Thursday, March 31

Hikayat Merong Mahawangsa Kutip RM6 Juta


selamat pagi khamis...
terbaca pagi ni di berita BERNAMA...
filem ni dah dapat 6 juta.. wow!! banyak tuhh!!


ramai sudah yang pegi menonton..
ramai sudah yang sudah kasik feedback itu begini..
persolannya adakah saya sudah menonton??



heyy!! sudah semestinya belommm!!!


belum berkesempatan lagi nak menonton..
masih lagi mencari ruang2 masa untuk menonton..
adakah masih sempat lagi???
sedapkah cerita ni?? mesti sedap yer??
kalo tak takkan ramai2 pegi terjah panggong
memunggong di kerusi panggong berejam bersila panggung...




jum layan sket sedutan berita dari bernama....


KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.


Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.


"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram," katanya kepada pemberita selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, mewakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Norman berkata selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.


Beliau berkata kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa.

Wednesday, March 30

Senarai nama awek ym seksi



sori saya tiada senarai nama itu...

sori saya tidak seksi seperti itu...

sori saya tak minat nak buat entry itu...

sori anda telah tersesat masuk dalam Bukan Blog Kamu...



Anda itu sungguh lucah lagi melucah lucah..

Anda itu sungguh tidak senonoh lagi tak semenggah..

Anda itu sungguh bahaya lagi buat orang menyampah..

Anda itu jantina jenis apakahh?? laki kah perempuan kahh??



sukahati kolaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!



30 hari mencari cinta....


harini bersamaan 30 haribulan mac baru yer...
akan dinikahkan 30 april nanti...
bersamaan juga 30 hari untuk mencari cinta....
dengan kekasih hati dulu kini dan selamenye...


debaran kian terasa..tidur makin talena...
rase gusar, gundah, gulana, gembira, gayat, gerun dan gendut..
kini dalam proses jemput menjemput undang mengundang..
dari sehari ke sehari semakin sibuk dengan persiapan terakhir...
hati gelisah Tuhan sajer yang tau...


sungguh pun wajah ini sentiasa tersengih macam kerang masam..
sungguhpun wajah ini sentiasa ketawa macam hantu kak limah..
hanya menutup segala kegusaran yang melanda jiwa perut ku ini...
moga DIA memudahkan segala urusan...
melancarkan segala perjalanan... menyenangkan segala persiapan
agar semuanya baik2 sahaja tanpa gangguan & halangan....


kepada masyarakat yang mengenali saya..
tinggalkan alamat untuk proses pengundangan yang diundang..
yang mana dah meninggal kan alamat.. tunggu kehadiran
kad undangan yang simple mimple berwarna emas gold tade karat...
sekian laporan cintancintun saya untuk masyrakat setempat..



Tuesday, March 29

Senarai Peserta Maharaja Lawak 2011





Ramai yang dah sedia maklum program lawak baru..
sungguh esaitet nak tengo program ni..
bayangkan semua yg beshh2 masuk bertanding...
hohoh mesti gamat sungguh pentas maharaja lawak kali ni...


bersiaran di Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Ulu Klang, 68000 Ampang KL 1 April ni jam 10 malam...
huh.. jauh plak nak pegi nih...tengoklah kalo rajin sampai ler hihi..
rase jauh plak dari subang nak g saner.. hmm :(



Dato' AC akan jadik pengacara...
oh kenapa bukan Aznil yer...
sayang AF dah sambar paknil dulu hihih....
oklakot pakai beliau ni.. lawak gak dia nih...


moh kiter layan peserta2 maharajalawak tahun ni...













yeahhh mereka bergabung..
saya sangat suka gilak dengan diorang ni..
mesti lawak diorang menjadik2...
ader potensi jadik juara nih..
tapi kalo ader lawak2 lain yang boleh mengalahkan jozan ni..
abihla jozan hehehee.....

saperla yang pegang gelaran MAHARAJA LAWAK plak kali ni...
aper plak hadiah2 untuk pemenang2 program ni????
sangat2 lumayan dan wowwowee.....
bukan mudah nak bagi orang ketawa...
tapi mudah nak bagi orang menangis...


Hadiah

Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000


Sistem Undian

50% Juri
50% SMS

SUMBER

Giant USJ - Stock Clearance


aha.. pantang dapat tau kalo ader sale nih...
mesti terkinje2 nak melibatkan diri dalam kancah penjualan
secara murah-murahan dengan gemilang sekali....


perancangan untuk malam ini...
menyerbu giant usj yg bersebelahan dengan mydin usj itu..
orang kate giant tu nak tutup sebab nak bersaing dengan mydin
yg jauh lebih murah dan terlebih2 muatannya agak susah..
maka dengan itu mereka pon membuat stock clearance....


bayangkan.. harga bermula dari sehengget sehingga 15 hengget jer..
segala keperluan dapur, peribadi dan pakaian pon murah2 weh..
tapi kan, kater si member dia dah pegi ahad lepas..
memang padat serta mampat dengan manusia yg memborong..


adakah masih ader lagi barang2 disitu??
adakah saya masih dapat barang2 keperluan saya sehari2..
adakah adakah adakah adakah? kahkahkah....


saya mendoakan kejayaan saya mendapatkan barang2 itu..
dengan harapan masih adakah lagi simpati di hati ruang penjual
untuk menjualkan barang2 itu kepada kami serumah...?
ohh moga dipermudahkan urusan dan perjalanan ke
giant ini yg mengambik masa 5 menet sahaja...
sekian laporan hangat tahik hayam untuk harini.....



Thursday, March 24

Lelaki durjana atau lelaki bijaksane??




Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak

membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya.

Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya.

Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.



Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya,

"Mengapa kamu membelikan isteri mu

cincin berlian, bukannya kereta?"



Lelaki tersebut tersenyum dan berkata,

"Susah mencari kereta palsu."..;)


mekaseh kak waty kongsi cerita ni.. ehhehhee suke suke suke




Sharing mering dalam topik Kad Jemputan dah siap


sape yer rajinnyer mengesher2 entry saya tu...
rasenye tade pe yang menarik...
kad pun suku jer..
hmm pelik2..


aper pon mekaseh banyak2...
sebab sharing mering itu telah membuatkan
entry paling banyak diview oleh masyarakat
yang telah menjengah di blog ini...
sehinggakan sehari mencecah ke 7 rat lebeh
telah tersinggah ke sini oh luper nak perinsekerin,...
biasanya dalam 3,4,5 ratas sehari kalo update dalam 5,6,7 entry sehari...


saya sangat gayat kerna blog saya ini tidak lah fofular maner pon
cume menggunakan khidmat encik pesbuk untuk
menarik masyarakat pesbuk datang menjengah dengan selamber...


mekaseh banyak2 datang sini secara langsung atau secara tertunda..
sekian harap maklong....



Wednesday, March 23

Doa Pendekat Jodoh






Barangsiapa yang belum ketemu jodoh..

maka bolehlah juga dipanjatkan doa ini....

moga kalian bertemu jodoh.. aminnn....







Tuesday, March 22

Pergghh hamik ko!! sakit takkk??? (21SG)





http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

sakitnya menanggung derita....
akibat perbuatan yang tak semenggah memanjat pagar
sehingga menusuk kalbu di dada...
ohh tidak lah di dada.. tapi di bahagian lemak berkrim.....


tidak pasti jantinanya apa... kerna rupabentuknya tidak lah ku kenal...
ape kojela main kat pagar tu... ke awak tu perampok...
haaaaa jangan la main2 dengan benda tajamm..
tak elokkkk tu!! kan dah kene.. adehhh sakitnyerrr!!
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.com


awww awww auuchhh!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...