Bukan Blog Kamu: February 2012

Wednesday, February 29

Alhamdulillah.. kini saya mengandung anak sulung




pada tanggal 29 februari ini kami sepasang lakibini
dapat berita gembira yang sekian waktu kami nantikan..
kami bernikah pada 30 april tahun lepas bermula dari
pasangan PJJ dan akhirnya saya berpindah mengikut suami
setelah hampir 6 bulan lamanya kami berPJJ...

mulanya ada jugak yang tegur... "kau peknen ke?"
tapi saya selalu mengaku "tak kot"
selagi tak nampak kepositifannya maka saya tanak ngaku..
"dah peknen ke?" ada yang tanya macam tu.. lalu saya jawab
"macam tak je kot" haha tak konpiden je jawapan..
boleh kate lepas kawen tu tiap2 bulan ada tanda2
macam orang mengandung.. tapi tetap datang bulan jugak..
maka saya anggap je la takde..

pernah jadi lepas kawen dulu lewat 2 minggu..
saya ingat kan peknen.. bila dah cek urine 2 kali tetap negatif..
maka bukan lah nampaknya saya mengandung pada tika itu..
takpe.. rezeki di tangan Allah.. kami tetap berdoa dan berusaha..
akhirnya kini diperkenankan.. Alhamdulillah...

pada mulanya dah fikir dah kalau tak jadi bulan ni
ingat nak buat pemeriksaan kesihatan ke kan..
tapi tak sempat pun nak buat.. hanya berdoa, buat solat
hajat sikit secara berjemaah dan berusaha serta tawakal je..

2 minggu dalam bulan ni saya senggugut..
ingatkan nak datang bulan.. tapi takde pon...
sampai lah saya sudah lewat 2 minggu..
kesihatan makin tak berapa baik...
muntah, loya, pening, mabuk, letih gile,
dan beberapa tanda lain yang malu plak nak cakap haha..
tapi saya buat rilek je.. sehinggalah saya beli Urine test itu
di kelenet akak saya minggu lepas masa saya balik N9..

saya ada cerita sebelum ni kes saya letih melampau
tidur gila2 macam beruang kutub baru dapat salji..
jadi singa lapar asyik makan dalam 2 jam sekali...
abih la makin gemuk la pasni hohohoh...

lalu saya pun cek urine pagi tadi.. ye betul la ade 2 line..
maka kami tak tau nak kate ape cume sengeh2 gembira,
sujud syukur lalu menelepon keluarga untuk makluman lanjut..
dalam pukul 11 tadi terus menuju ke kelenet..
agak lewat sebab cik asven saya pegi sekolah dulu...
tu pun kami makan tengahari dulu siap2..
sebabnya perot saya dah pedih gila nak makan..
padahal baru je makan roti 3 keping.. pun tak kenyang gak..

setelah menunggu sejam gitu.. dapat jugak lah cek urine
di makmal kelenet itu.. nyata tetap positif jugak..
tapi sayang tak sempat plak nak buat buku merah...
nurse suruh datang pagi besok buat buku...

selesai semuanya.. kami pun menyinggah sebentar di rumah
mak mentua saya yang dekat dengan kelenet itu..
sampai je rumah, ader plak makanan.. terus jadi lapar balik..
haha baru je 2 jam melantak nasi.. rasa lapar lagi...
cik asven saya mula pelik tapi dia buat2 paham jela...

oklah.. tu je nak kepochi sikit petang ni...
esok sambung lagi di bahagian buat buku pulak..






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tips menumbuk cili dengan sungguh selesa!!!



Alhamdulillah.. jumpa jugak panduan bagaimana
nak menumbuk cili dengan selesa sekali...

buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang suka masak2..
dan suke menumbuk cili dengan menggunakan lesung batu..
pernah rasa kan biji cili terpelanting ke muka, tangan dan lelain?
dengan sebab itu akan membuatkan menjadi pijar sehingga rimas kan?

dengan cara begini.. pengalaman pahit itu akan hilang
jika anda ikut tips ini.. semoga anda lebih selesa
untuk menumbuk cili tanpa rasa pijar lagi di mana2..
mari kita saksikan tips menumbuk cili dengan selesa...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



orang kata petua orang tua ni memang berguna...
boleh lah anda amalkan cara begini...
tapi jangan sampai lemas dalam kelemasan pula..
pastikan ada lubang untuk anda bernafas kalau tidak......
arwah la anda ketika menumbuk cili itu... heheheheheh..

SELAMAT MENCOBAAAAAAAA!!!!








Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wordless Wednesday # Family Day @ PD

apemende la persembahan saya & cik asven di tengah2 tu haha











kejadian bulan lepas.. lupe nak apdet hehe...
sebelum ini berfamily day di melaka... kali ini
bertempat di PD bersama keluarga mentua cik asven
merangkap keluarga saya jugalah nampaknya...

kejadian selama 2 hari.. tapi kami berkesempatan
untuk join sehari sahaja... sukaneka beraneka-neka
yang dijoin oleh yang lain2 tak dapat kami kecapi
kerana kami sampai lewat atas sebab2 yang tak dapat elak..

acara kolam renang tak dapat dirakam kerana
ada 2 kolam renang.. satu bahagian lelaki dan perempuan..
bila kat tempat perempuan ape lagi bukak tudung lewww...
sangat besss la ini tempat.. harap family day akan datang
buat tempat jauh sikit plak.. plannya nak ke pangkor..
harap menjadi lah tahun depan.. Insyallah.. :)




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Ibu bayi buat laporan polis, pekerja taska kejam!!!




KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya

sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya,

Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah

pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal

pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula

dililit ketat dengan kain bedung.



Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman

video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum

rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.



Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu,

pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai

masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak

yang memandang serong terhadapnya.



“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah

mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang

dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi

merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


nak tengok video staff yang takde hati perot tuh??


saya dulu pernah keje sementara di taska..
kalau tau caranya tak payah nak bendung2 cam mayat tu...
tak payah nak tampal pakai plaster...
apela.. takde hati perot langsung buat kat budak2 macam tu...
semoga pekerja itu diberi pengajaran...
kesian kat majikan taska itu.. boleh rosak bisnes orang itu.. haiyya..







Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tahniah Cikgu Amey.. semoga jadi juara!!


2,3 minggu kebelakangan ini beliau (cik asven) sangat bizi
sebagai coach bola sepak pasukan sekolah yang di ajarinya..
seperti yang di hebahkan sebelum INI dan INI..

setakat ini, kesemua perlawanan berjaya dirangkul
oleh pasukan beliau.. tahniah buat pasukannya!!
seperti yang saya kopikan berita ini dari FB sekolahnya..

kelihatan beliau yang berbaju merah berseluar kelabu
sebelah kanan bersama adiknya berbaju merah berseluar biru
sedang memberi kata perangsang dan semangat terakhir
sebelum perlawanan berlangsung semalam.....

Alhamdulillah, pasukan Bola Sepak Bawah-15 Tahun

Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA) berjaya mara

ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD

Perak Tengah 2012 setelah berhempas-pulas menewaskan

SMK Changkat Lada dengan jaringan 6 berbalas 0 sekaligus

mempertahankan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan.

Pasukan yang akan ditentang pada peringkat separuh akhir esok

hari adalah SMK Sungai Ranggam (SEMESRA).

SEMESRA mara ke separuh akhir setelah mengharungi perlawanan

yang sangat dramatik menentang SMK Dato' Seri Maharaja Lela.

Keputusan berakhir dengan keputusan 1-1 setelah masa tambahan tamat

begitu juga dengan keputusan penalti yang berkesudahan

dengan keputusan 7-7. Bagi memutuskan pemenang yang akan mara

ke separuh akhir menentang SARJANA, lambungan syiling diadakan.

Akhirnya, SEMESRA memenangi lambungan syiling dengan keputusan 2-0.

Bersama-samalah kita mendoakan kemenangan bagi pasukan

Bola Sepak Bawah-15 Tahun SARJANA pada peringkat separuh akhir esok

hari menentang SMK Sungai Ranggam (SEMESRA) supaya mara ke

peringkat akhir seterusnya bergelar Juara ! Doakan juga agar mereka

dapat mempertahankan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan kali ini.

Nahwal Imtiyaz !



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, February 28

Scene Vanilla Coklat yang tak jadi .. hahaha


atau di kenali sebagai bloopers...
beberapa scene yang tak jadi dan di delete untuk
menjadi tontonan umum di rancangan TV...

2,3 kali ulang tayang bloopers ni.. hahaha..
lawaknye mereka dan sangat comelll!!!



"grrrrr"

amboi amir.. camtu sekali bunyinya... haha..


"u r my wife.. my love.. only u.. (gedenganggg) ha lantakk!!"

lorhhh.... bahasa jiwangnya telah meruntun hati
frame gambar terbabit.. sampai jatuh!! hahaha...

banyak tergelak je la diorang nih...
macam bercinta betul2... comel n sangat suwittttttttttt!!





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Selamat Pengantin Baru Rina Salleh!!



bahagianya dan berseri wajah dua mempelai sejoli
di hari perkahwinan mereka baru-baru ini...

saya cuma dapat melihat gambar sahaja di FB beliau..
nak pergi tak dapat macam saya cerita SEBELUM INI
kenapa saya tak dapat menghadirkan diri di resepsi beliau
di Taman Botani Shah Alam sabtu yang lalu... wuwuwuw sedddeyy!


nampak sangat secocok sekali dong pasangan ini...
buat rina dan pasangangannya afiq...
semoga jodoh kalian dipanjangkan hingga hujung nyawa..
selamat berbahagia hingga ke sorga hendaknya...
moga di kurniakan zuriat yang solleh dan sollehah,
bijaksana, jelita dan kacak selamanya hehee..
semoga menjadi isteri dan suami serta ibu dan bapa mithali..

di shah alam mereka bertemakan baju pengantin kale pink...
ape pulak tema mereka di JB minggu ini...
ingat nak menjengah di resepsi suaminya di sana..
tapi apakan daya.. saya dan suami pula bercuti
di negeri jiran pula pada sabtu dan ahad ini...
tak dapat jugalah nak menonton resepsi mereka..
harap mahap dipinta... wuwuwuwuw seddeyyy :(






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Vanilla Coklat episod 11.. zara & amir bercerai?


nampaknya episod 11 ni segigihnya mereka berusaha
untuk menceraikan zara & amir dengan pelbagai cara..

hanya kekuatan zara & amir sahaja yang tidak akan
memutuskan hubungan mereka... berjaya atau tidak
rancangan mereka memisahkan pasangan ini?

rasa-rasanya mereka ni jadi cerai tak???
dugaan semakin hebat.. suke tengok amir maki hamun
si liana itu sambil menyepak tong sampah berdekatan.. haha..

susahkan? kalau pergolakkan rumahtangga dicampuri oleh
urusan keluarga.. betapa susahnya mereka nak berbaik dan berbahagia
bila dah dapat, ada pulak yang dengki sampai nak bercerai berai..
jahat tul manusia yang nak meruntuhkan masjid orang lain ni..

sama2 kita saksikan ini malam bertempat di rumah sendiri
di depan tv anda tepat jam 9 malam sambungan seterusnya..
bercerai atau tidak kita tonton sahaja cerita ituuuuuuu...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Keletihan yang melampau.. apakah?


jumaat lepas pulang ke NS untuk mengunjungi adik saya
hari ahad kami segera pulang ke perak semula...
tiba jam 3 petang... rehat sebentar dan akhirnya
kecundang ketiduran sampai petang...

sebelah malamnya cik asven ke klinik membawa pelajar
sakit akibat luka di tapak kakinya... alang2 itu...
dia pun membuat pemeriksaan kerana beliau mengadu
badannya tak sedap macam selalu...

setelah di periksa nyata beliau sudah demam...
mc telah diterima dan ubat juga di berinya...
maka bercutilah suami saya semalam akibat demam
yang boleh tahan panasnya..lama sungguh beliau tak demam..

saya nasib baik tak demam... tapi lain pulak penyakit yang datang..
sakit perut berpanjangan tapi bukan cirit birit...
tak tau sakit ape cuma bubuh minyak angin sahaja...
letih macam 15 hari tak cukup tidur... maka seharian lah kami
merehatkan badan yang sangat letih itu...
bangun kejap baring balik.. begitulah sehingga petang...

sampai ke hari ini saya rasa letihnya..
ohh haii.. apakah yang membuatkan saya letih sangat ini...
perut sekejap sakit sekejap baik pulak...
kejap lagi kami nak ke imigresen teluk intan untuk
membuat pasport.. kang pegi bercuti tade pasport
dikatanya pendatang haram kang... oh tidakkkk!

oh letihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, February 26

salah terjemah : SECTION = SEKSI ???


orang kata kalau tak pandai boleh belajar..
boleh jadi pandai tapi jangan pandai-pandai..
ini dah memandai namanya suke suki tukar begitu..

haha... haha.. haha...

kalau nak ikut logik memang la kan...
tapi maksud sebenar nya bukan lah macam tu kan..
hehehe gurau sendawa di hari ahad yang mulia ini...
selamat berhujung minggu...!!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Rusuhan ikan pari di lautan dalam



di ambil gambar ini dari email saya
berkenaan rusuhan ikan pari secara besar-besaran...

aduhh!! inilah pertama kali saya tengok ikan pari
berenang secara berjemaah macam di bawah ini...

Subhanallah.. sangat kagum dengan ciptaan Illahi ini..
takut pun ada hehehe.. takleh bayangkan kalau tengok
depan mata punya banyak nya ikan pari dalam laut...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



amacam.. cantik kan?? banyak gila beribu riban
beratus riban agaknya ikan2 ini berenang tak taula nak pegi mane..
mungkin sedang membuat rusuhan? sedang berhijrah mungkin?
wallahua'alam....



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, February 25

haha lawak gila!! facebook versi orang UTARA!!!! haha

lawak la jugak.. ade la jugak saya tergelak...
sapa la pandai2 pegi tukar pesbuk ni jadi slang utara nun..?



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Notifikasi facebook untuk gadis cun dan seksi..

bila dah HOT .. mesti ramai jejaka yang berkenan..
bila biasa2 je.. tak ramai yang kacau....
pandai-pandai jaga diri Insyallah selamat lah anda..

jangan sampai terperangkap cinta palsu FB...
dan pernah keluar berita berkenalan melalui fb..
bila di ajak jumpa.. terus jumpa...
tapi sayang... gadis malang itu dirogol secara berjemaah...
oh sadis dan tragik sekali.. hati2 gadis cun di luar sana...
jangan sampai terperangkap dengan jantan tak guna..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, February 24

Gambar TERCOMEL dari Yusri dan Lisa Surihani


selamat sudah dinikahkan semalam... ehemm :))
sangat bahagia je bila tengok gambar2 pernikahan mereka ni..
jelas nyata kebahagiaan dan kegembiraan terpancar di wajah
masing-masing yang sorang emsem.. yang sorang lagi jelita...
sudah jodoh dan tersurat mereka berdua akhirnya disatukan..

tahniah buat pasangan ini...
semoga kekal bahagia hingga ke sorga..
yang lucunya.. banyak la status2 di Fb ke atau blog
meluahkan rasa kecewa terhadap lisa terutamanya
jejaka-jejaka malaya yang meminati bintang jelita ini hehehee..

takpela.. bunga bukan sekuntum...
fakta : perempuan lebih ramai dari lelaki kan???
ape pun sekarang tamatlah riwayat lisa sebagai seorang bujang
malah kini bergelar seorang puan kepada encik yusri...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Kad undangan perkahwinan Rina Salleh sudah tiba




sudah tiba di perkarangan rumah saya ini sejak minggu lepas lagi..
tapi kenapa baru nak hapdet sekarang wahai elbert yang lehembab!

suatu hari yang hening di bulan lepas...
saya dapat mesej di FB dari seseorang lalu saya pun membukanya..


salam bert, kita nak invite wedding 25 feb ni insyaAllah.

datang tau:) nak alamat nak pos kan kad....


oh tak sangka.. rina sudi jemput saya di perkahwinannya...!
setelah memberi alamat sambil mengucapkan tahniah
maka saya pun menunggu ketibaanya...akhirnya sampai juga...
setelah dibelek-belek kad yang comel itu dan dibaca
dari kulit ke kulit maka saya terkedu melihat tarikh
perkahwinan beliau iaitu 25 haribulan februari ini..

aisehhh... betapa kecewanya hati sebab tak dapat pegi..
adik saya bertunang pada esok hari serta saya jugak
yang ngandamnye pada esok hari... bertindih tarikh la pulak..
baru nak mengidam nak pegi kenduri kawin rina ni..
sebab memang teringin sangat nak pegi dari dulu...
lagi2 kad undangannya sudah ada di dalam genggaman... :(

kecewa sungguh.. tapi apakan daya...
nak pegi belah suaminya pulak masa tarikh itu saya
sedang bercuti dengan suami saya di negeri jiran...
kalau di singapore mungkin boleh turun JB jap..

jangan tak tau atau buat2 tak tau.. hehee..
rina ni juara gadis melayu tahun lepas...
saya memang terfolo program ni setiap tahun..
kenal beliau pun dari FB sebelum masuk gadis melayu lagi..
dan pernah jumpa beliau DISINI dan DISINI

ikon remaja yang boleh dijadikan contoh..
gadis ayu, lemah lembut dan sopan santun..
sangat cemerlang dalam dunia perniagaan yang
membuatkan saya kagum dan menjadikan ikon contoh buat saya..

tahniah RINA SALLEH!!! sila terjah belog somel dia tuh hehe
hari ini beliau akan dinikahkan dengan pasangan serasinya..
selamat pengantin baru Rina.. semoga bahagia hingga ke sorga...
lekas2 dapat baby yang mesti comel macam mama n papanya..
harap mahap tidak dapat menghadirkan diri di Shah Alam itu..
kerana adik saya juga bertunang di hari yang sama.. wuwuw.. seddehh :(

sangat suwiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttt gambar2 diorang nih hhuhu!!
rasa cam nak amik gambar dengan cik asven saya camni gaklah hehe..
rina pinjam gambar bolehh??? opsss...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

eeee.. ada orang tu nak bertunang laaaaa!!!!


petang ni saya akan pulang ke negeri sembilan bersama suami
untuk mengadiri pertunangan bukan perkahwinan seseorang
pada esok hari kerana saya seorang kakak kepada seorang adik'
yang ingin bertunang katanya dengan lelaki pilihanya sendiri..

gambar di atas merupakan saya sendiri di kala bertunang...
bukan adik saya sebab gambar tunang nya belum petik lagi..
esok kami petik dan rakam lalu letak disini nanti hihihi...

disebabkan beliau pulak yang bertunang...
saya tak dapat menghadiri kawan saya yang berkawin esok hari..
mahapkan diri ini kawanku... sesungguhnya hati ini nak pergi
keduanya sekali.. tapi apakan daya.. berlainan negeri...
siapa kawan saya yang kawin tu?? jap lagi saya hapdet keh hehe..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Pesanan ayah Adik Faris Daniel buat semua ibu bapa


Pesanan dari ayah kepada Allahyarham

Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan

pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...


1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia.

Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm..

mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.


2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu,

kita cubalah berikan. That might be the last night that

he/she ask for something.


3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang...

That might be the last day that he/she drinks it.

Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je.

Pemberian dari ibu/ayah kepada anak.


4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah.

That might be the last day that we can see him/her being active.


5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang...

That might be the last food that he/she eats.


Sayangi lah ahli keluarga anda sementara masih ada..

Berbuat baiklah pada semua orang supaya kita disayangi…

Al-Fatihah buat adik faris yang comel itu…

Syurga menantimu… bahagialah disana ye dik..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tips membuang TIMELINE dari facebook



khas untuk bukan penggemar timeline yang menyesal...
kepada yang masih menten layout asal.. tahniahhh!!


anda sudah terbuat TIMELINE di facebook?
rasa menyesal dan tanak buat lagi macam saya??
sangat semak dan serabut bila pakai timeline ni kan?

mungkin ramai yang dah tau cemana nak buat..
saya nak kasik lagi buat tak tau cemana nak buat..
saya sudah buat.. memang terhasil bila hilang timeline itu..

tapi jika di view oleh orang lain menggunakan web browser
yang tak sama dengan kita atau PC lain yang tak download ini
maka pengguna lain itu tetap nampak kita pakai timeline lagi..
perkara ini telah teruji keberkesanannya...

untuk membuang timeline itu.. pilih browser kesukaan anda
lalu download pastu tutup browser anda itu dan bukak balik...
certengok certengok di FB anda itu.. hilang sudahhhhh!!!

selamaat mencobaaa!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...