Tuesday, March 27

Bosan la dengar kes culik.. banyak menipu je!

buat penat je 'rasa kesian' kan bila dapat tau berita
penculikan.. mana tak cuak dan takut haritu baru je dapat
berita tergempar tentang adik dirang yang diculik dan
dibunuh lalu dibakar dengan sangat kejam...

banyak pulak kes culik sekarang ni...
lepas ni kalau ada kes culik melibatkan remaja harap
mahap dipinta la nak kesian ke.. nak sebarkan berita
kehilangan ke atau apa2 jela perbuatan yang kejam haha..

tapi laporan semalam dari kakak ipar saya mengatakan
ada lagi kes culik budak 8 tahun di sekolah rendah
di batu berendam melaka yang lari diculik oleh van putih..
sekolah itu dihuni oleh anak-anak buah saya disana...
oh risau jugak dengar kan...

kalu kes culik melibatkan budak2 sekolah rendah dan ke bawah
memang sangat takut sebab mereka masih mentah dan kecik lagi..
tapi kalau kes culik melibatkan remaja.. hurmmmm....
malas la nak ambik port sangat dah sekarang ni...
hilang bukan diculik tapi lari pulak diorang ni... haiyyaaa!!!!!

saya copy sikit berita yang budak hilang di shah alam dan
jumpa di Thailand tu ingat lagi takkkkkkk???

.......................................................................................................

“Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.

Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.

“Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.

“Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit,” katanya.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.


baca berita sepenuhnya disini



12 comments:

Unknown said...

macam².....tak tahu la

MISS Z BERCELOTEH said...

macam2...nak kesian pun tak jadi..walhal kita takut benda2 yg tak sepatutnya terjadi..tpi diorg bleh buat permainan pula

Diana @ BKKC said...

bdk2 skang dah pandai memberontak ye?...ishhh..nak kena baba sorang-sorang ni. Kenapalah ye? pd masa kita dulu..ada jugak marah/stress dengan mak bapak..tp takdealh smapai ke tahap nak memalsukan kes xulik dr sndiri.. Ishh...

abghani said...

risau kes culik merlibatkan gadis bawah umur

Reena Sidek said...

yang remaja tu kita fed up sangat... ingatkan betul kena culik rupanya ikut bf...

kalau budak sekolah rendah tu... tu kena risau sbb mereka ni kecik sangat dan mentah... kena bagi lebih perhatian...

Miss N™ said...

kalau zaman kita dulu, memberontak dengan cara xmahu mkn, punggah baju2.

tapi budak zaman sekarang punya memberontak lagi dahsyat..!

dah 2,3 kali dah kes mcm ni, mmg lepas ni malas nk kesian2...

eMMe said...

tipu2 la..nnt kene culik betul2 dah tak percaya...fadan mukew..

Anonymous said...

zaman sekrang dah mcm ni..ank cucu kite akn dtg,mintak2 trpelihara la..takut sgt..-,-

BERT said...

ntahla.. tak tau nak cakap ape.. wat hati tensen je bila baca berita macam nih eeeyyaii

•NADiERA SUNDARA• said...

betul. kesian mak bapak. memenat je ke hulu ke hilir mencari anak.apa nak jadi bebudak zaman skang nih. eceh. ckap macam org tua pulak. apa2 pun, jemput ramai2 ke blog saya ya?
http://dieranadieraulalaaa.blogspot.com/ =) tq

Abang Karu said...

bila dgr kes kena culik ni kita mmg kesian......tapi bila dpt tau yg diorng ni mmg lari dari rumah ni...jd menyampah pulak...huhuhuhhuuu

misshannajr said...

pihak berkuasa patut buat sesuatu tuk kes mcmni..buang masa dan tenaga jer..patut penjarakan jer remaja mcmni..kalau dah muda2 lagi boleh plan bnda2 besar mcmni hingga melibatkan negara tak heran besar nnt betul2 jd penculik pulak..nak sgt kot dorang ni kena culik sungguh2..geram sgt!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...