Monday, August 15

AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG



AMARAN LEMBUT!!


Maklumat ini adalah untuk simpanan sendiri je..
saya curi dari email saya sendiri yang difoward oleh pengirim email..
saya sangat kedekut sebab saya nak bolot sorang maklumat ini...
tetapi jika anda mahu tahu ape maklumat ini..
teruskan membaca hingga ke akhirnya terutamanya
yang bakal jadi amma dan appa tak lama lagi... hihi..

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh
suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT 

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak
yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik
yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam
menjalin hubungan dengan isteri. 

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang
mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi
akhlak anak yang akan lahir nanti. 

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf,
Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

sekian.. ader sambungannya nanti..
buat bakal bapa.. inginkan zuriat yang soleh solehah boleh la amalkan...



11 comments:

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..