Bukan Blog Kamu: March 2010

Wednesday, March 17

Petua 2 : Petua nak perah limau dengan mudah


Kebanyakkan masakan kita memang menggunakan limau.. Nak sedapkan makanan ker.. Nak buat air ker.. Tak kira la limau nipis atau limau kasturi ker kan.. Takkan guna limau bali plak.. hahaha.. Untuk menyenangkan keje memerah limau, rendamkan limau tu dalam air panas lebih kurang 10 minit. Atau panaskan je limau tu dalam oven sekejap. Pastu cube perah limau tu.. mesti senang! ha cuba la kalo berani hehehe....




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Petua 1 : Petua biskut tahan dari lemau


Cter pasal biskut ni buat perut rase lapar plak petang2 neh hehehe lagi2 kalo minum kopi ker teh o ker cicah ngan biskut kering memang mabelesssss... tapi x bes la biler nak makan jer bleh lemau plak biskut tu.. biler cicah mesti jadik lembik.. so tips nak bagi biskut tahan lama, alaskan dasar tin biskut tu dengan kertas minyak.. Kendian baru la susun biskut tu di atas kertas minyak tu.. Insyallah tahan la biskut tuh.. try la yerh..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, March 11

Bowling Tyme 2 di JJ Semban











hahaha aper cter nak cter?? ni gathering la kenkunun dgn sahabat lama.. mmg besss gilakk.. ader sorang minah tu nak kawen dah.. so gmba ni sblum dia kawen la ni,.. sbb lagi smnggu jer dia nak tawen.. so nak meraikan zaman2 bujang yang tgl baper hari lagi kitorg plan la lpak sini untuk membuang masa lapang yang ader...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

A & W Seremban

ni kesnyer biler jmpa ain lmbat sngt.. dia smpai lewat kat knduri alia tuh.. raser tak puas plak nak balik awl.. so kitorg pon plan la nak lpak jap sblum balik... kat sini a&w semban ni.. sbb dah lamer sngt x raser air plot tuh.. huhu.. bio la manis pon taper... ala skali skalu jer hehehe...

mmg semak si budak cina tu.. tiap kali nak amik gambo jer msti nak menebeng..






haaa kebetulan kat sini add bekas anak murid aku keje cini hehe nak pau xleh lak.. aku jmpa la sorg ni.. diorg berempat keje kat siini.. bagusla tgh tgu rsult spm carik duit plak hehe bagus2..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Alia & Emy Kawen - Siri 3

Episod akhir... hehhehe... pecer nak cer ek... untuk membuang masa lapang yang ader aper lagi... men kemere la kitorg yg sntiasa giler kemere neh .. hehhe... pelamin kosong pon wat cam uma sndre jerk... x kisaaaa la kan.. janji kami kanak2 riang ria di hari kawan kami bahagia lalalala





cubaan aku untuk amik gmba micro.. pokus kat minyak wangi cap dior neh hehe.. sori gang..




shantek kan mereka???




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Alia & Emy Kawen - Siri Dua

Sambung lagi siri dua.. cehhh dah mcm sinetron la plak... hehe... haaaa kat sini korg leh nengok aksi peranten moden yg spoteng gtu ... aksi2 yang tak boleh ditiru tapi boleh ditonton haha..

Ni gamba2 ni sumer gang satu skola dulu.. pasni ader planning nak togede2 tergedek2 kat genting plak.. dulu payah sngt nak jmpa.. tapi biler masin3 dah keje baru syokkk sangat nak jmpa... mmg meriah n giler3 macam dolu2... syokkan jmpa member lama... mcm2 cter nak bongkar ..... renduuuuu kat mereka2 neh ...

aksi bergomol dengan peranten.... hahaha... syokkkkk...

cekik diaaaaa... aksi buli membuli dinihari dipetang hari


aku suker nau nengok gmba candid neh haha.. klaka plak rasernyer tgk muker memaseng.... ader yang shantek.. ader yang muker trkejot.. ader yg x redi la... hahahahaha ntahpapentah
sharyunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk korunk sumerrrr wink* wink* wink*




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, March 10

Alia & Emy Kawen - Siri Satu

Nur Alia bt Md Nor.. sahabat lama tahun 1997-1999 samer2 skolah dari ting 1 smpai 3.. masih berhubung sehingga kini.. banyak kenangan pahit manis suka duka waktu bersama dahulu..

Waaa macam tajuk lagu gtu.. bertarikhkan 7/3/10 aritu.. mcam bese rombongan kitorg n da gang tetap datang kawen member.. bia pon x ramai kitorg tetap konvoi ke beranang....

Asyik g member kawen jer... aku bila yerh?? hehehe... paling penattttttttttttt nak jawab soklan neh.... ..byk hal lagi yang perlu kitorg setelkan.. so tunggguuuuu huhuu... moh nengok gambo yg smpat aku snap n edit2 sket2 la...


~shantek... macam ramlah ram kater mereka2 haha~


~sempat ko menjeling yer lia haha.. pantang aku suluh kemere dak neh~

~di atas peterana yang smpat aku snap.. aisehh jauh plakss~


okeh kiter sambung siri 2 plak.. siri satu ni gambo peranten jer hehe




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, March 1

Perancangan Perkahwinan

Khas buat mereka yang nak kawin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya. ......... ....!!!


Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.


So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.


1. Kadi :


At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++


2. Kursus rumahtangger:


Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)


3. Book Mak Andam:


Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)


4. Photographer:


Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800


5. Kompang / Hadrah


Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300


6. Dekorasi blok dan pelamin


Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000


7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja


Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)


8. Kerete


Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!

Kos : RM300


9. DJ/Karaoke


Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan ? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)


10. Berkat


Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++


11. Miscellaneous


Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...

Kos : RM2500 ++



TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110




Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal. .. . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. .. .. Zaman sekarang ni kan ; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.


Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah... korang bacalah:-

Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"


Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"


Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "


p/s: saya pun tak tau nk ckp aper..tapi pada saya menda2 cmni pun ader betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen?pesanan saya, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr!Cewwaaah h!!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...