Bukan Blog Kamu: October 2010

Saturday, October 30

Kursus Perkahwinan


gamba heyasan semate2 tadekenengene dgn N3 ni


Bulan oktober pon akan selesai pada esok hari jam 11.59 malam nanti...
masuk suda bulan november pulee...

persiapan perkahwinan antara kami perlulah di mulakan secara beransur-ansur...
agar tak kelam kelibut di kemudian ari..
sudah masuk november plak ni....
lagi 2 bulan abih sudah tahun 2010...
masuk plak tahun baru 2011....

tahun depan...
insyallah kami akan menamatkan zaman bujang
setelah bekenalan & bercinta hampir 9 tahun...

pahit getir susah senang suma kami dah lalui...
kalo dah jodoh tak kemane yer orang kate...
insyallah... muge dimudahkan segala urusan....

.................................................................................

ape daaa skema giler ayat kew kew kew...
jangan gelimat jangan segan...

pagi2 tadi encik beliau anta aku g keje...
maka kitorg dah sepakat membawa berkat
bahawa minggu depan atau lebih dikenali sebagai neswik
kitorg nak g kusus kawen la dulu...
wat sementara dia tgh cuti sem selama 7 hari ni....
pas cuti ni mesti beliau sibok balik nak stadi...

dipabali kan minggu depan jumaat??
perghh bessnye... cuti 3 hari...

kalo kompom amik kusus minggu depan
maka kene la aku hamek cuti....

yang menjadi persoalannye...
kat mane plak kitorg nak bekusus neh...
mane yg beshh ek...
adehh...

amey bilang..
"kita g kat masjid shah alam je.. tempat angah kusus kawen aritu"

aku tade hal punye...
ekot saje muntut dia mane dia nak kusus...
hue hue hue hue...

pas amik kusus tawen nak wat ape plak yerh...
ohhh~

kene rujuk balek aku nyer N3 lame
pasal persiapan perkahwinan neh.....



tagline baru untuk semua N3 sepanjang persiapan menjelang kawen nanti...
*tasabanatawengancentahati*




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 29

Status halal haram restoren & makanan oleh JAKIM


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


a) Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe


b) Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran



c) Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express


d) Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


e) Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.



f) Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


g) Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

  • Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
  • Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
  • Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
  • Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
  • Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?


Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam.


Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .


h) Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.


i) Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.


j) Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


Soalan:

Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ):

Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan:

Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


k) Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.



l) Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.



m) Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .


n) Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Respons wakil Burger King:

Respons wakil Burger King mengenai "SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM"


o) Pernyataan mencampurkan minyak untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


p) Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.




Maklumat ini mungkin mngandungi maklumat2 yg lama, so jgn la percaya 100%

better cek dulu di http://www.halal.gov.my/v2/


Jika hukum haram dan halal berkumpul dalam satu keadaan , dan ada dugaan kuat lebih banyak haramnya daripada halalnya, maka adalah ditegaskan bahawa saat ini adalah haram hukumnya secara syar’i. Kaedah fiqih menyebutkan :

“Jika halal dan haram bertemu, maka yang haram itu yang menang [lebih kuat].” (Imam As-Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir fi Al-Furu`,

[Semarang : Maktabah Usaha Keluarga], hal. 74).

Sumber maklumat: Idrus Hashim




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, October 28

Supper @ Dinner wif encek amey....


hmmm..
waktu entry ini ditaep..
saya sedang menunggu jejaka di atas
datang dari tanjung malim ke subang jaya...

hmmm....
sebab saya mengadu yang saya belum dinner lagi..
sehingga mengeluarkan pelbagai jenis angin
sama ada di atas atau di bawah..
*opsss*

hmmm....
setelah angin itu didengari beliau melalui atas..
maka dengan segera beliau menyatakan...
"tunggu sane abg siap jap.. kang abg datang"

hmm....
"ishhh tapaya la... mesti abg penat sebab arini las ekjem kan..."

hmmm...
"betul ker ni???"

hmmm...
"betul la.. tape...kang nak tido maner plak dah tgh2 malam ni"

hmmm...
"tape.. abg tdo la umah angah kang"

hmmm...
"ngantok takkk??"

hmmm...
"kalo abg ngantok kang awak la baawak"

hmmm...
berpikey dengan pening..
cemana aku nak bawak padahal dia datang dari sane...
hissshhh... meepek jer dia nilah...

hmm...
"okla kalo camtu.. kalo tapenat n tangantok abg datang la"

hmm....
"okeh babai... abg gerak sekang"


hmmm...
aku ngantok senanyer neh...
cene nak kua neh....
dia dah ondaway...
lam kul doblas lebeh kang sampailah dia tuh.....

hmmm...
lapaa..
memang aku tgh lapaaa...
sari suntuk tak makan berat2...

hmm.....
nape tak makan??
dayet??

hmmm...
selalu malam mmg masak bertiga...
dengan rumet aku la...

hmmm..
malam ni...
sorang dah beli makan kat lua...
sorang lagi dah makan dgn bf dia...

hmmm...
alahaiii...
malasnyer nak masak..
padahal laok basah dah beli dah ader lam petiyais ituh!!
kalo sorg2 masak...
makan sorang2 mmg tasedap aku masak...
wat rugi laok jer...
bek beli kan kan kan kan...

hmmm...
kete kat amey...
tapat nak kua memane...

hmmm...
dia plak sanggup datang dari sane nak teman aku makan...
alahai... cik abg ku...
siyan dia dala penat...baru abih ekjem painel...
kang aku rijek pengajakkan beliau kang..
dia majuk lagi macam airtu.......
satu keje plak nak pujok balek kang...
maleh aku haiihh.....
angau rindu kate beliau sebab telah berpantang selama 4 hari..
tak bemesra2 alam...cakap2 skjap dalam tepon patu letak...
gua pon angau wendu-wenduan jugak neh..
cemana wehh!!
isk isk isk isk isk.......

hmmm....
nyesal plak btau aku tamakan lagi...
pantang dia dengar aku tamakan...

hmmm...
lupe...
dah tercakap...
nak watcene...
dah dia tanye dah makan lom..
sememangnye tgh lapa.....

hmmm.....
krrr krrr krrr..
kate cacing2 peliharaan ku dalam perot ini...
saba2.. jap g kita makan keh....
baby!!! patsampai...tasaba namakan.......





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Awas pemandu2 WANITA!!!!!!!!



Amaran pada Kaum Wanita dan
kepada sumer kaum perempuan yang memandu,
Kes ni betul2 menakutkan!!!!!!!!!!!!!





Kesah ini betul2 terjadi kat Penang...........

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..

Tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.


Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.



Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Kisah Sedeh.. sob sob sob...

Sebuah cerita yang saya kupipes dari pesbuk...
sayu..
piluu... sebak.. sedeh... sendu... sedan...
teramatlah syahdu.... ku simpan disini sebagai cerita untuk pengajaran buat semua.... bagi sesiapa yang belum baca cerita ni.. silalah baca dengan penuh kusyuk... (T_T)

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..


Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..


Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua.


Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.


Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.


Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.


Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.


Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..


Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.


Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..


Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??


Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!


Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..


Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je.



Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido.


Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!


Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..


Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!


So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..


Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!


Aku buntu..


Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..


Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..


Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?


Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.


Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”


Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


(T.T)


...tak pastila kisah benar atau pun tidak..
tape tak penting pun.. aper yg penting pengajaran dari cerita ni...
hargailah pasangan anda walaupun dia ade kekurangan..
jangan mencela dia & menghebohkan keburukan pasangan kita pada satu dunia.. kita tak sedar yang kita sedang menunjukkan kebodohan kita serta keburukan sendiri... terimalah dia seadanya sama macam dia terima kita seadanya...
sekian omelan dari saya yang sedang mempelajari seswatu dari cerita sedih ini..... isk isk isk isk...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Doa untuk peperiksaan


Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


Ketika memasuki dewan peperiksaan

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Ketika menerima kertas soalan

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Ketika sukar menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


...Atau...


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


Jika anda terlupa jawapan

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Kisah benar penuntut Jepun ... *sedeh*

Assalamualaikum….


Nama saya Mohd Aspalela(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.



Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.



Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University.



Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah. Hendak dipendekkan cerita, Maciko- san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri.



Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada. Tatsuo- kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.



Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma. Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.


Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Aspalela tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.


*kew kew kew kew kew kew kew*

jangan mareeeeeeeeeeeee




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Memo cuti saket~

Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan pengambilan cuti sakit.

Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit. Itu cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cutitahunan walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau dibawa ke tahun seterusnya.

MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik olek kompeni.

Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit s engal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.

Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.


Sekian, harap maklum.


"BERAKIT-RAKIT KE HULU,

BERENANG-RENANG KE TEPIAN,

BERCUTI SAKIT DAHULU,
HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"


Yang Benar
Pihak Pengurusan




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...