Tuesday, November 1

saya berdosa sebab berkecil hati (Y_Y)...........



saya orangnya sangat sensitif..

mudah tersentuh cepat simpati dan sangat cengeng..

tau ape cengeng?? kuat menanges la...

tengok kekejaman boleh menangis.. kehilangan sesuatu

mudah menangis.. kecik ati dengan seseorang pun menanges...

pendek kata saya ni pompuan murahan air mata la... hahaha...


tapi kan.. saya terbaca satu artikel di pesbuk..

menyatakan jika kita terkecik ati pun dikira berdosa...

aisehh... saya memang banyak kali mengecikkan hati saya..

sebab saya ni sensitip.. tak suke dengan pengasar..

tak suke dengan pembengis dan tak suke dengan pemfitnah..

saya cume suke dengan pelawak je sebab boleh gelakkan saya haha..


moh kita layan satu coretan pendek je dari seseorang

yang saya kopitehmilokan dari pesbuk...pendek tapi sangat bermakna..

sehingga saya teruja nak berkongsi di sini...

kerana saya selalu mengecikkan hati saya.. oh banyaknye dosa...

moga kita mendapat sesuatu dari maklumat ini...


Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.

Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati....



Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.



Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati
dgn

penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.


Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?


Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu

adalah peringatan daripada Allah.


Anak: *blur*


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah.

Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita

yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut,

bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan.

Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.


Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'


Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita.

“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya.

Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.

“Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…”

jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.


Anak: *termakan cili . hee (",)'

So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...


"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...

Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim

kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T

telah menutup aib dan kelemahan kamu."


3 comments:

Ku Azhar said...

hati sy terkecik ari nie T_T

Unknown said...

:) jgn cepat kecik hati dan menangis.....

meh abg pujukkkan.....eh silap, en asven pujukkkan

the kiro l qoqoy91 said...

baru tahu.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...