

cik asven saya kata saya ni kuat.. tak muntah2 teruk
macam ibu2 mengandung yang lain.. memang la kuat..
saya kuat tahan.. eee tak suke muntah.. sakit perott woo!
muntah mengandung dengan muntah biasa waktu sakit
lain sikit ye buat yang tak tau... yang dah ada pengalaman
mesti tau cemana kan rasanya hehehhee...

loya? memang tak boleh nak elak.. tapi sekarang dah kurang
sikitla.. tiap kali loya saya makan la asam ker nak kasik hilang
loya tu.. tak makan banyak2 nanti perut jadi sakit dan senak..
nak jaga loya ni senang saya tak makan benda yang meloyakan
macam santan, air soya, makanan berminyak dan berempah..

bau busuk? memang kadang2 hidung tu jadi sensitif..
saya sangat tidak suka bau makanan berempah...
contohnya kari, ikan atau ayam goreng berempah..
mak ai.. pahitnye bau.. menusuk kalbu sampai pening..
minyak wangi okey je.. bau badan suami pun ok je..
takde plak pening2 macam sesetengah ibu hamil yang lain..

cuma saya tak boleh makan atau hidu bau kicap.. mak aih..
kicap tu bau busuk gila.. lepas tu pernah termakan sikit..
biasanya kicap manis cap kipas udang tu kan manis...
tapi rasanya macam soya pahit masam yang dah basi..
perghh... takleh makan kicap la gamaknya... babai kicap..

lapar gila? masa awal tau mengandung haritu kan..
selera makan memang putus habis.. badan pun lembik..
tapi perut sangat lapaaaa!! rasa macam gastrik je
bila lapar tuh.. selera pulak tak ada... saya pun carik la
makanan yang boleh mendatangkan selera.. akhirnya jumpe!

saya sangat ketagih makan nasi putih, ikan kerisi goreng,
ulam raja atau ulam pegaga dan sambal tempoyak...
beli kat kedai makan aje.. masak takde.. malas ini pompuan!
masak-masak dah jatuh nombor 2.. kalau cik asven masak
saya cuma jadi pembantu peribadi beliau aje..
nasib baik la beliau tau masak.. kalau tak jenuh makan luar je..

boleh kata selalu jugak saya makan menu yang sama ni...
nak makan lauk lain masih belum ada selera lagi..
andai kata tak dapat beli makanan tu saya makan benda lain
tapi biasalah kurang selera dan mesti tak habissss.. sayang!!

mengidam?? belum ada lagi nak ngidam pelik setakat ni..
yang pernah rasa sebelum ni nak tau apa dia??
saya mengidam nak minum milo ais.. mana pernah saya
order kat kedai minum milo ais.. kalau lepak kedai
mesti saya order air bali panas atau teh o panas je..
minum sejuk ni memang kurenggggg sikit la bila dah tua ni...

dah dapat minum milo ais lega sikit.. yang lawak sekali,
saya mengidam nak makan mee magee..
baham sekali dengan cik asven 3 bungkus sekali haha..
lepas dapat makan magee tu rase lega sudah...

kalau makan nasik mesti ketagih nak ada ulam..
tapi 2 jenis tu jela.. ulam raja dan ulam pegaga..
rasanya sangat sedap sekali makan dengan nasi putih
tanpa kuah dan ada sambal tempoyak..
padahal sebelum ni saya bukan makan sangat ulam2 ni..
ish memang pelik2 la perangai orang mengandung..
untung la sikit ada cik asven yang sudi memahami..
masa ni la nak mengada-ngada pun kan hehehe...

syiok pulak mengandung ni.. tak sabar plak nak beranak..
abih beranak sambung mengandung balik boleh?? haha..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Empat pelajar kolej bunuh pensyarah dan bapa

ingat lagi berita kematian seorang pensyarah kolej dan bapa
mati dibunuh di rumah mereka di Puchong tu??
hari ini berita melaporkan empat pelajar kolej swasta didakwa
atas tuduhan membunuh pensyarah dan pesara itu....

kalau betul mereka yang bunuh ke tali gantung la gamaknye..
makin berani betul manusia sekarang ni.. tak puas hati bunuh aje ye..
memang sangat menakutkan.. harap pembunuh berjaya
di dakwa dan dihukum.. suka suki je amik nyawa orang lain..
ikuti berita penuhnya di bawah ini okay!!!

PETALING JAYA: Empat pelajar kolej swasta didakwa di

Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan

membunuh seorang pensyarah dan bapanya.


Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19,

Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20,

didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap

Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11,

Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi

pada 9 Mac lalu. Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama

terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada

kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman

gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Ketika pertuduhan

dibacakan, kesemua mereka menganggukkan kepala sebagai

tanda faham. Tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk

sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa

Che Abdullah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

SUMBER





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Anak maki ibubapa dalam facebook.. hebat betul!!

nampak tak?saya ulang taip disini....

memang kau parents aku tapi kalau kau samakan
aku dengan binatang, lebih baik aku melawan jea,
sory kalau aku panggil kau SIAL (!)
memang aku dah lama sabar, bodoh -,-

bila hati dah marah cakap la ikut suka...
ikut suka binasa.. ikutkan nafsu rosaklah jiwa..
dah tak kira sape pun yang kita marah kan itu...
ramai orang gunakan FB untuk lepaskan perasaan..
tak kiralah apa jua.. marah, geram, gembira, sedih..

tapi tak semua benda yang boleh kita lepaskan di FB..
setiap ayat yang keluar mencerminkan diri sendiri..
kalau buruk ayatnya maka buruklah.. begitulah sebaliknya..
itu yang jadi baru-baru ini akibat tekanan yang melampau,
sampai sanggup keluarkan ayat nak buang anak ke dalam
tong sampah kalau takde sape nak beli anaknya...

tapi bila ibu itu dah beri penjelasan dan memohon mahap
sape yang susah dan malu? mereka dan keluarga mereka..
yang tak paham masalah ibu itu duk maki hamun dia..
sendiri jugak yang terkena.. hati-hati dalam bab luahkan
perasaan ni... takut termakan diri sendiri...

pernah satu ketika dahulu saya buat entry
sejak saya sendiri yang buat entry tu..
saya dah malas nak apdet status dalam FB...
gunakan FB untuk share entry terbaru dalam blog aje hehe..

bebalik pada gambar di atas pasal budak yang maki
parents dia nih... haiyya.. ntahla.. tak tau nak salahkan sape..
isunya bukan nak salahkan mak ayahnye atau budak itu..
bila dah bergaduh anak beranak dalam rumah..
budak2 pun keluarlah dari rumah ikut pakwe...
macam yang jadi baru2 ni ada dua kes kat pahang..

semoga budak ini insap dengan perbuatannya...
budak2 baru nak naik.. protes dan memberontak tu
memang tak lari dari remaja yang sedang membesar..
dah besar, ada anak sendiri nanti taulah dia nanti
susah payahnya nak jadi mak dan bapak... kan?





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, March 22

Mencintai tak semestinya memiliki.... isk isk isk




Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan.. .

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya. ..

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung. ..

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya. .

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..

"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...